Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, January 19, 2011

Pelatih Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat

Kami di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang merasa gembira kerana Cik Nurul Azlina binti Aziz dan Puan Nur Hidayah binti Gani telah berpeluang untuk menjalankan latihan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Kuantan. Cik Nurul Azlina dan Cik Nur Hidayah telah berada di tempat kita bermula pada 22 November 2010 hingga 21 Januari 2011. Semoga mereka berdua akan menjadi pustakawan yang cendikiawan dengan masa depan yang cemerlang. Harap-harap jangan lupakan kami di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
03
(Hari ini adalah hari bergambar, sebab tu pakai baju sedondon warna hijau muda)

Cik Nurul Azlina telah memulakan persekolahan awalnya di Sekolah Tadika Beserah Kuantan. Tamat Tadika Beserah sambung ke Sekolah Kebangasaan (Perempuan) Methodist Kuantan (MGS). Sambung pula ke Sekolah Menengah Kebangasaan Tanah Putih (SMTP). Sambung lagi ke Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib Kuantan (SMART) dan akhirnya sampailah di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.
02
(Itulah tarikh penting dalam hidup mereka berdua)

Puan Nur Hidayah pula menjejakkan kaki ke sekolah pertamanya di Sekolah Tadika Lepar Utara 01. Tamat tadika sambung ke Sekolah Kebangasaan Lepar Utara dan tentulah menyambung persekolahan di Sekolah Menangah Lepar Utara. Lepas tu menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Padang Saujana dan akhirnya berjaya sampai ke Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.
01
(Sedang mendapatkan bahan dari Jejaka Kacak PPAP)

Cik Nurul Azlina dan Puan Nur Hidayah belajar di UITM dalam bidang yang sama iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat. Bezanya Cik Nurul Azlina mengkhusus dalam bidang Perpustakaan (15220) sementara Puan Nur Hidayah dalam bidang Pusat Sumber (15223).

Kata-kata azimat yang telah membawa mereka berdua hihgga ke peringkat ini adalah; 'Usaha Membawa Kejayaan' dan 'Usaha, Doa & Tawakal'.

Facebook:
Cik Nurul Azlina binti Aziz
Puan Nur Hidayah binti Gani

No comments: