[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Saturday, April 30, 2011

Buku: Tarbiah Anak dengan Zikir dan Doa


Tarbiah Anak dengan Zikir dan Doa oleh Zahazan Mohamed & Rohidzir Rais
Diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd pada tahun 2008 dan berharga RM12.00

Menghadapi karenah anak-anak sangat menguji kesabaran si bapa apatah lagi si ibu. Seorang wanita yang keletihan setelah sepanjang hari mengemas rumah, memasak, membasuh baju, mungkin akan hilang sabar terhadap anak-anaknya yang tidak mendengar cakap, menyepahkan rumah, berkelahi sesama sendiri dan pelbagai karenah. Si ibu yang gagal mengawal kemarahannya mungkin bertindak mengikut perasaan. Anak mungkin dipukul, ditampar atau dicubit sehingga lebam dan luka malah dalam kes yang lebih teruk mungkin menggigit anak atau menghentak kepalanya ke dinding. Bapa yang tidak tahan dengan sikap anaknya itu juga mungkin akan bertindak melampaui batas. Justeru, melalui buku ini, ibu bapa dapat mentarbiahkan anak-anak melalui zikir dan doa.


Buku TARBIAH ANAK-ANAK DENGAN ZIKIR & DOA ini menghimpunkan doa-doa serta keterangan petua dan cara beramal sebagai panduan kepada ibu bapa dalam membimbing anak-anak untuk mendapat keredhaan Allah dan anak yang soleh dan cemerlang di dunia & akhirat. Turut dimuatkan di dalam buku ini ialah zikir-zikir dan doa yang boleh diambil dan dijadikan amalan seharian. Diterbitkan dalam saiz yang kecil dan menarik, buku ini mengandungi 4 aspek penting dalam kehidupan iaitu aspek KETELUSAN AKHLAK & KEMURNIAN PEKERTI seperti mendapat ramai anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, mententeramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, mohon kesabaran, meningkat keyakinan diri dan mohon dipenuhi keperluan. Aspek kedua ialah KECEMERLANGAN AKADEMIK seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, mohon kelulusan cemerlang dan mudah menghafal al-Quran. Aspek yang ketiga ialah KECERGASAN JASMANI & KEAFIATAN FIZIKAL seperti mohon perlindungan daripada gangguan sihir, luka, demam, bengkak, jauhi zina, stress dan jauhi daripada insomnia. Aspek keempat pula ialah ZIKIR & SELAWAT seperti Ibrahimiyyah, mohon kebahagiaan, mohon keselamatan, kelapangan, menghindari bahaya, sembuh penyakit dan mengelak mimpi ngeri.

Ulasan disediakan oleh
Puan Fazilarwati
Perpustakaan Awam Cawangan Jengka

Wednesday, April 27, 2011

Buku: Panduan lengkap reproduksi manusia dan rawatan infertiliti


Panduan lengkap reproduksi manusia dan rawatan infertiliti oleh Muhd Rushdan Md Nor/ Murizah Mohd Zain

Masalah kemandulan atau dalam istilah perubatan dipanggil infertility boleh mengakibatkan kesan psikologi yang serius kepada pasangan yang berkahwin. Kegagalan menghasilkan zuriat bukanlah disebabkan oleh kaum wanita sahaja, malah punca-punca lain seperti masalah kesuburan lelaki dan juga pengetahuan yang cetek dalam bidang fisiologi reproduksi manusia juga merupakan penyebab penting. Kajian telah menunjukkan bahawa 25-30 peratus penyebab infertility berpunca daripada masalah kesuburan kaum lelaki dan 15-20 peratus menunjukkan kes-kes infertiliti berlaku tanpa dikesan puncanya. Dengan menyedari hakikat tersebut, buku ini dihasilkan bagi menerangkan secara terperinci bagaimana mengatasi masalah infertiliti. Sebelum mengetahui apakah punca dan bagaimana menanganinya, setiap pasangan perlu mengetahui system organ reproduktif berfungsi dan apakah peranan mereka supaya proses reproduktif berhasil dan mencapai matlamatnya.

Tuesday, April 26, 2011

Popular Posts pada 26 April 2011

  1. Negeri Pahang akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Malaysia Ke - 15 pada tahun 2012, sehubung dengan itu kakitangan Perbadanan Perpustakaan...
  2. Doa masuk dan keluar tandas adalah doa pendinding untuk diri kita. Mengamalkan doa pendinding ini boleh memberikan kebaikan pada jasad dan j...
  3. Inia adalah koleksi gambar kawin Mus Mila yang diberikan oleh Isham kepada Blog Perpustakaan Awam Pahang. Selamat pengantin baru untuk Mus d...
  4. SELAMAT PENGANTIN BARU Shahrizan bin Hassan telah berjaya dengan cemerlangnya menjalani proses Akad Nikah dan Persandingan. Pasangan Shahriz...
  5. 9 hb - Story Time (PD Muadzam Shah) - Minggu Permainan (PD Lepar Hilir) - Pertandingan Bola Sepak (PD Kuala Medang) 16 hb - Minggu Permaina...
  6. Inilah koleksi gambar Program Ceramah Pemakanan Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan pada hari ini 31.12.2010 (Khamis). Sebanyak 64...
  7. Kepada Semua Ahli Perpustakaan Yang Kami Hormati, Kami berasa amat berbesar hati untuk memaklumkan bahawa anda telah dipilih sebagai ahli...
  8. SENARAI KETUA PERPUSTAKAAN DAERAH (KPD) Encik Mohd Aseri bin Abd Malek,PKC (Ketua Perpustakaan Daerah Bentong) aseri@pahanglibrary.gov.m...
  9. Sumber gambar dari Facebook Mustakim Abd Majid dan Mila Mahmud M u s + M i l a Majlis pemetri janji, Tambatan kasih, Ikatan cinta suci ...
  10. Inilah hari hari terakhir Zura di Perpustakaan Awam Daerah Temerloh sebelum bertukar ke PPAP Kuantan. Banyak kenangan yang pahit manis dan y...
----------------------------------------------------
Total Pageviews:
8,273

UserOnline:


Geolocation:
417
Malaysia
119
United States
12
United Kingdom
7
France
6
Indonesia
5
Brunei Darussalam
4
Italy
3
Germany



Sunday, April 24, 2011

Mesyuarat PPMPT 2011 (5) gambar kenangan

MESYUARAT TAHUNAN KE – 6/2011 PERSATUAN PUSTAKAWAN KUMPULAN TIMUR
Inilah kenangan terindah semasa Mesyuarat Persatuan Pustakawan Malaysai Pantai Timur (PPMPT) 2011 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.
04
Ahli Yang Hadir:
Abu Hassan Ghazali
Ahmad Abd Rahim Alias
Aina Kartini Mohamad Salleh
Anuar Awang
Atip Ali
Che Hasnah Abd Ghani
Fatimah Salim
Idris Jamaluddin
Kamarulzaman Mahmood
03
Marlina Jaafar
Mohammad Azhan Abdul Aziz
Mohd Sabri Muda
Mohd Saiful Kamaluddin
Mohd Shahnizam Mat Zain
Mohd Shahrulnizam Zuraimi
Noorul Huda Othman
Nor Azlina Ab Ghani
Nor Hairani Ab Rashid
Noraida Hassan
Norsollehah Ahmad
Norulhuda Makhtar
Nur Farizah Abdullah
Nurul Azurah Mohd Roni
Nurul Huda Zulkifli
02
Pahmi abdullah
Rabiatul Adawiah Ab Manan
Rabiatul Adawiyah Hanim Mohd Rosli
Rahamah A. Ghafar
Rohana Ismail
Rohayah Yahya
Rosnorzaini Rusli
Rugayah Ali
Sarawati Sulong
Sharifah Akmal Syed Ab Rahman
Sofiah Khalid
Syed Mohammad Helmy Syed Md Akhir
Wan Noor Fadhliaton Wan Mohd Fauzi
Zarina Muhammad
01

Thursday, April 21, 2011

Mesyuarat PPMPT 2011 (4) perjalanan balik

Dalam perjalan balik kami terpaksa singgah membeli buah tangan untuk kawan-kawan dan keluarga. Kalau tak beli apa-apa nanti orang Terengganu kata sampai hati datang Terangganu tak beli apa-apa, jadi beli la setakat ada.
04
Bersiap nak bergerak balik.
03
Sempat membeli serba sedikit barang untuk dibawa balik.
02
Semua urusan perlu diselesaikan segera.
01
Beli setakat duit yang ada.

Gambar kawin Shah (4)

Bila dan siap acara bersanding, tibalah masa acara makan beradap Raja Sehari. Kalau ikut susunan betullah pengantin lelaki duduk belah kanan. Sebelah pengantin lelaki eloknya adalah ayah pengantin perempuan. Pastu mak pengantin perempuan. Kat belah perempuan pula eloknya mak pengantin lelaki (mak mertua), disebelahnya baru ayah pengantin lelaki.
05
Kalau ikut cara ni barulah nampak akrab pengantin perempaun dengan mak mertua. Akrab juga pengantin lelaki dengan ayah pengantin perempuan (ayah mertua).
04
Tapi kerap kali juga saya lihat, keluarga pengantin tak mahu atau segan nak duduk makan di meja pengantin. Kawan saya yang jadi jurugambar pernah diminta makan bersama pengantin kerana masing-masing tak nak duduk makan bersama dengan pengantin.
03
Kalau sapa-sapa yang bercadang nak kenduri pas ni tunjukkan persepakatan kepada orang-orang kampung yang keluarga kita bersatu hati. saya cerita ni bukan ada kaitan dengan majlid kenduri Shah tetapi tetiba timbul idea nak cerita pasal penonjolan kemaufakatan keluarga dapat dilihat pada masa makan beradap pengantin.
02
Ada tempat pula, berebut-rebut nak duduk makan di meja pengantin. Ada yang sampai merajuk kerana tak dipelawa makan di menja pengantin. Kadang-kadang tu terlalu ramai sebelah pihak yang nak tompang makan di meja pengantin. Hinggkan dipenuhi oleh keluarga sebelah pihak sahaja. Maklumlah makan Raja Sehari di meja pengantin ni berbeza dengan makanan yang dihidangkan untuk orang ramai.
01
Kadang-kadang sian juga jika kita terdengar bebudak kecik kata "Mak nak udang kat meja tu". mak terpaksa jawab "Hisss tu orang punya, kita tak boleh makan". Kalau bebudak kecik tu jawab "Makkkk! nak jugak". Apa kita nak jawab. Mungkin ada mak yang dengan segan silu mintak juga pada orang di meja pengantin seketul udang pengantin.

Apa lagi cerita semasa makan beradap pengantin ...?

Wednesday, April 20, 2011

Buku paling mahal didunia.

Saya telah menerima email pada 19 April 2011 dari u-Pustaka System Administrator bagi menjemput saya untuk turut serta berbincang mengenai tajuk "What is the title for the most expensive book in the world?". Tajuk yang amat menarik dan saya tidak pernah terfikir untuk mencari bahan mengenai tajuk "most expensive book in the world?".

Setelah membuat tinjauan mengenai tajuk "What is the title for the most expensive book in the world?" ini , saya terfikir juga untuk menulis tentang "What is the title for the most expensive book in our country?" pada satu masa nanti.

Berbalik pada tajuk kita, "Codex Leicester are the most expensive book in the world?"
01
Codex Leicester atau Codex atau Da Vinci Codex atau Codex Hammer adalah tajuk buku yang paling mahal didunia pda masa ini. Buku ini juga dikenali sebagai Codex Leicester telah dibeli oleh Pengerusi Microsoft, Bill Gates pada tahun 1994 dengan harga USD30.8 juta.

Buku Codex Leicester ditulis oleh Leonardo da Vinci (1452-1519) dalam bahasa Itali. Manuskrip Codex Leicester ini mengandungi 72 muka surat (36 keping) tentang pemerhatian dan teori sainstifik yang dikaji oleh Leonardo da Vinci. Ianya terdapat 18 "loose double sheets" dan 300 illustrasi kecil.

Da Vinci Codex siap ditulis oleh Leonardo da Vinci antara tahun 1506 dengan 1510 di Milan Itali. Beliau menulis menggunakan dakwat sepia ink untuk menulis dan menulis pada 18 keping "double-sided sheets of loose-leaf of linen paper".

Manuskrip ini diberi nama Codex setelah dibeli oleh Thomas Coke pada tahun 1717. Pada tahun 1980 Armand Hammer (1898-1990) pula telah membeli buku ini dan dinamakan Codex Hammer sempena nama pembelinya. Armand Hammer membeli daripada Leicester estate.

Manuskrip ini pernah dipamirkan di:
-Ch√Ęteau de Chambord 2004
-Tokyo 2005,
-Seattle Museum 2006
-Chester Beatty Library Dublin, Ireland 2007

Kandungan Codex Leicester :
Title-page - Folio 1 - Folio 2 - Folio 3 - Folio 4 - Folio 5 - Folio 6 - Folio 7 - Folio 8 - Folio 9 - Folio 10 - Folio 11 - Folio 12 - Folio 13 - Folio 14 - Folio 15 - Folio 16 - Folio 17 - Folio 18 - Folio 19 - Folio 20 - Folio 21 - Folio 22 - Folio 23 - Folio 24 - Folio 25 - Folio 26 - Folio 27 - Folio 28 - Folio 29 - Folio 30 - Folio 33 - Folio 34 - Folio 35 - Folio 36
sumber: http://www.7oon.eu/leonardo/

Sembilan lagi buku-buku yang termahal didunia adalah:
02
The Gospels of Henry the Lion telah dilelong pada harga £8,140,000 di London pada tarikh 6 Disember 1983.
03
The Canterbury Tales ditulis oleh Geoffrey Chaucer pada kurun ke 14. dijual pada harga £4,600,000pound pada 8, Julai 1998.
04
The Gutenberg Bible adalah buku yang pertama kali dicetak dan dicetak oleh Johan Gutenberg and Johan Fust pada tahun 1455. Dijual dengan harga $5,390,000 pada tarikh 22, Oktober 1987 di London.
05
The Northumberland Bestiary adalah buku bergambar yang paling terkenal pada zamannya. Buku ini dijual dengan harga £2,700,000) pada 29, November 1990 di London.
06
Autograph manuscript of nine symphonies adalah manuskrip muzik yang ditulis olah Wolfgang Amadeus Mozart. Buku ini dijual dengan harga $3,600,000(£2,292,993) pada 22, Mei 1987 di London.
07
The Birds of America adalah buku yang dihasilkan oleh John James Audubon seorang naturalis dan pelukis. Buku ini dijual pada harga $3,600,000(£2,292,993) pada 6, Jun 1989 di New York.
08
Hebrew Bible adalah kitab bible yang dijual dengan harga £1,850,000) pada 5, Desember1989 di London.
09
The Monypenny Breviary adalah manuskrip berillustrasi yang dihasilkan di Perancis. Dijual pada harga £1,700,000) pada 19, Jun 1989 di London.
10
The Hours and psalter of Elizabeth de Bohum dijual pada harga £1,400,000 pada tarikh 21, Jun 1988 di London.

SUMBER:
1. einfopedia.com (Top Ten Most Expensive Books Of The World)
2. en.wikipedia.org (Codex Leicester)
3. news.softpedia.com(Shuffle Through Bill Gates' Codex Leicester by Leonardo da Vinci)
4. powerhousemuseum.com (Leonardo da Vinci: the Codex Leicester - notebook of a genius)
5. amazon.com (Leonardo Lives: The Codex Leicester and Leonardo Da Vinci's Legacy of Art and Science [Paperback])
6. 7oon.eu (THE codex LEICESTER by Leonardo da vinci - all content of Da Vinci Codex is available online)
7. ehow.com (What Is the Codex Leicester?)
8. universalleonardo.org (Codex Leicester formerly Codex Hammer 1508-1512)
9. amnh.org (Leonardo's Codex Leicester: A Masterpiece of Science)
10. elitechoice.org (World’s Most Expensive Book: $30.8 mn Codex Leicester)
11. therichtimes.com (World’s most expensive book: Codex Leicester)

Gambar kawin Shah (3)

07
Peluk kuat-kuat
06
Peluk rapat-rapat
05
Duduk pulak
04
Shahrizan b Hassan
03
Senget sikit kepala
02
Nurun Najibah bt Mohamad Rosli
01
kenangan terindah