Friday, April 30, 2010

Kelab KESUPA: Pakaian

Ini pula adalah pakaian-pakaian yang dipersembahkan oleh syarikat-syarikat yang berminat. Ada Admiral, Adidas dan swazembech. Macam-macam warna ada. Seolah-seolah macam pesta jualan pakaian sukan.
05
Susah juga hendak memilihnya. Dari segi warna kita perlu ikut cadangan Pengerusi iaitu pakaian perlu ada imej Pahang. Dari segi kain atau buatan pula, perlu yang lembut dan tak panas. Perlu juga yang tidak terlalu nipis. Maklum la, nanti tak sesuai pulak dengan puteri dan wanita.
04
Ini adalah gambar kasut Dunlop yang ditawarkan kepada kelab Kita. Kasut ini adalah kasut untuk berlari atau kalau tak kuat berlari boleh berjoging sahaja. Yang pastinya ini bukan kasut untuk badminton.
03
Cuma pakaian renang untuk lelaki dan wanita tidak ditunjukkan di sini. Mungkin kerana tiada model yang sesuai untuk mencuba pakain tersebut.
02
Ada juga syarikat yang ingin menawarkan kepada kita pakaian kedai mereka tetapi mereka hanya menghantar gambar pakaian melalui fak sahaja. AJK telah membuat keputusan bahawa kedai yang tidak menyertakan contoh sebenar pakaian mereka tidak dapati dipertimbangkan. maklumla susah kita nak tentukan kualiti pakaian tersebut. Dan tak tau macam mana rasa bila memakainya. Maklumlah tanggungkawab ni besar, nanti ada yang marah dan bising kat belakang.
01

No comments: