Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, August 12, 2010

Berita Kerajaan Negeri Pahang

Berikut adalah petikan daripada Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.

Perpustakaan Awam Negeri di bawah RMK-10
"Sebenarnya, pembinaan Perpustakaan Awam Negeri kita dah masukkan dalam RMK-10 sebagai keutamaan. Insya-Allah Dato' Sri, dalam RMK-10, Pahang akan ada Perpustakaan Awam," katanya.

untuk membaca lebih lanjut klik DISINI. [www.pahang.gov.my]

Sunday, August 1, 2010

Penjenamaan Semula Perkhidmatan Bergerak

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah melakukan penjenamaan semula Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak. Melalui penggunaan bas bergerak, perkhidmatan yang ditawarkan adalah pinjaman kelompok dan penghantaran buku pinjaman kelompok tersebut. Serentak dengan ini semua jadual perkhidmatan ke hentian-hentian bergerak di seluh negeri pahang dihentikan. Pihak yang masih berminat dengan pinjaman buku boleh memohon Perkhidmatan Pinjaman Kelompok.


(Bas Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Jerantut)

Sebelum ini Perkhidmatan Pinjaman Kelompok tiada perkhidmatan penghantaran. Dengan penjenamaan semula maka digabungankan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak dengan Pinjaman Kelompok. Tetapi perkhidmatan penghantaran ini diberikan kepada organisasi seperti JKKK, KRT, rumah anak yatim dan seumpamanya. Bagi Jabatan kerajaan, mereka masih perlu mengambil dan menghantar sendiri buku pinjaman kelompok yang dipinjam.

Kepada JKKK, KRT, rumah anak yatim, pemilik perpustakaan keluarga dan seumpamanya boleh mendapatkan Perkhidmatan Pinjaman Kelompok dengan berhubung dengan perpustakaan awam daerah yang paling hampir dengan tempat anda.

PERBANDINGAN ANTARA PERPUSTAKAAN BERGERAK DAN PINJAMAN KELOMPOK

1
DULU - Individu yang menjadi sasaran keahlian
KINI - Organisasi yang menjadi sasaran keahlian ahli
2
DULU - Buku dipinjamkan kepada individu
KINI - Buku dipinjamkan kepada organisasi
3
DULU - Satu orang ahli meminjam dua buah buku
KINI - Satu organisasi meminjam 100 buah buku
4
DULU - Individu meminjam selama 2 minggu
KINI - Organisasi meminjam selama 1 bulan
5
DULU - Buku diletakkan dalam bas
KINI - Buku diletakkan dalam kampung
6
DULU - Membaca disasarkan secara individu
KINI - Membaca disasarkan secara kelompok

DULU lain, KINI Lain.
Serupa tetapi tak sama.


Beberapa syarat dan borang perjanjian perlu dipatuhi dan dilengkapkan.