Tuesday, December 8, 2009

Selamat Datang

Selamat datang ke Laman Perpustakaan. Melalui laman ini kita semua dapat berkongsi Foto, Info dan Cerita tentang pengalaman kerja saya di Bahagian Rangkaian Perpustakaan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Laman Perpustakaan ini sebenarnya untuk menggantikan Laman Perpustakaan Awam Daerah Bera (perpustakaanawamdaerahbera.blogspot.com). Berdasarkan perkembangan semasa adalah dirasakan nama tersebut tidak lagi sesuai untuk menggambarkan tugas saya sekarang.

Pada mulanya dirasakan sayang untuk meninggalkan Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera. Sebanyak 343 bahan telah disiarkan dalam blog Perpustakaan Awam Daerah Bera. Tetapi saya rasakan tidak adil bagi tempat lain apabila foto, info dan cerita tentang tempat mereka ditempatkan di Blog Perpustakaan Awam Daerah Bera. Untuk lebih adil dan nampak lebih mewakili perpustakaan di Pahang khususnya dan perpustakaan di Malaysia umumnya.

No comments: