Tuesday, January 4, 2011

Format PC tu macam mana?

Bile sebut je format PC, ramai yang menyangka macam install-install program je kot? Tak pun macam delete semua fail, kemudian copy balik...ataupun cuci-cuci dalam PC, tukar-tukar wayar kot? Ataupun buang virus, lepastu dah siap lah kot?? Ape-ape pun andaian orang, saya siapkan kerja dulu, barulah terangkan balik proses format... melainkan ada lah betol sikit-sikit andaian beliau.

Format PC ni sebenarnya servis berjadual. 3 bulan adalah masa paling ideal. Tapi ade juge saye jumpe PC tak pernah diservis sampai 2 tahun, tapi prestasi PC ok lagi. Kenapa ok? sebab PC tu PC baru, perkakasan (hardware) semuanya baru dan yang penting, pemilik PC pandai jaga.. Ok lupekan pasal PC baru. Kita fokus pada PC lama-lama ( tak lah lama sangat maksud saye...zaman 2001 - 2006 lah contoh )

PC umpama kereta, timing belt, aircond belt, minyak hitam, spark plug perlu tukar...pun ikut jadual ( speedo meter ) . PC pun sama juge perlu diservis bile sampai time dia. Fuh..panjangnya intro..

Kat bawah ni, saya senaraikan ape bende saya buat time nak format PC.


1- Sebelum PC di format, saya akan pastikan PC tu ade 2 partition iaitu C:\ dan D:\.

2- Pastu, kalo takde 2 partition, saya akan bahagikan saiz hard disk kepada 2 bahagian menggunakan software Partition Magic Pro v7.0.

3- Kemudian, saya akan copy semua files penting sahaja( dikenali sebagai backup files ). Biasanya fail ni duduknya dalam My Documents, Desktop, dalam C:\ dan dataBase fail. Saya akan copy fail-fail masuk kedalam folder khas, duduknya dalam drive D:\ yang awal-awal lagi saya dah create.
Tapi macamana kalo OS tak boleh masuk? Maksud saya, Windows tak boleh masuk ke desktop...dah tentu nak backup files tak boleh kan? Ok, bile dah kene situasi begini, saya perlu re-install windows menggunakan CD dengan gelaran 'Repair Windows'. Ia bukan format, tapi lebih kepada menampal fail-fail windows yang rosak/hilang...sebabtu PC tak boleh load windows, PC akan asyik restart...restart...restart aje. Cara lain, cabut hard disk PC tu, masuk ke PC lain dan set sebagai Secondary/Slave. Copy fail guna PC kedua tu.

4- Bile PC dah boleh load windows, saya akan buat backup files.

5- Pastu, saya akan sedut driver PC tu menggunakan software Driver Grabber v3.5. Juga disimpan dalam Drive D:\. Driver = sejenis perisian untuk support semua hardware dalam PC. Contohnya, driver display, sound, network port, system, dan lain-lain.

6- Bila semua dah setle, restart PC dan masuk ke BIOS. Benda ape BIOS ni? Nama penuhnya Basic Input-Output System. Ia adalah software khas duduknya dalam Chipset yang melekat kukuh pada Motherboard. Nama chipset ni CMOS. Ia dijana oleh bateri sekuat 0.5Watt je. Nama penuhnya Complimentary Metal Oxcide Semiconductor. Fuh...macam nama asid sulfida!! Chipset ni kawal semua aktiviti hardware PC. Kira macam 'kepala' la dan pembantunya pemproses ( Processor ) ( seperti AMD, Intel, Cyrix dan Via ).

7- Dalam BIOS, saya akan setting balik hardware kasi berfungsi dengan baik. Pastu, sebelum format, saya set First Boot Device = CD ROM, Second Boot Device = IDE 0, iaitu hard disk.

8- Kemudian, masukkan CD Windows XP Original dalam CD Drive, restart PC.

9- Bermulalah proses Format Install O.S. Langkah no.9 ni akan mengambil masa 40 - 60 minit.

10- Bila dah setle, install semula driver grafik, sound, sistem dan network.

11- Pastu restart PC, install pula software seperti Antivirus, Open Office Oxygen atau Office 2007, Acrobat Reader, Winzip, video/MP3 player dan berbagai lagi ikut keperluan.

12- Bila dah siap, saya register pula antivirus dan update versinya supaya terkini dan stabil.

13- Kemudian, restart PC. Pastu, saya scan folder backup files yang dalam drive D:\ tu kot-kot ada virus mana tau kan? Kalo ada virus, delete je.

14- Pastu restart PC lagi....saya setting pula windows, antaranya block sebarang update-update yang tak perlu, taruk autorun killer ( efektif tak kasi virus execute ), setting bagi laju lagi dan macam-macam lah.

15- Bila semua dah setle, saya test tiap fungsi hardware, saya test resolusi grafik, test bunyi, test internet, test USB port dan segalanya lah.

Sekarang, siap sudah langkah format PC dari 1 sampai 15. Semua ni biasanya mengambil masa antara 1 jam setengah hingga 2 jam setengah ( kalo PC tak banyak ragam ). Kalo yang membabitkan masalah yang rumit seperti driver hilang, saya perlu download dari internet satu per satu driver. Kadang kala versi tak sama, terpaksa download semula hinggalah jumpe versi yang sama. Kasi masa 2 jam pun tak dan siap.

Ada juga yang rumit seperti fail penting hilang disebabkan oleh virus, saya lagi suka pakai command untuk lawan/hack virus dan dapatkan semula fail hilang. Saya kene setlekan dulu kes fail hilang, mana boleh main format-format je ( kes begini banyak berlaku di kedai-kedai komputer, diorang format je..bukan nak tolong selamatkan fail )Tapi bukan semua kedai, cuma segelintir je lah.

Ade juge kes windows tak boleh load, pastu fail hilang sebab virus terlalu banyak dan setahun tak pernah servis, kena pulak PC slow sangat.. Bila kene kes macam ni, proses nak format bertambah sukar kerana fail penting perlu diselamatkan dulu malah memakan masa hingga 5 jam untuk disiapkan.

Kesimpulanya, proses format install O.S ni bukan mudah jika membabitkan berbagai masalah, namum tidaklah susah mana jika PC tu ok lagi dan menepati rutin jadual setiap 3 bulan. Macam saya cakap tadi lah, kalo pemilik PC tu reti jaga dan PC masih baru, tak servis 1 tahun, 2 tahun pun takpe. Tapi nak still laju dan sedap pakai, format lah setiap 3 bulan. Tapi jika jarang pakai, format tiap 6 bulan pun ok dah tu.

**Servis tiap 3 bulan khas untuk anda yang memang guna PC untuk layari internet dan kerja menaip melebihi 7 jam sehari.

Oleh : Ijan Lanchang.

No comments: