[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Saturday, May 14, 2011

Pusat Sumber Pekan

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah merasmikan Pusat Sumber Pekan ini pada 13 Disember 2009. Ianya memainkan peranan sebagai pusat sehenti untuk menimba ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai wadah untuk menjana kemahiran, mengasah bakat dan potensi diri bersesuaian dengan “tagline” nya iaitu “Creating Future Innovator”.
04
Selain Perpustakaan Awam Daerah Pekan masyarakat Pekan disediakan sebuah lagi bangunan yang menyediakan kemudahan sumber maklumat kepada penduduk pekan iaitu Pusat Sumber Pekan.
03
Syarikat HeiTech adalah penyumbang utama dalam merialisasikan penubuhan Pusat Sumber Pekan. Turut sama menjayakan pembinaan Pusat Sumber Pekan Adalah UMNO Pekan, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia, Pearson (M) Sdn. Bhd., MPH Sdn. Bhd. dan Bebar Makmur Sdn. Bhd.
02
Pusat ini dibuka setiap hari bermula jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Kemudahan yang disediakan disini adalah perpustakaan yang menempatkan lebih 5,000 buah buku, makmal ICT, makmal bahasa, bilik seminar dan diskusi, bilik latihan teater, pejabat pentadbiran dan surau. Seramai 5 orang kakitangan sepenuh masa telah ditugaskan di sini..
01

1. Perasmian Pusat Sumber Pekan
2. Kemudahan Pusat Sumber Pekan
3. Pusat Sumber Pekan
4. Facebook Pusat Sumber Pekan

No comments: