Tuesday, February 1, 2011

AMARAN BANJIR 7.55 pagi 01/02/2011

Amaran banjir 7.55 pagi 01/02/2011
NASIHAT HUJAN LEBAT/RIBUT PETIR (PERINGKAT KUNING)
Dikeluarkan pada: 7.55 pagi 01/02/2011
Dikemaskini pada : 12.00 tengah malam, 1 Febuari 2011

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Merah dan Jingga) yang dikeluarkan pada 3.50 petang, 30 Januari 2011 untuk negeri Johor diturun dan dilanjutkan kepada Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning).

Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 3.50 petang, 30 Januari 2011 untuk negeri Pahang adalah dilanjutkan. Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Johor (Daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) dan Pahang (Kuantan, Pekan, Bera dan Rompin) dijangka berterusan sehingga Selasa, 1 Februari 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

NASIHAT PARAS AIR SUNGAI
Lima tempat menyukat telah menunjukkan para melebihi biasa iaitu Sg.Jelai, Sg.Semantan, Sg.Pahang dan Sg.Triang. Kepada perpustakaan yang berhampiran sungai ini harap berjaga-berjaga.

Sg.Jelai di Jeram Bungor
01/02/2011 - 08:00
Paras sekarang: 59.07 (biasa-55.00) (berjaga-58.00) (bahaya-62.00)

Sg.Semantan di Kg. Lengkong
01/02/2011 - 06:00
Paras sekarang: 52.24
biasa-49.00
berjaga-51.00
bahaya-53.00

Sg.Pahang di Temerloh (Lubuk Pasu)
01/02/2011 - 08:00
Paras sekarang: 29.18
biasa-26.00
berjaga-29.00
bahaya-33.00

Sg.Triang di Triang
01/02/2011 - 08:00
Paras sekarang: 33.76
biasa-31.00
berjaga-33.50
bahaya-34.50

Sg.Pahang di Lubuk Paku
01/02/2011 - 08:00
Paras sekarang: 17.21
biasa-14.00
berjaga-17.00
bahaya-19.00

RUJUKAN:
lamanpahang.blogspot.com

No comments: