Friday, July 30, 2010

Bekas kakitangan

Pagi ini saya berkesempatan berjumpa dengan Hasnan yang pernah berkerja dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang semasa zaman Encik Yunus menjadi Pengarah. Beliau singgah bersama dengan anak perempuan keduanya. Sekarang Encik Hasnan bekerja dengan Kaneka.

Thursday, July 29, 2010

Nama penyelia zon PD PNM di Pahang


ZON 1 - Kuantan
Faridah binti Jusoh (Surau Muhajirin)
-PD Surau Al-Mujahirin, Bandar Indera Mahkota, Lorong 5/9, Bandar Indera Mahkota, Kuantan
-PD Pondok Harmoni, Kampung Cherating K3P Kampung Cherating 26080 Kuantan
-PD Kampung Panching d/a Balai Raya Kampung Panching 26090 Kuantan
-PD Kampung Lamir Pusat Pemindahan Banjir Kampung Lamir 26600 Pekan

ZON 2 - Temerloh
Suraya binti Sulaiman @ Abd Kari (Teluk Sentang)
-PD Kampung Batu Sawar 28050 Kuala Krau, Temerloh
-PD Kampung Teluk Sentang 28000 Temerloh
-PD Kampung Bintang 28000 Temerloh
-PD Kampung Tanjung Kerayong, 28400 Mentakab

ZON 3 - Maran 1
Rosmawati bt Ali (Seberang Chenor)
-PD Bukit Kening 28100 Chenor
-PD Pekan Awah 28330 Maran
-PD Kampung Pantai Chenor 28100 Chenor

ZON 4 - Maran 2
Zaiintan Muhaiza binti Zainuddin (New Zealand)
-PD Kampung Kuala Sentul d/a Balai Raya Kuala Sentul 26500 Maran
-PD Felda Kampung New Zealand, Maran
-PD Kampung Senggora d/a Balai Seni JKKK Kampung Senggora 26500 Maran

ZON 5 - Lipis
Faridah binti Mustafa (Kuala Medang)
-PD Kampung Relong d/a Masjid Kampung Relong 27200 Kuala Lipis
-PD Kampung Bukit Betong 27200 Kuala Lipis
-PD Kampung Kuala Medang d/a Bangunan Dewan Serbaguna Kampung Serbaguna Kampung Kuala Medang 27650 Kuala Lipis
-PD Felda Tersang 1, 27650 Raub

ZON 6 - Rompin
Mohd Amin bin Saad (Perpat)
-PD Kampung Tanjung Gemok, Pusat Siber Kampung Tanjung Gemok 26800 Kuala Rompin
-PD Kampung Simpang Sepayang 26800 Rompin
-PD Kampung Perpat d/a Balai Raya JKKK Kampung Perpat 26800 Rompin

ZON 7 - Pekan
Zulkifli bin Mohd Ali (Pulau Rusa)
-PD Kampung Pulau Rusa d/a Balai Raya Kampung Pulau Rusa 26000 Pekan
-PD Runchang Pekan Rancangan Penempatan Semula Orang Asli Runchang Peti Surat 28, 26800 Pekan
-PD Kampung Dusun 26000 Pekan
-PD Bandar Tun Razak d/a Bangunan Pusat Sumber 26900 Rompin

ZON 8 - Bera
Nurul Afzan binti Mohamed (Batu Papan)
-PD Kampung Batu Papan d/a Balai Raya Kampung Batu Papan 28200 Mengkarak, Bera
-PD Kampung Seri Buntar d/a Dewan Orang Ramai Kampung Sri Buntar 28300 Triang, Bera
-PD Kampung Dato' Seri Hamzah, No. 4 Deret Kedai Kampung Dato' Seri Hamzah 28380 Kemayan

ZON 9 - Jerantut
Mohd Hafizuddin bin Abu Talib (Mela)
-PD Kampung Kuala Mai d/a Bangunan JKKK Kampung Kuala Mai, Jenderak 28050 Kuala Krau
-PD Kampung Bukit Nikmat d/a Dewan Serbaguna Kampung Bukit Nikmat 26040 Jerantut
-PD Kampung Mela d/a Pejabat Penghulu Kampung Mela, Cheka 1, 27100 Lipis
-PD Tanjung Besar d/a Pejabat Penghulu Kampung Tanjung Besar 27210 Benta, Lipis

'SELAMAT BERTUGAS'

Lebih tumpuan untuk PD PPAP


(PD Kampung Mahkota, Kuantan)

Setelah sekian lama membahagikan tumpuan antara PD PNM dengan PD PPAP, kini tibalah masanya berubah rasa. Dengan pengasingan pemantauan antara PD PNM dan PD PPAP, Bahagian Rangkaian Perpustakaan PPAP dan Ketua-ketua Perpustakaan Daerah akan mempunyi lebih masa untuk membangunkan PD PPAP.

Selama ini banyak tunjuk ajar yang diberikan oleh PPAP untuk Penolong Pegawai Perpustakaan S27 di PD PNM. Ilmu-ilmu tersebutlah yang boleh digunakan oleh penyelia-penyelia PD PNM untuk memudahkan mereka menjalankan tugas penyeliaan mereka. Semoga mereka bersungguh-sungguh dengan tugas baru mereka.

Bagi Bahagian Rangkaian Perpustakaan pula, pengasingan pemantauan ini telah mengurangkan beban tugas pemantauan PD sebanyak 50 peratus. Daripada 64 perpustakaan desa yang perlu dipantau kini hanya tinggal 32 sahaja.

Selepas ini tumpuan sudah tentu akan diberikan sepenuhnya kepada 32 perpustakaan desa PPAP. Ada perkara yang boleh digerakkan segera dan ada perkara yang tidak dapat digerakkan segera kerana masalah kewangan. Apa kata kita terus tumpukan dahulu kepada perkara yang tidak memerlukan peruntukan kewangan. Sekaranglah masanya untuk kita menyelesaikan masalah, bukan setakat melapurkan masalah dan biarkan orang lain selesaikannya.

Jika semua orang berfikir secara kreatif dan inovatif mungkin kita akan dapat selesaikan banyak perkara dalam masa yang singkat. Untuk mendapat pelbagai idea berkaitan dengan buku anda boleh klik DISINI.

PD PNM di Pahang kembali ke pentadbiran PNM

Bermula pada hari ini, pemantauan PD PNM di Pahang telah dikeluarkan dari pemantauan PPAP. PNM telah menyediakan zon-zon bagi memudahkan kerja pemantauan. Setiap zon dilantik seorang penyelia dikalangan S27 di PD PNM di Pahang.

Bagi sebarang urusan kerja, PD PNM di Pahang hendaklah berhubung dengan penyelia masing-masing. Bukan lagi dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Berikut adalah senarai zon untuk PD PNM di Negeri Pahang:

ZON 1 - Kuantan
1. PD Surau Al-Mujahirin, Bandar Indera Mahkota
2. PD Pondok Harmoni, Kampung Cherating
3. PD Kampung Panching
4. PD Kampung Lamir

ZON 2 - Temerloh
1. PD Kampung Batu Sawar
2. PD Kampung Teluk Sentang
3. PD Kampung Bintang
4. PD Kampung Tanjung Kerayong

ZON 3 - Maran 1
1. PD Bukit Kening
2. PD Pekan Awah
3. PD Kampung Pantai Chenor

ZON 4 - Maran 2
1. PD Kampung Kuala Sentul
2. PD Felda Kampung New Zealand
3. PD Kampung Senggora

ZON 5 - Lipis
1. PD Kampung Relong
2. PD Kampung Bukit Betong
3. PD Kampung Kuala Medang
4. PD Felda Tersang 1

ZON 6 - Rompin
1. PD Kampung Tanjung Gemok
2. PD Kampung Simpang Sepayang
3. PD Kampung Perpat

ZON 7 - Pekan
1. PD Kampung Pulau Rusa
2. PD Runchang
3. PD Kampung Dusun
4. PD Bandar Tun Razak

ZON 8 - Bera
1. PD Kampung Batu Papan
2. PD Kampung Seri Buntar
3. PD Kampung Dato' Seri Hamzah

ZON 9 - Jerantut
1. PD Kampung Kuala Mai
2. PD Kampung Bukit Nikmat
3. PD Kampung Mela
4. PD Tanjung Besar

Mengemas bilik kanak-kanak

Hari ini hampir semua kakitangan terlibat dalam gotongroyong ini. Tujuan gotong royong ini adalah untuk kemaskini buku-buku di rak kanak-kanak. Buku-buku yang rosak akan dikeluaran daripada rak. Pada masa yang sama juga buku tersebut terus direkod untuk pelupusan.

Bagi melicinkan perjalanan gotong royong ini, masing-masing telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu:
1 Rujukan kanak-kanak
2. Kanak-kanak 1
3. Kanak-kanak 2
4. Fiksyen Melayu
5. Fiksyen Inggeris

Antara nama-nama yang terlibat adalah:
Radzi, Norshazlin, Rosminawati, Baharuddin, Rosmaliza & Koh
Saful, Aziddin, Amin, Rosilawati, Natipah, Afizah & Mustakim
Nizam, Saira, Kama, Amrul, Norhailah & Nurul Azira
Zai, Hawa, Anom, Azmi, Mat Noor, Kamariah & Firdaus
Norbayah, Zamree, Isham, Rapizah, Shaharuddin & Noorul

Peralatan yang disediakan pula adalah:
Troli, tali, gunting, pisau, marker, kertas warna, topeng muka, tuala selamat pagi, pelekat dan cop lupus.

Tuesday, July 27, 2010

Taklimat U-Library

Pada minggu lepas, iaitu 22hb Julai 2010 telah diadakan taklimat Pendaftaran Keahlian U-Library di Kaunter Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Ahli boleh mendaftar sebagai ahli di portal ini [http://www.u-library.gov.my/]

Pihak www.malaysia.gov.my pernah menjalankan kaji selidik tentang U-Library. Berikut adalah soalan daripada kajian mereka:

1. 1. A new library service to your door step known as ‘Ubiquitous Library’ anytime, anywhere would be made available to all Malaysian citizens through the delivery service by Pos Malaysia. What is the fair delivery rate for all Malaysian citizens?

2. 2. In this new Ubiquitous Library service, cashless payment will be introduced via the u-Library portal and the borrowing period would be extended to 1 month. Which of the following fines payment rate would be fair for overdue or late returns?

3. 3. Which of the following slogans would be the best to reflect U-Library service ?

Anda boleh mengatahui lebih lanjut tentang kajian ini , klik DISINI. Hanya 7 orang yang mengambil bahagian dalam soalselidik ini.

Wednesday, July 14, 2010

Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PPAP

Hari ini 14.7.2010 (Rabu) sekali lagi kakitangan dari seluruh daerah berkumpul di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Kuantan. Apakah perkara penting yang nak dibincangkan? Sama-samalah kita tunggu wakil MBJ memaklumkan kepada kita perkara yang diperjuangkan.

Rujukan:
1. http://www.interactive.jpa.gov.my/mbj/statik/rujukan/pekeliling.asp
2. http://www.interactive.jpa.gov.my/mbj/docs/rujukan/surat-pekeliling/spp032002.pdf [Surat Pekeliling Bil 3 Tahun 2002 - Majlis Bersama Jabatan di Kementerian, Jabatan, Pihak Berkuasa Badan Berkanun & Pihak Berkuasa Tempatan]
3. http://www.interactive.jpa.gov.my/mbj/docs/rujukan/pekeliling/pp021992.pdf [PENYUSUNAN SEMULA MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI PEKERJA-PEKERJA DALAM SEKTOR AWAM]

Tuesday, July 6, 2010

Seminar Pembangunan ICT Dalam Komuniti

Kakitangan perpustakaan Daerah dan Desa di bawan Perbadanan Perpustakaan Awasm Pahang telah diberi peluang untuk menghadiri Seminar Pembangunan ICT Dalam Komuniti. Seminar ini telah berlangsung di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan. Bermula pada 5 dan 6 Julai 2010, peserta diterangkan tentang fungsi dan peranan perpustakaan dalam pembangunan ICT dalam komuniti. Oleh kerana kursus ini dihadiri oleh keseluruhannya oleh kakitangan perpustakaan maka inti kepada seminar ini akan lebih dapat difahami oleh peserta.


sumber gambar: www.pahang.gov.my

Pada 5 hingga 6 Julai 2010 bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota Kuantan akan dapat disaksikan himpunan kakitangan perpustakaan seluruh Pahang. Paling istimewanya adalah seminar ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob, SSAP, DSAP DGSM. Ucapan Dato Sri Haji Adnan yang selamba, lucu dan serius dapat menarik perhatian semua peserta.

Seminar anjuran Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ini turut dihadiri oleh Dato Raslin Bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.

Tetamu vip yang turut menyerikan lagi seminar ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin; Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Mat Zara'ai Alias; Dato' Shahaniza Shamsuddin Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri; Puan Hajjah Farizah Jaafar Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Pahang; Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato' Saariah Saad; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohammad Ridzwan Mohd Tahar; dan Pengurus Besar Negeri, Telekom Malaysia, Dato' Wan Danial Wan Ibrahim.