Tuesday, August 2, 2011

Buku Popular: Sutera Kasih


Novel Sutera Kasih hasil Sirhan Ansari ini adalah antar buku yang popular dipinjam di perpustakaan daerah, cawangan dan desa. Berdasarkan rekod Jan-Mei 2011 buku ini telah dipinjam sebanyak 33 kali.

kepada mereka yang berminat untuk meminjam buku ini boleh dapatkan di perpustakaan awam yang berhampiran, klik DISINI untuk melihat senarai perpustakaan berhampiran.

Petikan: hashimlatiff.blogspot.com

30 RIBU NASKAH DALAM MASA 28 HARI.

Sesuatu yang saya tidak duga sekelumit pun novel karya saya yang berjudul SUTERA KASIH yang dicetak 30 ribu naskah ini habis dijual dalam masa 28 hari. Bayangkan royalti yang saya dapat. Apa pun kegembiraan ini bukan untuk saya seorang, tetapi untuk keluarga saya. barangkali kerana doa isteri saya, mungkin juga doa arwah ibu dan ayah saya serta orang-orang yang simpatikan saya. atau barangkali juga kerana doa daripada mereka-mereka yang baik dengan saya, yang pernah saya bantu. Inilah sejarah hebat di dalam penulisan novel saya. Alhamdulillah. Titik peluh saya akhirnya terbayar juga. selepas 30 ribu habis dalam masa 28 hari, novel tersebut diulang cetak lagi sebanyak 5 ribu.
SUTERA KASIHA, novel terbitan ALAF 21.

Petikan: malaynovelcafe.blogspot.com
Kata pujangga Hamka, cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, pintu sayang dan pintu rindu. Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati. Benarkah? Nurul Azwa menoktahkan zaman remajanya dengan memilih Faris sebagai suami. Dalam melayari gelombang kasih, dugaan datang melanda.

Petikan: mall.karangkraf.com
Faris memulakan kehidupan barunya dengan Syima. Kuasa ALLAH... Syima mengetahui kisah penderitaan Azwa apabila terbaca diari suaminya. Atas dasar kemanusiaan dan simpati, Syima nekad, wanita berhati luhur itu perlu dibantu. Tetapi... mereka tidak pernah bertemu, jauh sekali mengenali hati budi masing-masing. Hanya yang dia tahu... andai cinta itu satu pengorbanan, dia juga perlu berkorban meskipun ada hati yang teruji, ada hati yang terluka.

Petikan: rinntisan.blogspot.com
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Sutera Kasih by Sirhan Ansari
RM 15.00
368 muka surat

"Dari jendela penantian, debunga cinta tetap mekar bila dibaja rasa rindu"

biler baca buku ni dah dpt rasa the writer adalah orang lama dalam bidang penulisan. ada nilai bahasa yg tinggi, dialog yg teratur cuma kadang2 perbualan berulang ulang dalam bab yg berlainan mengenai isu yg sama, some time i wonder if i kept flipping to the same page.

kisah wawa yang meminta suaminya berkahwin lain kerana dia tk dpat melahirkan anak akibat mengidap masalah buah pinggang, dia jugak mintak suaminya menceraikan dia dgn alasan tak nak membebankan suaminya.. isteri baru suamiinya baru mengetahui keadaannya dan bersungguh sungguh ingin membantu kerana dia tahu wawa adalah isteri yang baik.

romzi, kekasih lama wawa sungguh2 mahukan wawa kembali tetapi masih lagi dgn alasan tak mahu menyusahkan hidup romzi, wawa menolak.. keep on reading barulah tahu ke mana hala tuju wawa, kembali kepada bekas suaminya, kepada romzi atau kepada Ilahi?

Petikan: aisywindowsale.blogspot.com
Status: 1 Available
harga sebenar: RM 15.00
jualan: RM 7.00
keadaan: ~masih baik ~ Tak rosak..

Petikan: bacanovel.blogsome.com
biler baca buku ni dah dpt rasa the writer adalah orang lama dalam bidang penulisan. ada nilai bahasa yg tinggi, dialog yg teratur cuma kadang2 perbualan berulang ulang dalam bab yg berlainan mengenai isu yg sama, some time i wonder i keep flipping to the same page.

kisah wawa yang meminta suaminya berkahwin lain kerana dia tk dpat melahirkan anak akibat mengidap masalah buah pinggang, dia jugak mintak suaminya menceraikan dia dgn alasan tak nak membebankan
suaminya.. isteri baru suamiinya baru mengetahui keadaannya dan bersungguh sungguh ingin membantu kerana dia tahu wawa adalah isteri yang baik.

romzi, kekasih lama wawa sungguh2 mahukan wawa kembali tetapi masih lagi dgn alasan tak mahu menyusahkan hidup romzi, wawa menolak.. keep on reading barulah tahu ke mana hala tuju wawa, kembali kepada bekas suaminya, kepada romzi atau kepada Ilahi?

Petikan: pening.blogdrive.com
Cerita ini banyak memaparkan tentang wanita yang lemah... sering dengan air mata.... insan yang menolak pertolongan orang lain demi menjaga maruah... dan kegigihan sorg wanita....yang berjuang untuk hidup diatas derita yang ditanggung....

manakala bekas suami yang pada mulanya enggan mengambil tahu perihal bekas isterinya... tapi apabila didesak oleh isterinya ... mula membantu bekas isterinya yang menanggung penderitaan akibat mengidap penyakit buah pinggang.....apabila isterinya sentiasa mendesaknya....

penyakit yang dideritai oleh Azwa... mendapat simpati dari kawan2nya.....

ada banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini.....

--------------------------------------------------
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (1976) - Perpustakaan Awam Daerah Temerloh (1980) - Perpustakaan Awam Daerah Bentong (1983) - PerpustakaanAwam Daerah Jerantut (1983) - Perpustakaan Awam Daerah Raub(1987) - PerpustakaanAwam Daerah Maran (1993) - Perpustakaan Awam Daerah Pekan (1994) - Perpustakaan Awam Cawangan Jengka (1994) - Perpustakaan Awam Daerah Lipis (1994) - Perpustakaan Awam Daerah Rompin (1997) - Perpustakaan Awam Cawangan Lanchang (1997) - Perpustakaan Awam Daerah Bera (1998) - Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands (2003)

No comments: