Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, June 29, 2010

KIK/ICC Perpustakaan Awam Se-Malaysia 2009

Konvensyen ICC/KIK Perpustakaan Se-Malaysia Tahun 2009 telah diadakan di Le Meridien Kota Kinabalu, Sabah. Konvensyen ini telah diadakan pada 25 – 27 September 2009. Penyertaan dalam konvensyen ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu Perpustakaan Awam dan Perpustakaan Akademik.

Perpustakaan Awam yang menyertai Konvensyen ICC/KIK Perpustakaan Se-Malaysia Tahun 2009 adalah:

1. D'BACA - Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
2. DINAMIK - Perbadanan Perpustakaan Awam Perak
3. DOT COM - Pustaka Negeri Sarawak
4. E-FORMA - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
5. EMERTIS - Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
6. GEMILANG - Perbadanan Perpustakaan Awam Perak
7. HARMONI - Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
8. I.L.M.U - Perpustakaan Awam Labuan
9. ILMU - Perpustakaan Negeri Sabah
10. MESRA - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
11. NADI - Perpustakaan Negara Malaysia
12. REVOLUSI - Pustaka Negeri Sarawak
13. VIP - Perpustakaan Negeri Sabah
14. WAVE ICQ - Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
15. WOOLEY - Perpustakaan Negeri Sabah

Pemenang bagi kategori Perpustakaan Awam adalah:

JOHAN
Persembahan Terbaik dan
Fasilitator Terbaik - Kumpulan HARMONI - Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis
Tajuk Projek : Masalah Pengguna Bising Di Perbadanan Awam Negeri Perlis pada Waktu Puncak

Naib Johan
Kumpulan REVOLUSI - Pustaka Negeri Sarawak

Ke 3
Kumpulan GEMILANG - Perbadanan Perpustakaan Awam Perak

Bagi penyertaan dikalangan Perpustakaan Akademik adalah dilakangan:
1. CRYSTAL - UiTM Sarawak
2. e-WAVE - UiTM Shah Alam
3. ISMART - UIA
4. PRO TAG - UKM
5. SPEKTRUM - UiTM Sarawak

Manakala pemenang dilakangan perpustakaan akademik adalah:

JOHAN
Persembahan Terbaik dan
Fasilitator Terbaik - Kumpulan e-WAVE - UiTM Shah Alam
Tajuk Projek : Menambah Kemudahan Mesin Pinjaman Buku Layan Diri Di Perpustakaan

Naib Johan
Kumpulan PRO TAG - UKM

Ke 3
Kumpulan SPEKTRUM - UiTM Sarawak

Monday, June 21, 2010

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PPAP

Bermula jam 11 pagi ini bermula Mesyuarat MBJ PPAP. Pagi tadi nampak orang-orang daerah telah muncul di Kuantan. Nampak gayanya bersemangat masing-masing nak memperjuangkan kehendak kawan-kawan sejawatan.

Tuesday, June 15, 2010

Perpustakaan Bergerak MAMPU

"LIB2U aktif memberi perkhidmatan perpustakaan bergerak kepada warga MAMPU". Inilah kenyataan yang dapat dipetik dari laman rasmi MAMPU. Untuk melihat bagai mana rupanya 'bas bergerak' mereka klik DISINI.

Kebanyakan kakitangan kita di PPAP berkemampuan dan selalu memandu 'bas bergerak' yang digunakan oleh MAMPU. Tidak memerlukan insuran, lesen atau cukai jalan. Tidak perlu terlalu kerap mengantikan tayar.