[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Friday, January 28, 2011

Gambar Perkahwinan Mus-Mila

Inia adalah koleksi gambar kawin Mus Mila yang diberikan oleh Isham kepada Blog Perpustakaan Awam Pahang. Selamat pengantin baru untuk Mus dan Mila.
11
Mus Mila 'Outdoor 1'
10
Mus Mila bersanding sebagai Raja Sehari
09
Aziddin, Koh Saiful Isham, Shah, Azmi dan TK
08
Suzi, Aziddin, Koh, Saiful Isham, TK, Azmi dan Shahrizan
07
Amir, Siti dan Liza
06
Lambang cinta sejati Mus dan Mila.
05
Mus Mila 'Outdoor 2'
04
Mus Mila 'Outdoor 3'
03
Mus Mila 'Outdoor 4'
02
Orang perpustakaan sedang menjamu selera.
01
Orang besar perpustakaan, Koh dan Azmi.

Seminar Keagungan Wahyu anjuran KIPSAS JAKIM MUIP

Kepada kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang berminat menyertai seminar ini anda boleh dapatkan borang pada Biro Pendidikan KESUPA. Bahagian Pentadbiran bersetuju menganggap kehadiran sebagai peserta seminar ini sebagai telah menghadiri satu hari kursus. (Tetapi tiada tuntutan dibenarkan.) Setiap peserta perlu membayar sendiri yuran sebanyak RM50 seorang . Tarikh tutup pendaftaran adalah 7hb Februari 2011. Kepada mereka yang ingin cukup tujuh hari kursus pada tahun 2011, jangan lepaskan peluang ini.

SEMINAR KEAGUNGAN WAHYU
Tarikh: 17 Februari 2011 (Khamis)
Tempat: Dewan Utama Kolej Islam Pahang Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS)
Anjuran:
-Sekolah Pengajian Islam KIPSAS
-Jabatan Kemajuan Islam Malaysai (JAKIN)
-Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)

ATURCARA PROGRAM
7.30 pg
- Pendaftaran peserta
- Sarapan pagi

8.20 pg
-Peserta dan pembentang kertas kerja mengambil tempat
-Aluan pengerusi majlis oleh En. Mohd Shupian bin Abdul Majid
-Bacaan doa oleh En. Nazri bin Mat Zain
-Taklimat program oleh Pn. Safiah bt Abdul Razak - Pengarah Program

8.30 pg
-SEMINAR DIMULAKAN
-KERTAS KERJA 1
Pembentangan Dr. Danial Zainal Abidin
Tajuk: Al-Quran dan pendalilan saintifik
Moderator: En. Muhamad Nizam bin Haji Jamaludin

10.00 pg
-Sesi diskusi dan soal jawab

-10.20 pg
Penyampaian cenderamata

10.30 pg
Minum pagi

11.00 pg
KERTAS KERJA 2
Pembentang: Prof Dato' Zulkifli Mohd Yusoff
Tajuk: Keadah penghayatan alam melalui surah Yasin mempertingkatkan ketenangan manusia
Moderator: En. Ismail Hashim bin Junaidi

12.30 th Sesi diskusi dan soall jawab

12.50 th
Penyampaian cenderamata

1.00 th
Makan tengahari, solat zohor dan rehat

2.15 ptg
KERTAS KERJA 3
Pembentang: Dr. Mohd Arip Kasmo
Tajuk: Susunan Grafik al-Quran
Moderator: En. Mohd Zawawi bin Zainal Abidin

3.45 pt
sesi diskusi dan soal jawab

4.05 ptg
Penyampaian cenderamata

4.30 ptg
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

5.00 ptg
Minum petang & bersurai

PESERTA
-Wakil institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia
-Peserta dari agensi kerajaan, swasta dan NGO
-Individu awam

YURAN
-Wakil IPT: RM150.00
-Wakil agensi: RM150.00
-Individu awam: RM50.00
-Pelajar: RM20.00
(Termasuk kertas kerja, kudapan, makan tengahari dan minum petang)

Rujukan: lamanpahang.blogspot.com

Gambar Program Kehidupan Di Dunia Hanya Sementara

Inilah gambar sekitar majls ceramah dan tahlil yang diadakan oleh kelab KESUPA. Turut hadir dalam jalis ini adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Pegawai Tadbir dan YDP KESUPA. Program ini telah berjalan pada 28hb Januari 2011 (Jumaat) bermula jam 8.30 pagi.
07
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sedang menyampaikan cenderahati kepada penceramah.
06
Penceramah bersama YDP KESUPA. Pencerama berasal dari Felda Sungai Nerek Temerloh dan berkahwin dengan orang Kampung Batu Satu Temerloh.
05
Peserta lelaki.
04
Peserta lelaki.
03
Peserta perempuan.
02
Peserta perempuan.
01
Pegawai Tadbir, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Penceramah dan YDP KESUPA.

Wednesday, January 26, 2011

Genuine Windows?

PERTAMA


1. ON PC / LAPTOP

2. TEKAN BUTTON F8 SAMPAI KELUAR MESEJ, SAFE MODE

3. GUNA ARROW KEY, PILIH SAFE MODE KEMUDIAN ENTER

4. PILIH ADMINISTRATOR, BILA DAH MASUK DESKTOP, KLIK YES

5. PASTU, KLIK KAT START PILIH RUN

6. DALAM RUN, TAIP MENDA NIH, c:\windows\system32\dllcache

7. CARI WGALOGON.EXE ICON GAMBAR MACAM BINTANG BIRU.

8. DELETE WGALOGON.EXE....SETLE...




KEDUA


1. KLIK START

2. PILIH RUN

3. TAIP MENDA NI PULAK, regedit

4. DOUBLE CLICK FOLDER HKEY_LOCAL_MACHINE

5. DOUBLE CLICK FOLDER SOFTWARE

6. DOUBLE CLICK FOLDER MICROSOFT

7. DOUBLE CLICK FOLDER WINDOWS NT

8. DOUBLE CLICK FOLDER CURRENT VERSION

9. DOUBLE CLICK FOLDER WINLOGON

10. DOUBLE CLICK FOLDER NOTIFY

11. NAMPAK FOLDER WGALOGON? HAH...DELETE JE FOLDER WGALOGON NI....SETLE...

12. CLOSE REGEDIT.

13. RIGHT CLICK PADA MY COMPUTER

14. PROPERTIES

15. CLICK AUTOMATIC UPDATES

16. TANDAKAN PADA BULAT, TURN OFF AUTOMATIC
UPDATES
.

17. SETLE PROBLEM...





RESTART PC...SIAP!!

by: ijan Lubok Kawoh Lanchang
" Sesungguhnya Hidup Ini Penuh Dengan Hikmah Yang Tidak Diketahui Manusia... "

Monday, January 24, 2011

Gunakan ASSALAMUALAIKUM dengan betul

Sebagai renungan dan Ingatan bersama… InsyaAllah

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

(sumber gambar theotheraqilah.blogspot.com)
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

(sember gambar triplej7882.blogspot.com)

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi. Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka
Kamu.”Gunakan perkataan “As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum.” Tolong hebahkan kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa.

(sumber gambar cutebiera.blogspot.com)

Sumber info yang diterima adalah melalui email Encik Aziddin Hj. Ahmad, Mon, 24 Jan 2011

Kehidupan Di Dunia Hanya Sementara

MAJLIS TAHLIL ARWAH DAN CERAMAH AGAMA akan diadakan oleh Kelab KESUPA pada:
Tarikh: 28 Januari 2011 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan PPAP

Semua kakitangan dipersilakan hadir ke majlis ini.

ATURCARA MAJLIS
8.00 pg - Pendaftaran
8.30 pg - ketibaan Pengarah Perpustakaan.
- ucapan Pengarah
- Ceramah Agama
Tajuk: Kehidupan Di Dunia Hanya Sementara
- Majlis tahlil dan doa selamat
- jamuan
- Bersurai.

LINKS:
1. 4ayesha.blogspot.com
Petikan "Sesungguhnya, orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. (Yunus: 7-8)"
2. qatrunnada88.wordpress.com
Petikan "“Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya)"
3. keindahanpengalaman.blogspot.com
petikan "“Maka demi Allah, sungguh dunia ini lebih hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini bagi kalian.”"

Brother Azman kita (Bentong)


(sumber gambar webmail PPAP)

Brother Azman kita sedang khusyuk..mendaftar untuk U-lib...anda yang lain digalakkan mendaftar ke portal u_library di www.u-library.gov.my.
Selamat mencuba
.

Walimatul Urus 3hb. Februari 2011 (Khamis)


(sumber gambar Facebook)

Suraya Binti Sulaiman @ Abd Kari Penyelia PD Zon 2 menjemput anda semua warga PPAP serta keluarga ke majlis walimatulluruss beliau pada 3/2/2011 (khamis) bertempat di
Kampung Baru Pangsenam,
Jalan Triang,
28000 Temerloh Pahang.

Kehadiran semua warga PPAP amat hargai oleh beliau.

Friday, January 21, 2011

Zainudin Azhari (Kuantan)

Encik Zainudin Azhari mula bertugas pada tahun 1978 di Perbadanan perpustakaan Awam Pahang bersama Encik Yunus Md Yusof bekas Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Lebih mesera dipanggil dengan gelaran 'Encik Zai' atau 'Abang Zai'.

Mempunyai pengalaman bertugas di banyak unit di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Pandai bercerita dan tidak kedekut ilmu untuk diturunkan kepada genarasi muda Perbadanan perpustakaan Awam Pahang.

Seorang yang pandai memasak. Masakan yang paling banyak sejarah adalah bubur lambuk. Ilmu memasak bubur lambuk ini telah dipelajari oleh Encik Zainudin daripada ayahnya semasa di Lipis. Encik Zainudin ditugaskan oleh ayahnya untuk memasak bubur lambuk setiak kali ulan puasa. Encik Zainudin perlu memasak bubur lambuk untuk masjid seorang diri sahaja. Pernah sekali Encik Zainudin menangis kerana tidak dapat bermain seperti orang muda lain kerana ditugaskan oleh ayahnya memasak bubur lambuk. Resepi yang sama masih digunakan oleh Encik Zainudin ketika memasakkan bubur lambuk untuk kawan-kawan di perpustakaan. Rasanya sungguh sedap, tak sempat sampai tengahari, seperiuk besar bubur lambuk habis licin.

Akan berpencen pada tahun 2012. Sama-sama lah kita menanguk ilmu yang telah dikumpul oleh beliau selama 33 tahun. Ramai diantara kita yang belum lahir ketika beliau mula bekerja dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Hobi masa lapang beliau mengkaji jam, cincin dan duit lama. Untuk melihat sedikit koleksi beliau anda boleh klik DISINI.

Keunikan beliau adalah beliau lebih suka bau minyak cap kapak(MACK) atau minyak angin berbanding minyak wangi. Kalau nak baca cerita MACK anda boleh klik yang mana-mana minat: [ada-minyak-cap-kapak-tak] [minyak-cap-kapak] [facebook.com] [minyak-cap-kapak-penyelamat-utama] [panadol-vs-minyak-cap-kapak] [minyak-cap-kapak] [tray-minyak-cap-kapak] [Kucen aku suke minyak cap kapak!!! normal ke ..] [Smells like teen spirit…]. Rupanya memang banyak orang yang minat sangat kat MACK. Uniknya bagi kita adalah kerana keunikan Encik Zainudin.


(Dua DIN yang akan mengakhiri zaman kerja pada tahun 2012)

Jika ada kesempatan, saya akan menulis koleksi cerita-cerita lucu yang sering didendangkan oleh dua DIN (Zainudin dan Saharuddin) ini kepada kakitangan Perbadanan perpustakaan Awam Pahang. Macam manalah keadaan Perbadanan perpustakaan Awam Pahang setelah ketiadaan dua DIN ini.

Wednesday, January 19, 2011

Pelatih Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat

Kami di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang merasa gembira kerana Cik Nurul Azlina binti Aziz dan Puan Nur Hidayah binti Gani telah berpeluang untuk menjalankan latihan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Kuantan. Cik Nurul Azlina dan Cik Nur Hidayah telah berada di tempat kita bermula pada 22 November 2010 hingga 21 Januari 2011. Semoga mereka berdua akan menjadi pustakawan yang cendikiawan dengan masa depan yang cemerlang. Harap-harap jangan lupakan kami di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
03
(Hari ini adalah hari bergambar, sebab tu pakai baju sedondon warna hijau muda)

Cik Nurul Azlina telah memulakan persekolahan awalnya di Sekolah Tadika Beserah Kuantan. Tamat Tadika Beserah sambung ke Sekolah Kebangasaan (Perempuan) Methodist Kuantan (MGS). Sambung pula ke Sekolah Menengah Kebangasaan Tanah Putih (SMTP). Sambung lagi ke Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib Kuantan (SMART) dan akhirnya sampailah di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.
02
(Itulah tarikh penting dalam hidup mereka berdua)

Puan Nur Hidayah pula menjejakkan kaki ke sekolah pertamanya di Sekolah Tadika Lepar Utara 01. Tamat tadika sambung ke Sekolah Kebangasaan Lepar Utara dan tentulah menyambung persekolahan di Sekolah Menangah Lepar Utara. Lepas tu menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Padang Saujana dan akhirnya berjaya sampai ke Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.
01
(Sedang mendapatkan bahan dari Jejaka Kacak PPAP)

Cik Nurul Azlina dan Puan Nur Hidayah belajar di UITM dalam bidang yang sama iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat. Bezanya Cik Nurul Azlina mengkhusus dalam bidang Perpustakaan (15220) sementara Puan Nur Hidayah dalam bidang Pusat Sumber (15223).

Kata-kata azimat yang telah membawa mereka berdua hihgga ke peringkat ini adalah; 'Usaha Membawa Kejayaan' dan 'Usaha, Doa & Tawakal'.

Facebook:
Cik Nurul Azlina binti Aziz
Puan Nur Hidayah binti Gani

Wednesday, January 12, 2011

Senarai Tajuk Perkara Keratan Akhbar

Akhbar selalunya dianggap sebagai bacaan santai setiap hari. Kita membaca akhbar untuk mengatahui isu-isu semasa. Selain itu akhbar juga terkandung pelbagai maklumat ilmiah dan boleh dijadikan rujukan pada masa hadapan. Untuk menyimpan kesemua akhbar-akhbar kita tidak mampu. Untuk itu digunakan keadah keratan akhbar bagi memilih bahan-bahan yang mahu disimpah sahaja. Bahan-bahan tersebut dijangkakan menjadi bahan rujukan yang akan dicari oleh masyarakat.

Bagi orang perpustakaan, keratan akhbar juga boleh digunakan untuk menambah jumlah koleksi yang ada di sesebuah perpustakaan. Jika dapat difikirkan cara yang kreatif, bahan ini menjadi cantik dan kemas apabila disimpan. Seterusnya memudahkan pencarian maklumat yang bersumberkan akhbar. Masyarakat akan berminat menjadikan perpustakaan sebagai sumber rujukan bahan-bahan dari akhbar. Perkara sebegini sudah tentu tidak mampu dilakukan oleh kebanyakan masyarakat yang suka mambaca akhbar.

(sumber gambar inventors.about.com)

Untuk memudahkan penyimpanan keratan akhbar ini, kita perlu sediakan suatu tajuk perkara bagi memudahkan pengkelasan. Berikut adalah 46 tajuk perkara yang digunakan oleh pihak pusat.

Bil TAJUK PERKARA
ABC
01- AGAMA
02- AGENSI KERAJAAN
03- ALAM SEKITAR
04- ANUGERAH
05- ASEAN
06- BAHASA & SASTERA
07- BAGET
08- BELIA
09- BENCANA ALAM
10- EKONOMI
DEF GHI
11- GEJALA SOSIAL
12- HARTA INTELEK MALAYSIA
JKL
13- JABATAN KERAJAAN
14- KEBAJIKAN DAN SOSIAL
15- KEMERDEKAAN
16- KEPENGGUNAAN
17- KERETA
18- KESIHATAN
MNO PQR
19- PELABURAN
20- PELANCONGAN DAN PERHOTELAN
21- PEMBANGUNAN & PENTADBIRAN TANAH
22- PENDERAAN / CERAI / POLIGAMI
23- PENDIDIKAN
24- PENGANGKUTAN AWAM
25- PENTERNAKAN
26- PERBANKAN
27- PERIKANAN
28- PERINDUSTRIAN
29- PERKHIDMATAN & PENTADBIRAN AWAM
30- PERNIAGAAN & KEUSAHAWANAN
31- PERPUSTAKAAN
32- PERTAHANAN & KESELAMATAN
33- PERTANIAN
34- PERUNDANGAN & PERLEMBAGAAN
35- POLITIK
36- PROGRAM KHIDMAT NEGARA
STU
37- SAINS & TEKNOLOGI MAKLUMAT
38- SASTERA & BUDAYA
39- SEJARAH
40- SENI & BUDAYA
41- SPRM
42- SUKAN & REKREASI
43- TOKOH
VWXYZ
44- UMUM
45- WANITA
46- WARGA EMAS

Tuesday, January 11, 2011

Popular Posts 11.01.2011

PERTAMA
Sumber gambar dari Facebook Mustakim Abd Majid dan Mila Mahmud Mus+Mila Majlis pemetri janji, Tambatan kasih, Ikatan cinta suci antara dua...

KEDUA
Inilah koleksi gambar Program Ceramah Pemakanan Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan pada hari ini 31.12.2010 (Khamis). Sebanyak 64...

KETIGA
(Juruteknik komputer Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang) Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang mengucapkan selamat datang kepada Shahru...

KEEMPAT
(PD Kampung Mahkota, Kuantan) Setelah sekian lama membahagikan tumpuan antara PD PNM dengan PD PPAP, kini tibalah masanya berubah rasa. De...

KELIMA
(Gambar dipetik dari Facebook Firdaus Pie) Saudara Firdaus bin Haji Abdul Hadi Nor akan melangsungkan pernikahan dengan Saudari Norlida bt ...

KEENAM
(klik untuk besarkan) Ini adalah carta organisasi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang masih digunakan hingga kini tahun 2010.(klik unt...

KETUJUH
04 03 02 01 Facebook saya.

KELAPAN
Kandungan A. BAHAGIAN PENTADBIRAN, KEWANGAN & PENGURUSAN SUMBER MANUSIA B. BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN & MAKLUMAT C. BAHAGIAN...

KESEMBILAN
Program Ceramah Pemakanan Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan adalah program yang terakhir yang dijalankan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pah...

KESEPULUH
09 Judul : A photographic guide to snakes and other reptiles Pengarang : Merel J. Cox; etc Penerbit : New Holland Publishers ; London...







Friday, January 7, 2011

Dol Leman ; Misteri Hantu Getah oleh Mersik Romoyu

Judul : Dol Leman ; Misteri Hantu Getah
Pengarang : Mersik Romoyu
Penerbit : KarnaDya Solutions Sdn. Bhd
Tahun : 2009
ISBN : 978-983-3316-79-3
No. Panggilan: FM MER
03
Ulasan buku :
Cukup seronok membaca buku cerita siri penyiasatan kanak-kanak seperti buku ini. Pengalaman bercuti musim sekolah Dol Leman dan rakan-rakannya iaitu Suppa, Ku Chai dan Yaya yang mengikut Tok Sukin menziarahi sahabatnya di Kampung Langot. Seronok bertemu dengan kawan baru iaitu Apit mereka beramai-ramai menyiasat kisah hantu dan kes kecurian getah di kampong berkenaan. Berjaya mereka membongkar misteri tersebut? Jangan ketinggalan untuk membaca buku cerita penyiasatan yang penuh adegan kelakar dan menyeronokkan ini.
02
Ulasan diatas disediakan oleh Puan Siti Norbaya Ahmad Patanah
01
Blog:  http://mersik.blogspot.com/

Buku lain oleh Mersik Romoyu:
1. Ariya Di Kota Silsila

Mata kucing oleh Nizam Zakaria

Judul : Mata kucing
Pengarang : Nizam Zakaria
Penerbit : Marshall Cavendish ( Malaysia ) Sdn. Bhd.
Tahun : 2008
ISBN : 983-384-552-5
No. Panggilan: F NIZ
03
Ulasan buku:
Merupakan sebuah novel berbentuk ‘triller’ atau kisah seram dan penyiasatan. Kisah bermula apabila sekumpulan wartawan dan penerbit rancangan 666 yang amat terkenal di Singapura iaitu sebuah rancangan yang mengupas dan membongkar kejadian jenayah yang berleluasa di republik itu. Penyiasatan bermula dengan kes pembunuhan ngeri di Tiong Baru Estet. Berikutan dengan kejadian itu, pelbagai perkara aneh terus menghantui Pick Yin sebagai watak utama di dalam cerita ini seperti bayangan kelibat dan mata yang bersinar seperti mata kucing. Olahan ayat dan gaya pencerita menarik, penulis juga banyak memasukkan pengetahuan sains dan kimia menjadikan cerita ini lebih berkesan. Bagi peminat cerita ceraka dan fantasi sains jangan lepaskan peluang untuk membaca buku ini.
02
Ulasan diatas disediakan oleh Puan Siti Norbaya Ahmad Patanah
01

A photographic guide to snakes and other reptiles

09
Judul : A photographic guide to snakes and other reptiles
Pengarang : Merel J. Cox; etc
Penerbit : New Holland Publishers ; London
Tahun : 1998
ISBN : 9781853684388
No. Panggilan : 579.90959 COX

08
Ulasan buku
Merupakan sebuah buku rujukan yang ringkas, kecil tetapi padat. Mengandungi gambar berwarna yang sangat menarik dengan menggunakan kualiti kertas yang terbaik. Cara penampilan bahan dan maklumat yang sangat unik sehingga berjaya menarik perhatian setiap mata yang memandangnya. Amat sesuai bagi sesiapa yang meminati binatang reptilia seperti ular, pelbagai jenis cicak, sesumpah, kura-kura dan labi-labi. Mudah difahami, ringkas dan padat dan sesuai untuk dibawa ke mana jua. Pemgumpulan maklumat juga meliputi 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Thailand.

Ulasan diatas disediakan oleh Puan Siti Norbaya Ahmad Patanah
07
Wandering Round-eye Gecko. Dark Round-eye Gecko. Siames Round-eye Gecko. Cat-eyed Gecko.
06
Peters' Slender-toed Gecko. Web-footed Gecko. Marbled Slander-toned Gecko. Siames Leaf-toed Gecko.
05
Banded Slander-toaed Gecko. Cardamom Slanderotoaed Gecko. Larg-spotted Slender-toaed Gecko. Barred Slender-toaed Gecko.
04
Spiny-tail House Gecko. Garnot's Gecko. Four-clawed Gecko. Miniature Gecko.
03
Tockay. Forest Gecko. Spotted House Gecko. Sandstone Gecko.
02
Flat-tailed Gecko. Kuhl's Gliding Gecko. Smooth-backed Gliding Gecko.
01