Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, December 21, 2010

Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

(Header pertama Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

Blog Laman Perpustakaan ini telah memulakan penerbitan bahan pertamanya pada 8.12.2009. Kebanyakan kandungannya pada masa itu adalah berkaitan dengan tugas Bahagian Rangkaian Perpustakaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Tetapi Blog Laman Perpustakaan tidak dimasukkan dalam Indeks Google. Maka Blog Laman Perpustakaan tidak dapat dicari dengan menggunakan Google atau lain-lain search engin. Ini kerana ianya untuk kegunaan Bahagian Rangkaian Perpustakaan sahaja.
(Header kedua Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

Sehingga kini sebanyak 149 perkara telah diterbitkan dalam Blog Laman Perpustakaan. Tajuk 'Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang' ini adalah yang ke 150.

Kini dengan mandat baru yang diberikan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang iaitu Puan Hajjah Faridzah Bt Jaafar, hala tuju Blog Laman Perpustakaan menjadi lebih luas. Bukan setakat menyimpan maklumat tentang Bahagian Rangkaian Perpustakaan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang tetapi tentang apa-apa sahaja yang berkait dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
(Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Hajjah Faridzah Bt Jaafar, AMP.)

Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ini akan menjadi tempat menyimpan foto, info dan cerita yang boleh diguna sama oleh:
-Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
- Bahagian Khidmat Pengurusan
--Unit Pentadbiran & Sumber Manusia
--Unit Kewangan
-Unit Perancangan & Pembangunan
-Bahagian Pengurusan & Pembangunan Koleksi
--Unit Perolehan Koleksi
--Unit Pendokumentasian & Teknikal
-Unit Teknologi Maklumat
-Bahagian Perkhidmatan & Maklumat
--Unit Literasi
--Unit Perkhidmatan Perpustakaan
-Bahagian Rangkaian Perpustakaan
--Daerah
--Cawangan
--Desa
--Bergerak
(Header ketiga Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang akan menyimpan maklumat yang dipermudahkan yang diambil daripada Laman Web Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang juga akan menarik pengunjung untuk dihantar atau 'di-link-kan' ke Laman Web Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
(Header keempat Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

Akhir sekali, terima kasih kepada Puan Hajjah Faridzah Bt Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan AJK Teknikal dan AJK Kerja Laman Web Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kerana memberikan kepercayaan kepada blog ini untuk diperluaskan liputan bahannya.

No comments: