Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, February 8, 2011

Mesyuarat Pengurusan Bersama Bil.1/2011

Mesyuarat Pengurusan Bersama Bil.1/2011 telah diadakan pada 8.2.2011 (Selasa) bertempat di bilik mesyuarat Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Kebiasaannya mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua Perpustakaan Daerah dan Ketua Perpustakaan Cawangan.

Pada mesyuarat kali ini, buat pertama kali 9 orang Penyelia Zon Perpustakaan Peruntukan Khas telah dijemput hadir. Melalui mesyuarat ini secara rasmi 32 buah Perpustakaan Desa PNM telah diserahkan kembali untuk dipantau oleh PPAP. Diumumkan juga bahawa bermula hari ini Perpustakaan Desa PNM akan dikenali sebagai Perpustakaan Peruntukan Khas (PD PK).

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Puan Hajjah Faridzah Bt Jaafar, AMP.

No comments: