Sunday, July 3, 2011

Rasmi U-Pustaka Pahang - Suara warga 5


Encik Rosli bin Jamil
Pengurus PBUN (Pembimbing Usahawan Negeri)
Kompleks Dagangan Indera Mahkota Kuantan

"Saya seorang yang minat buku, saya suka membeli buku, membeli secara online memudahkan saya mendapatkan bahan. Amalan membeli secara online telah banyak membantu saya dalam mendapatkan buku-buku rujukan untuk saya.

Saya lebih suka membeli buku kerana saya boleh menyimpan buku tersebut. Buku yang dimiliki boleh diserahkan kepada anak-anak kita pada suatu masa nanti. Mereka boleh membaca apa yang telah kita baca. Melalui cara ini kita akan mempunya persamaan pemikiran dengan anak-anak kerana kita telah merujuk kepada bahan yang sama. Seronok kalau kita dapat bercerita perkara yang sama dengan anak-anak.

Membeli buku sendiri membolehkan kita menulis maklumat tentang pembelian buku tersebut pada buku tersebut. Kalau buku yang dipinjam tentu kita tidak dapat membuat macam itu. Seronok rasanya apabila kita dapat menurunkan tandatangan pada buku yang kita beli.

Tetapi perkhidmatan u-pustaka teleh memberi skop baru kepada minat saya. Sebenarnya masih ada banyak lagi buku-buku yang baik-baik dan perlu saya baca. Mungkin buku-buku tersebut saya minat untuk baca tetapi tidak minat untuk menyimpannya. Melalui u-pustaka saya boleh mendapatkan buku-buku tersebut. Setelah membaca buku tersebut, dirasakan ianya buku yang menarik dan perlu disimpan untuk anak-anak saya. Saya boleh membeli buku tersebut.

Kalau sebelum ini saya membuat pembelian buku secara online, kini saya berpeluang untuk membuat pinjaman secara online. Amat memudahkan saya bagi mendapatkan bahan rujukan.

Ditemui selepas pelancaran u-Pustaka Negeri Pahang pada 16 Mei 2011.

No comments: