Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, February 22, 2010

Perubahan Nama Blog

Blog ini telah didaftar menggunakan alamat 'lamanperpustakaan'. Pada peringkat awal nama blog ini juga adalah 'Laman Perpustakaan'. Tiba-tiba saya merasakan blog ini sebenarnya adalah tempat saya mengumpul dan menyimpan ilmu atau pengalaman yang telah saya lalui. Bila ilmu atau maklumat yang saya kutip dapat saya simpan secara tersusun, saya boleh mendapatkan maklumat tersebut secara tersusun juga.

Untuk menunjukkan kepada diri sendiri bahawa blog ini menyimpan sesuatu yang berharga kepada diri saya maka saya namakan blog ini "My Personal Knowledge Management Blog". Mungkin pada masa yang sama boleh dikongsi dengan orang lain. Akan tetapi blog ini tiada dalam indeks Google atau Yahoo kerana belum masanya untuk saya indekskan.

Rujukan saya:
1. pengurusanilmu2010.blogspot.com
2. en.wikipedia.org/wiki/Knowledge_management
3. managing-knowledge.blogspot.com
4. 15-effective-tools-for-visual-knowledge-management
.

Jika ada kelapangan saya perlu tulis tentang 'Knowledge Management', apa yang saya telah fahami. Semuanya untuk kegunaan sendiri. Untuk dijadikan bahan rujukan untuk orang lain, rasanya blog saya tak layak.

No comments: