Tuesday, July 5, 2011

China mahu membeli Facebook

Menurut sumber Blog Forbes, Beijing dengan bantuan CitiBank dikatakan sedang berusaha untuk memiliki Facebook. Jika perancangan ini berjaya peminat facebook akan 'bertuankan' negara China.

Namun begitu peminat Facebook telah bermula mengeluarkan suara bantahan terhadap usaha negara China untuk memiliki Facebook. Kemungkinan ramai peminat Facebook akan bertukar kepada laman sosial lain jika Facebook benar-benar dimiliki oleh China. Adalah Facebook akan menjadi seperti MySpace setelah dijual oleh Rupert Murdoch dengan harga $35 juta kepada Orange County (digital media firm specializing in online advertising). Rupert Murdoch membeli MySpace dengan harga $580 juta pada tahun 2005.

Adakah kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang akan menarik diri dari Facebook jika Facebook berjaya dibeli oleh China? Senarai Facebook kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang klik DISINI.
Orang lama Perpustakaan Awam Daerah Bentong sedang menunjukkan kemahiran menggunakan komputer.

Samada Facebook dibeli oleh China atau tidak, Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bertegas mengingatkan kakitangan agar menggunakan laman sosial seperti Facebook atau yang seumpamanya seperti Tweeter dan lain-lain supaya mengunakannya dengan berhemah dan dengan tujuan yang berfaedah seperti bertukar- tukar pendapat dan kemahiran serta perkongsian maklumat berguna.

Kita semua amat ditegah menggunakannya untuk kegiatan yang tidak berfaedah apatah lagi yang mendatangkan kesan negatif seperti memburuk- burukkan orang lain atau menabur fitnah terutama di kalangan pegawai dan kakitangan di seluruh perpustakaan atau memburukkan imej jabatan.

Sama-samalah kita menggunakan kemudahan internet untuk menjadikan kita Satu Hati dalam Satu Pasukan.

Sumber berita: blogs.forbes.com-china wants to buy facebook

No comments: