Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, January 21, 2011

Zainudin Azhari (Kuantan)

Encik Zainudin Azhari mula bertugas pada tahun 1978 di Perbadanan perpustakaan Awam Pahang bersama Encik Yunus Md Yusof bekas Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Lebih mesera dipanggil dengan gelaran 'Encik Zai' atau 'Abang Zai'.

Mempunyai pengalaman bertugas di banyak unit di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Pandai bercerita dan tidak kedekut ilmu untuk diturunkan kepada genarasi muda Perbadanan perpustakaan Awam Pahang.

Seorang yang pandai memasak. Masakan yang paling banyak sejarah adalah bubur lambuk. Ilmu memasak bubur lambuk ini telah dipelajari oleh Encik Zainudin daripada ayahnya semasa di Lipis. Encik Zainudin ditugaskan oleh ayahnya untuk memasak bubur lambuk setiak kali ulan puasa. Encik Zainudin perlu memasak bubur lambuk untuk masjid seorang diri sahaja. Pernah sekali Encik Zainudin menangis kerana tidak dapat bermain seperti orang muda lain kerana ditugaskan oleh ayahnya memasak bubur lambuk. Resepi yang sama masih digunakan oleh Encik Zainudin ketika memasakkan bubur lambuk untuk kawan-kawan di perpustakaan. Rasanya sungguh sedap, tak sempat sampai tengahari, seperiuk besar bubur lambuk habis licin.

Akan berpencen pada tahun 2012. Sama-sama lah kita menanguk ilmu yang telah dikumpul oleh beliau selama 33 tahun. Ramai diantara kita yang belum lahir ketika beliau mula bekerja dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Hobi masa lapang beliau mengkaji jam, cincin dan duit lama. Untuk melihat sedikit koleksi beliau anda boleh klik DISINI.

Keunikan beliau adalah beliau lebih suka bau minyak cap kapak(MACK) atau minyak angin berbanding minyak wangi. Kalau nak baca cerita MACK anda boleh klik yang mana-mana minat: [ada-minyak-cap-kapak-tak] [minyak-cap-kapak] [facebook.com] [minyak-cap-kapak-penyelamat-utama] [panadol-vs-minyak-cap-kapak] [minyak-cap-kapak] [tray-minyak-cap-kapak] [Kucen aku suke minyak cap kapak!!! normal ke ..] [Smells like teen spirit…]. Rupanya memang banyak orang yang minat sangat kat MACK. Uniknya bagi kita adalah kerana keunikan Encik Zainudin.


(Dua DIN yang akan mengakhiri zaman kerja pada tahun 2012)

Jika ada kesempatan, saya akan menulis koleksi cerita-cerita lucu yang sering didendangkan oleh dua DIN (Zainudin dan Saharuddin) ini kepada kakitangan Perbadanan perpustakaan Awam Pahang. Macam manalah keadaan Perbadanan perpustakaan Awam Pahang setelah ketiadaan dua DIN ini.

No comments: