Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, November 30, 2011

Gambar Aktiviti PD Tanjung Gemok (706518)

16
Mencari maklumat
15
Catur
14
Congkak perempuan
13
Congkak lelaki
12
Cantum gambar
11
Menulis
10
Cantum-cantum gambar
09
Buka mulut
08
Mari berfikir
07
Mari mewarna
06
Ini saya punya.
05
Mari bercerita
04
Ini gambar saya
03
Semua diam
02
Semua pandang
01
Semua tengok

Sunday, November 27, 2011

Gotong Royomh di Bahagian Rangkaian dan Unit Korporat

 1. Pada 11.10.2011 Bahagian Rangkaian dan Unit Koporat telah mengadakan gotong-royong membersih dan mengecat. Semua kakitangan di bahagian dan unit tersebut terlibat.
 2. Bekerja dan berihat
 3. Pekerja dan pemerhati
 4. Bekerja dan berihat
 5. Mencabut dan mengecat
 6. Mengeca berbaju kurung
 7. Tingkap dan dinding
 8. Cat dan terus mengecat
 9. Posing marah dan posing senyum
 10. Bekerja dan berfikir
 11. Tak ada apa-apa nak difikirkan
 12. Sokongan kawan-kawan dari bahagian lain.
 13. Tolong beripendapat dan tolong makan
 14. makan mee yang dimasak oleh siti
 15. Orang komputer turut memberi pendapat bagai mana nak menceriakan bilik
 16. Inilah mee yang dimasak oleh siti.
 17. Terpaksa mendapatkan bekalan cat dan berus di kedai.
18. Setakat satu troli tak jadi masalah nak tolak.

Friday, November 25, 2011

JUMLAH: Pinjaman Kelompok (Jan-Jul 2011)

Senarai Lokasi Yang Menerima Pinjaman Kelompok
Menggunakan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak
Bagi Tempoh Jan-Jul 2011

ID
LOKASI
BULAN
SENARAI LOKASI PENGHANTARAN
1
201
111
Penjara Penor
2
201
111
Maahad Bahasa Dan Ilmu Al Quran
3
201
111
Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Husna
4
201
311
Muda Bestari Center Tanjung Api
5
201
411
Penjara Penor
6
201
511
Ptr Management Services Sdn Bhd
7
202
111
Bakat 7 Rad
8
202
111
Rejimen Ke-7 Artileri
9
202
111
HOSAS
10
202
211
Bakat 7 Rad
11
202
211
Rejimen Ke-7 Artileri
12
202
211
HOSAS
13
202
511
Bakat 7 Rad
14
202
511
Rejimen Ke-7 Artileri
15
202
511
HOSAS
16
202
611
Bakat 7 Rad
17
202
611
Rejimen Ke-7 Artileri
18
202
611
HOSAS
19
203
211
Jabatan Penjara Bentong
20
203
211
IKIP Bentong
21
203
311
Jabatan Penjara Bentong
22
203
311
IKIP Bentong
23
203
411
Jabatan Penjara Bentong
24
203
411
IKIP Bentong
25
205
411
Sekolah Kebangsaan Tersang
26
206
311
Felda Jengka 3
27
206
311
Felda Jengka 5
28
206
411
Jengka 3
29
206
411
Felda Jengka 3
30
206
511
Jengka 5
31
206
511
Felda Jengka 5
32
206
611
Felda Jengka 3
33
206
611
Felda Jengka 5

Bahan Aktiviti Mewarna Logo u-Pustaka

Berikut adalah gambar yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti mewarna logo u-Pustaka. Aktiviti ini boleh dijalankan dalam bentuk pertandingan (ada hadiah) atau aktiviti (tiada hadiah). Tujuan Aktiviti Mewarna Logo u-Pustaka ini adalah bagi mempromosikan u-Pustaka dan mendapatkan ahli baru u-Pustaka.

Aktiviti ini boleh dijalankan setiap hari Jumaat bagi Perpustakaan Daerah dan Cawangan. Manakala Perpustakaan Desa boleh menjalankan pada hari Sabtu. Aktiviti boleh dijalankan pada setiap hari-hari tersebut dengan mengsasarkan 10 orang hingga 20 orang seminggu.

Aktiviti ini boleh dijalankan untuk ahli kanak-kanak atau boleh juga dicuba pada ahli belia dan dewasa.
Logo u-Pustaka berwarna

Peserta yang menyertai Aktiviti Mewarna Logo u-Pustaka digalakkan menjadi ahli u-Pustaka. Keahlian adalah percuma. Petugas perlu membantu peserta mendaftar sebagai ahli u-Pustaka. Untuk maklumat lanjut klik DISINI.

Logo u-Pustaka untuk aktiviti mewarna

Penganjur aktiviti boleh meletakkan gambar ini pada Microsoft Word. Atau emailkan kepada blog Admin bagi mendapatkan format dalam Microsoft Word '.doc'.

u-Pustaka u-Library

U Pustaka
ada dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja

A. UTAMA
Pendaftaran Ahli Baru
Selamat Datang Ahli

B. PROFIL
Kewujudan sedia ada pengetahuan adalah penting bagi memastikan pembangunan negara. Peranan u-Pustaka dalam konteks pembangunan, perpaduan negara dan daya saing global adalah penting untuk mana-mana negara pada hari ini.

Dalam proses transformasi Negara untuk menjadi masyarakat berpengetahuan secara inklusif, perkhidmatan penyampaian maklumat yang inovatif telah memberi laluan kepada sumber pengetahuan, seterusnya menggalakkan pengalaman pembelajaran sepanjang hayat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja bagi meningkatkan kualiti kerja dan kualiti hidup secara berterusan.

Era k-ekonomi membawa berita baik bagi dunia penyelidikan dan kesarjanaan untuk mendapatkan akses tanpa sempadan kepada koleksi keilmuan yang meluas buat sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.
Kearah masyarakat berilmu pengatahun yang menghayati pembelajaran sepanjang hayat tanpa sempadan masa dan tempat untuk peningkatan kualiti hidup dan kualiti kerja secara berterusan.
Menjadikan maklumat dapat diakses melalui peluasan perkhidmatan jalur lebar.
"Memastikan penglibatan masyarakat berpengetahuan Malaysia kita dalam pembelajaran sepanjang hayat bila-bila masa, di mana saja, dan meneruskan penambahanbaikan untuk kualiti kerja dan hidup"
"Menanam satu budaya inovasi melalui perkhidmatan u-Library di kalangan perpustakaan-perpustakaan dan agensi-agensi maklumat negara bagi menyediakan ruang ilmu untuk bakat-bakat tempatan"
Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Portal u-Pustaka menggalakkan penyertaan bagi pengalaman pembelajaran sepanjang hayat untuk kesemua ahli u-Pustaka dan ahli atas talian menerusi komponen penerbitan web, kolaborasi, pengurusan kandungan dan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan maklumat.

u-Pustaka Secara Keseluruhan

Komponen Penerbitan Web

Komponen ini mengandungi keseluruhan maklumat mengenai latar belakang, siaran media, ucapan, polisi dan maklumat, lampiran fakta, statistik, tajuk paling popular, pautan, suapan berita, sumber elektronik dan sebagainya bagi menampilkan pengetahuan yang disumbangkan oleh Perpustakaan Konsortium u-Pustaka.

Portal u-Pustaka merupakan gabungan kandungan mengenai peristiwa, aktiviti dan berita yang boleh dikongsi oleh Perpustakaan Konsortium u-Pustaka, statistik mengenai pendaftaran keahlian u-Pustaka dan status sambungan Internet oleh ahli u-Pustaka terutamanya bagi pautan kepada Terbitan Kerajaan, Direktori Perkhidmatan Awam, Perpustakaan dan Kerjasama Kepustakawanan Sedunia, Perpustakaan di Malaysia, Badan-badan Profesional Kementerian dan Agensi Kerajaan di Malaysia, Kerajaan Negeri dan Agensi, Kandungan Tempatan, dan Saluran TV dan Radio Secara Atas Talian. Ciri-ciri Mashup juga digunakan bagi memaparkan gabungan data, perkhidmatan dan idea.

Komponen Pengurusan Kandungan

Komponen Pengurusan Kandungan dalam Portal u-Pustaka mengandungi maklumat yang dibina atau dipilih khusus untuk ahli-ahli u-Pustaka dalam bentuk Ulasan Elektronik, Papan Pemuka untuk tiga segmen keahlian, Sumber Elektronik dan Buku Audio.

Ulasan Elektronik menyediakan perkongsian maklumat secara efisien dan akses yang tepat kepada dokumen asal yang membolehkan keputusan dapat dibuat lebih pantas dengan pilihan buku-buku untuk membaca dan juga memaklumkan kepada ahli u-Pustaka sumber maklumat terkini yang terdapat di dalam Konsortium u-Pustaka. Ia juga merupakan satu bentuk interaksi dengan pembaca yang diperkasakan dengan fungsi ulasan yang boleh disumbangkan sendiri berdasarkan kepada ulasan asal oleh pustakawan dari Konsortium u-Pustaka. Dalam hal ini, ulasan buku menawarkan penghayatan berguna keatas koleksi perpustakaan yang boleh dikongsi dengan Communities of Interest atau komuniti yang berkongsi minat yang sama di kalangan ahli u-Pustaka yang boleh menyertai perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Konsortium u-Pustaka.

Papan Pemuka memberikan pendekatan yang komprehensif dalam menguruskan maklumat keahlian u-Pustaka dengan maklumat bersepadu yang menawarkan titik sentuh di mana profil ahli dirangkaikan dengan perkhidmatan u-Pustaka.

Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.

Buku Audio menawarkan buku-buku dalam format audio yang boleh diakses oleh ahli u-Pustaka dan Ahli Atas Talian.

Komponen Kolaborasi

Komponen Kolaborasi menawarkan landasan untuk rangkaian sosial, penerokaan pengetahuan, perkongsian dan pertukaran pengetahuan seluruh komuniti pembelajaran di semua peringkat umur untuk pembelajaran sepanjang hayat untuk berhimpun di Portal u-Pustaka sebagai hab keilmuan untuk kolaborasi menerusi Berbual Dengan Pakar, Forum Perbincangan dan menerokai kemungkinan bagi penemuan pengetahuan menerusi Tanyalah u-Pustaka.

Tanyalah u-Pustaka adalah “Meja Bantuan” untuk Portal u-Pustaka yang diuruskan secara bersama oleh tujuh perpustakaan Konsortium dengan kemudahan literasi maklumat, rujukan dan khidmat nasihat penyelidikan untuk semua ahli u-Pustaka.

Berbual Dengan Pakar menyediakan kemudahan secara atas talian untuk ceramah, mesyuarat, temubual dan seminar yang memaparkan pakar-pakar dalam domain pengetahuan tertentu dan juga tetamu khas yang akan dijemput dari masa ke semasa oleh Konsortium u-Pustaka. Ahli-ahli u-Pustaka boleh mendaftar masuk ke dalam Portal u-Pustaka untuk mendegar, melihat slaid pembengtangan dan juga berbual dengan pakar.

Forum Perbincangan menawarkan landasan untuk menarik perhatian ahli-ahli u-Pustaka dan pelbagai Communities of Interest atau komuniti yang berkongsi minat yang sama untuk menyertai perbincangan atas talian dalam bidang Perniagaan, Ekonomi, Sains dan Teknologi.

Komponen Perkhidmatan

Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan u-Pustaka:

Perkhidmatan peminjamandan pemulangan u-Pustaka menyediakan akses kepada maklumat secara telus kepada Katalog Induk Kebangsaan (KIK) dan Sistem Pengurusan Perpustakaan (LMS) yang sedia ada di tujuh perpustakaan. Permohonan pinjaman menerusi Portal u-Pustaka berupaya untuk dirangkaikan kepada Gerbang Penghantaran oleh pihak Pos Laju dan Gerbang Pembayaran Tanpa Tunai oleh pihak MEPS dan Touch ‘n Go bagi tujuan peminjaman, pemulangan, penempahan dan pembaharuan sumber-sumber fisikal pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

 Senario Pencarian:

Portal u-Pustaka membolehkan ahli-ahli u-Pustaka untuk melaksanakan kaedah pencarian yang akan merungkai sumber pengetahuan menerusi Judul, Pengarang, Perkara, ISBN/ISSN, Penerbit, Tahun Penerbitan dan fungsi pencarian Katakunci. Hasil pencarian membolehkan ahli-ahli u-Pustaka untuk memilih sumber-sumber fizikal dari Konsortium u-Pustaka berdasarkan status keberadaan bahan maklumat tersebut.

 Senario Peminjaman:

 Portal u-Pustaka menyediakan ciri-ciri berikut untuk scenario peminjaman:

Pemilihan sumber-sumber fizikal daripada koleksi yang sedia ada di Konsortium u-Pustaka dan kemudahan untuk menempah bahan.
   
Kos penghantaran menerusi perkhidmatan Pos Laju.
   
Pemilihan kaedah pembayaran elektronik menerusi MEPS FPX dan Quik2Go dalam Portal u-Pustaka bagi perkhidmatan penghantaran dan denda lewat pemulangan; MEPS e-Debit dan Touch ‘n Go untuk denda lewat pemulangan atau denda untuk kehilangan bahan pinjaman di stesen-stesen kaunter atau kios pelbagaiguna.
   
Peringatan untuk denda lewat pemulangan yang perlu dibayar sebelum proses peminjaman berikutnya.
   
Kemaskini secara atas talian untuk status sirkulasi bagi setiap transaksi peminjaman dan pemulangan.
   
Permohonan untuk penempahan dalam keadaan bahan yang diminta telah dipinjam dalam semua Perpustakaan Konsortium.

 Senario Pemulangan di Stesen Gelongsor Buku u-Pustaka meliputi perkara berikut:

   
Pemulangan bahan-bahan pinjaman di mana-mana stesen Gelongsor Buku.
   
Keupayaan untuk menyemak status bahan (keberadaan, lokasi, denda(sekiranya ada))

Senario Pemulangan dari Rumah:

Pemulangan sebarang bahan-bahan pinjaman menerusi Portal u-Pustaka dari rumah.
   
Pembayaran denda menerusi pembayaran elektronik dengan MEPS FPX atau Quik2Go.

 Senario Pemulangan di Perpustakaan Konsortium:

Pemulangan sebarang bahan-bahan pinjaman di stesen kaunter
Konsortium u-Pustaka atau stesen-stesen Gelongsor Buku.
   
Keupayaan untuk menyemak status bahan (keberadaan, lokasi, denda(sekiranya ada))

 Senario Pembaharuan Bahan Pinjaman, pada bila-bila masa dan di mana sahaja:

(a) Pembaharuan bahan-bahan pinjaman melalui Portal u-Pustaka pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang berkaitan dengan Polisi Peminjaman dan Pemulangan u-Pustaka.
   
Keupayaan untuk menyemak status bahan.

Senario Penempahan Bahan Pinjaman, pada bila-bila masa dan di mana sahaja:

Penempahan bahan-bahan pinjaman melalui Portal u-Pustaka pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang berkaitan dengan Polisi Peminjaman dan Pemulangan u-Pustaka.

Perkakasan RFID:

Perkakasan RFID dipasang di Perpustakaan Konsortium dan lokasi strategik untuk menyokong fungsi peminjaman, pembayaran dan pemulangan. Ahli-ahli u-Pustaka boleh juga mengunjungi tujuh Perpustakaan Konsortium dan meminjam menerusi Stesen Kaunter RFID atau Kiosk Pelbagai Guna. Buku-buku boleh dipulangkan menerusi Gelongsor Buku RFID. Laluan masuk bergantri atau tanpa gantri dipasang di setiap Perpustakaan Konsortium bagi tujuan pengawasan.

Garisan melengkung berwarna merah menggambarkan jalur lebar dan gandingan dengan perkataan 'Pustaka' membentuk aksara ‘U’ bermaksud u-Pustaka;

Jemala di bahagian atas adalah gabungan bentuk pecahan helaian buku sebanyak 14, menggambarkan Negeri-negeri di Malaysia dan kepelbagaian khazanah ilmu. Gandingan jemala dengan perkataan ‘PUSTAKA’ memaparkan konsep ‘pohon ilmu’ dengan semangat pakatan strategik. Istilah ‘PUSTAKA’ digunakan bagi menonjolkan identiti u-Pustaka secara global;

Kotak segi empat tepat melambangkan kekuatan perkhidmatan u-Pustaka;

Warna merah di perkataan ‘PUSTAKA’ melambangkan kemantapan perkhidmatan ini;

Gandingan warna biru dan hijau melambangkan kesaksamaan, mesra pengguna dan sokongan u-Pustaka terhadap inisiatif teknologi hijau;

Jalur Gemilang melambangkan aspirasi semangat 1Malaysia yang didokong oleh u-Pustaka dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan secara inklusif (inclusive knowledge society).
 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui salah satu cara di bawah:
    
Alamat:
Konsortium u-Pustaka
d/o Perpustakaan Negara Malaysia,
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur.

Telefon:
03-2687 1833(En. Zahuddin)
03-2687 1771(Pn. Yatimah)
03-2687 1751(Cik Shazlin)
03-2687 1732(En. Mohd Ikhmil Firdausz)

Faks:
03-2694 2490

Alamat Emel: webmaster@u-library.gov.my

Borang Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada Perkhidmatan Tanyalah u-Pustaka

PENGGERAK UTAMA



KOLOBORASI INOVATIF BERSAMA:
C. BILIK BERITA

1. Berita terkini
2. Pengumuman Terkini 
3. Peristiwa terkini
4. Suapan Berita Terkini 
5. Galeri Multimedia

D. KUIB INFO
1. Lokasi gelonsor buku
2. Statistik Ahli u-Pustaka
3. Fakta & Angka Menarik
4. Suara Rakyat

E. PANDUAN DAN POLISI

POLISI KEAHLIAN
 Polisi Keahlian

Konsortium u-Pustaka menyediakan perkhidmatan pendaftaran keahlian kepada seluruh rakyat Malaysia dengan capaian ke atas perkhidmatan dan sumber keilmuan yang terdapat di Perpustakaan Konsortium.
Ahli Berdaftar (warganegara Malaysia sahaja)

Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi borang Pendaftaran Keahlian di mana sahaja melalui Portal u-Pustaka atau stesen kaunter yang terdapat di semua Konsortium u-Pustaka. MyID perlu digunakan untuk pendaftaran ahli u-Pustaka.

MyKid (1 hari hingga 11+ tahun) : Kanak-kanak perlu membawa MyKid asal atau salinan berserta dengan MyKad / MyPR / Kad Pengenalan Tentera ibu/bapa / penjaga. Kanak-kanak yang tidak mempunyai MyKid perlu membawa sijil kelahiran asal atau salinan beserta dengan MyKad /
MyPR / Kad Pengenalan Tentera ibu/bapa / penjaga.

MyKad (12 – 18 tahun) : Remaja perlu membawa MyKad asal atau salinan.

MyKad (19 tahun ke atas) : Dewasa perlu membawa MyKad asal atau salinan.

MyPR : Pemegang MyPR perlu membawa MyPR asal atau salinan.

Kategori Keahlian:

Kanak-kanak

Keahlian kanak-kanak membolehkan mereka yang berumur dari 1 hari hingga 11+ tahun mengakses dan berinteraksi dengan Papan Pemuka Kanak-kanak. Klik disini untuk maklumat lanjut.
  
Remaja:
Keahlian remaja membolehkan mereka yang berumur dari 12 hingga 18 tahun mengakses dan berinteraksi dengan Papan Pemuka Remaja. Klik disini untuk maklumat lanjut.
  
Dewasa:
Keahlian dewasa membolehkan mereka yang berumur dari 19 tahun ke atas mengakses dan berinteraksi dengan Papan Pemuka Dewasa, forum diskusi, ulasan elektronik dan sebagainya.

Kemudahan Ahli

Ahli u-Pustaka diberi kemudahan untuk meminjam, memulangkan, memperbaharui dan membuat tempahan buku yang berada di setiap Perpustakaan Konsortium pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Keahlian Atas Talian (untuk semua)

Ahli atas talian perlu mendaftar dengan mengisi borang Pendaftaran Keahlian di mana sahaja melalui Portal u-Pustaka di mana-mana sahaja melalui Portal u-Pustaka.

Yuran Keahlian

Keahlian adalah percuma.

Pertukaran Status Ahli
Pertukaran status ahli perlu dilakukan di dalam situasi berikut:

MyPR kepada MyKad / MyKid.
MyKad kepada Kad Pengenalan Tentera.
Kad Pengenalan Tentera kepada MyKad.

Pertukaran ini akan dikuatkuasakan dengan penghantaran e-mel kepada webmaster@u-library.gov.my

Polisi Perkhidmatan u-Pustaka

Perkhidmatan peminjaman dan permulangan ditawarkan oleh Konsortium u-Pustaka kepada semua ahli u-Pustaka yang dibolehkan untuk meminjam bahan di koleksi pinjaman.
Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan dilaksanakan secara berikut:
Perpustakaan Konsortium memenuhi permintaan ahli u-Pustaka melalui proses pinjaman di Perpustakaan Konsortium atau perkhidmatan penghantaran oleh Pos Malaysia Berhad.
Perpustakaan Konsortium menerima pemulangan bahan di semua lokasi gelongsor buku dan kemudiannya Pos Malaysia Berhad dimaklumkan untuk melaksanakan proses pemulangan bahan ke perpustakaan pemunya.

1 Tanggungjawab Ahli u-Pustaka
Ahli u-Pustaka adalah bertanggungjawab ke atas kesemua bahan yang dipinjam melalui ID keahliannya.
2 Pinjaman
      
2.1 Setiap ahli dibenarkan untuk meminjam maksimum TIGA (3) bahan dari koleksi pinjaman/terbuka dari mana-mana Perpustakaan Konsortium bagi tempoh 30 hari.
2.2 Pemohonan pembaharuan atau tempahan bahan adalah percuma.
3 Pembaharuan
      
3.1 Pembaharuan atas talian boleh dilakukan sekali sahaja untuk tempoh tambahan 30 hari dengan syarat bahan tersebut tidak lewat dan tiada penempahan dibuat ke atas bahan tersebut.
3.2 Pembaharuan bahan hanya dibenarkan sekiranya semua denda telah dilunaskan.
4 Pemulangan
      
4.1 Bahan boleh dipulangkan di mana-mana lokasi gelongsor buku di Perpustakaan Konsortium atau lokasi gelongsor buku yang lain di KL Sentral, Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu, Perpustakaan Daerah Hulu Langat di Bangi and Jaya Jusco Keramat.
4.2 Bahan boleh dipulangkan di mana-mana stesen kaunter Perpustakaan Konsortium.
5 Tempahan
      
5.1 Tempahan hanya dibenarkan sekiranya semua naskah bagi bahan yang diminta telah dipinjam.
6 Denda    
      
6.1 Denda Lewat Pemulangan
Denda lewat pemulangan bahan dikenakan sebanyak RM1.00 pada hari pertama diikuti tambahan RM0.10 pada hari berikutnya, sehingga mencapai kadar maksimum RM20.00 bagi setiap bahan.
6.2 Bayaran Kehilangan Bahan
Kos bagi sebarang kehilangan bahan adalah berdasarkan harga asal bahan tersebut termasuk kos pemprosesan sebanyak RM20.00 dan denda lewat pemulangan (sekiranya ada).

7 HAKCIPTA
Bahan-bahan yang dipinjam adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta.
 
Perkhidmatan Penghantaran
 
Penghantaran Bahan Terus Ke Pintu Rumah
1 Ahli u-Pustaka boleh membuat pilihan penghantaran bahan melalui Pos Malaysia Berhad dan caj pembayaran akan ditanggung sepenuhnya oleh ahli.
2 Perkhidmatan penghantaran yang disediakan adalah seperti berikut:
      
2.1Perkhidmatan Parcel:

Perkhidmatan pungutan pada keesokan harinya setelah menerima panggilan pungutan sebelum jam 12 tengah hari.

Pekhidmatan ditawarkan bagi penghantaran di DALAM MALAYSIA sahaja.
Tarif untuk penghantaran Parcel Sehala:
 Dalam Semenanjung (RM 4)
 Dalam Malaysia Timur (RM 4)
 Di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (RM 11)
 Tarif untuk penghantaran Parcel Dua Hala:
 Dalam Semenanjung (RM 7)
 Dalam Malaysia Timur (RM 7)
 Di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (RM 19)

2.2Perkhidmatan Kurier:
Penghantaran Pada Hari Yang Sama (SDD)
Perkhidmatan pungutan dan serahan pada hari yang sama dan hanya beroperasi di kawasan tertentu di kawasan Lembah Klang bagi panggilan yang diterima sebelum jam 10 pagi.
Bayaran Domestik
<500 gm 4.50
500-750 gm 5.50
750-1kg 6.50

Bayaran Tambahan
<500 gm 7.50
500-750 gm 7.50
750-1kg 7.50

Bayaran Keseluruhan
<500 gm 12.00
500-750 gm 13.00
750-1kg 14.00

Penghantaran Pada Keesokan Hari (NDD)
Perkhidmatan serahan pada hari berikutnya di seluruh kawasan Pos Laju, manakala tambahan sehari atau dua hari diperlukan di kawasan luar serahan Pos Laju.

Klik di sini untuk maklumat tarif.
Klik di sini untuk jadual tempoh masa penghantaran.

Perkhidmatan e-Pembayaran
Pembayaran tanpa tunai dilaksanakan secara atas talian atau di stesen kaunter serta kios pelbagai guna.
Perkhidmatan ini dibahagikan kepada empat kaedah pembayaran:
1
Pembayaran secara atas talian:


1.1
MEPS FPX (lagi)
1.2
Quik2Go (lagi)
2
Pembayaran secara elektronik di stesen kaunter serta kios:


2.1
MEPS e-Debit (lagi)
2.2
Touch n’ Go (lagi)
 Perkhidmatan SMS
Merupakan gerbang SMS kerajaan yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.
1Jenis perkhidmatan SMS yang ditawarkan kepada ahli u-Pustaka
      
1.1SMS notifikasi dari Portal u-Pustaka kepada ahli

    Ahli perlu mendaftarkan nombor telefon terlebih dahulu dan bersetuju untuk melanggan kepada perkhidmatan SMS menerusi halaman profil ahli.
Langganan yang ditawarkan: Pengumuman - Peringatan tarikh pemulangan buku - Status pra-tempahan - Jangkaan masa pungutan bahan oleh PMB - Notifikasi maklumat penghantaran bahan kepada ahli - Peringatan bahan lewat pemulangan - Pemberitahuan tempahan - Caj bagi langganan perkhidmatan notifikasi SMS adalah RM0.20 bagi setiap transaksi.

1.2SMS maklumat di atas permintaan (IOD)
Penghantaran maklumat kepada ahli atas permintaan
Perkhidmatan yang ditawarkan:
Pertanyaan denda : ULIB FINES [No. Ahli u-Pustaka]
Pertanyaan tarikh pemulangan buku : ULIB DUEDATE [No. Ahli u-Pustaka]

Caj:
RM0.15 bagi setiap pertanyaan
RM0.20 bagi setiap jawapan yang diterima
 
 












 Portal u-Library menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU). Bagi pengguna cacat penglihatan, panduan penggunaan W3C adalah seperti berikut:
 -Dapatkan IE Page Reader
 -Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini
- Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine. Speech Engine adalah 'suara' seorang individu, yang bertutur dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

 Senarai Speech Engine yang terdapat dalam talian:
Text-Speech
Speakonia
ReadPlease
Others

 Klik disini untuk maklumat lanjut mengenai W3C.
 MANUAL KEAHLIAN


F. PERKHIDMATAN


1. Pendaftaran Keahlian


Pendaftaran keahlian Portal u-Pustaka adalah PERCUMA! Klik pada Daftar Sekarang untuk meneruskan proses pendaftaran.

Nota:
1. Sila pastikan anda mempunyai akaun emel yang SAH dan AKTIF sebelum mendaftar.
2. Sila pastikan Pop-up-Blocker anda tidak diaktifkan. Portal u-Pustaka akan memaparkan tetingkap baru untuk Borang Pendaftaran Ahli. (Klik di sini untuk prosedur lanjut)
3. Sekiranya anda masih gagal melihat Borang Pendaftaran Ahli pada tetingkap baru yang terpapar, sila tekan kekunci "Ctrl" sambil klik pada butang Daftar Sekarang.
Pendaftaran Ahli
Anda dialu-alukan untuk menyertai kami!

Anda boleh melayari Portal u-Pustaka untuk menerokai sebarang kemungkinan perolehan dan pertukaran maklumat serta menyokong proses pembelajaran sepanjang hayat.

Anda boleh menyertai kami sebagai ahli u-Pustaka atau Ahli Atas Talian. Kami nantikan pendaftaran anda.

Apakah perbezaan diantara ahli u-Pustaka dan Keahlian Atas Talian?
Keahlian Atas Talian terbuka kepada sesiapa sahaja samaada warganegara Malaysia atau tidak, manakala ahli u-Pustaka adalah khusus untuk warganegara Malaysia dan pemastautin tetap (pemegang MyPR). Kedua-dua jenis keahlian membenarkan anda melayari kesemua perkhidmatan yang ditawarkan di dalam Portal u-Pustaka. Walau bagaimana pun hanya ahli u-Pustaka sahaja dibenarkan untuk meminjam bahan dari Perpustakaan Konsortium.
---------------------------------------------------------------------------------
Keperluan Maklumat Semasa Pendaftaran
---------------------------------------------------------------------------------
Pengesahan MyKad
  • Sila masukkan no. MyKad anda tanpa tanda '-', contoh: 771212135003
  • Versi MyKad adalah 2 digit terakhir di belakang MyKad.
  • Sila masukkan nama penuh anda seperti tertera pada MyKad, contoh: Mohamad Bin Ali
  • Sila pastikan alamat emel anda dalam format yang betul,
    contoh: member@u-library.gov.my
Ibubapa Penjaga
  • Jika anda berusia 18 tahun kebawah, perlu masukkan no. MyKad dan nama penuh ibubapa/penjaga. Sila tandakan hubungan anda dengan penjaga.
  • Sila pastikan alamat, no. telefon(rumah atau bimbit) serta alamat emel adalah benar bagi memastikan pihak ibu bapa/penjaga dapat dihubungi untuk sebarang pertanyaan.
 Pilih ID Pengguna dan Kata Laluan
  • ID Pengguna harus mengandungi abjad (a-z) atau mengandungi huruf atau gabungan angka dan huruf dengan 4 hingga 10 aksara, contoh: mohamad78
  • Kata laluan harus mengandungi huruf (a-z kecil dan A-Z besar) DAN angka (0-9) dengan 8 hingga 15 aksara, contoh: ahmad1234
Penyataan
Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberi di atas adalah benar dan bersetuju kepada Peraturan Keahlian u-Pustaka. Saya juga bersetuju untuk menerima emel dari u-Pustaka seperti kemaskini perkhidmatan, tawaran istimewa dan jemputan tinjauan soal-selidik.
---------------------------------------------------------------------------------
 
2. Forum Perbincangan
- Forum perbincangan merupakan satu platfom yang dibina untuk menarik penglibatan komuniti dalam pelbagai bidang bertumpu ke Portal u-Pustaka sebagai faktor penarik pembelajaran sepanjang hayat. Ia boleh menyokong rangkaian sosial menerusi ruangan kerja yang kolaboratif.
Forum perbincangan terbahagi kepada 14 kategori berkaitan dengan "Gaya Hidup"
00 | Getting Started | Pengenalan
01 | Libraries | Perpustakaan
03 | My Favourite Places | Tempat Kegemaran Saya
04 | Reading | Bacaan
05 | Books | Buku
08 | Health | Kesihatan
11 | Sports | Sukan
15 Lifestyle
Subcategories:
02 | Food | Makanan,
06 | Movies | Filem,
07 | Music | Muzik,
09 | Recreations | Rekreasi,
10 | Travel | Pengembaraan,

3. Tanya u-Pustaka
- Pendekatan meja bantuan bagi membolehkan pustakawan Konsortium u-Pustaka memberi maklum balas terhadap pertanyaan yang diajukan bagi tujuan rujukan profesional dan khidmat nasihat bagi merungkai sumber keilmuan.
4. Berbual dengan pakar
- Merupakan ruangan penampilan seorang pakar dalam domain keilmuan yang berkaitan bagi menawarkan pelantar keilmuan untuk komunikasi ‘tasit’. Ruangan ini juga menawarkan kemudahan podcast, webcast dan webinar untuk menerokai khazanah keilmuan u-Pustaka melalui pakar dan tetamu jemputan istimewa.
5. Sudut Kanak-kanak
- Merupakan paparan antaramuka bagi keahlian kanak-kanak yang mengandungi tempat bermain dan belajar, seperti aktiviti bercerita, mewarna, dan sudut informasi; zon pinjaman, capaian berita, pencarian buku secara atas talian dan ruangan buku yang dicadangkan oleh pustakawan.
6. Sudut Remaja 
-Portal u-Pustaka mengalu-alukan semua remaja untuk berkongsi, berbincang dan bertukar pandangan di antara rakan-rakan sebaya serta para profesional. Dapatkan pertolongan pustakawan melalui ruangan Tanyalah u-Pustaka. Anda juga boleh menikmati pinjaman buku dari mana-mana Perpustakaan Konsortium.

G. CARIAN

H. PAUTAN TERKINI
Klik DISINI

Sumbangan Komputer Riba DIGI (2)

 1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
9.

Sunday, November 20, 2011

PD Cherating - Gotong royong (03)

 1. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Hajjah Faridzah kelihatannya berpuas hati dengan kerja gotong-royong yang dilakukan di Perpustakaan Desa Cherating.
 2. Bakar habis semua daun-daun dan rumput kering.
 3. Rumput hidup yang tidak bersesuaian perlu dicangkul dan dibakar.
 4. Rak disusun semula.
 5. Inilah menu jamuan hidangan untuk makan tengahari semasa gotong-royong di Perpustakaan Desa Cherating.
 6. Inilah pasukan yang bersama-sama dengan pengarah mejalankan kerja gotong-royong di Perpustakaan Desa Cherating.
 7. Encik Azidin, Puan Faridah, Cik Norazlina, Encik Amer, Puah Hajjah Faridzah, Encik Rahaja dan Encik Norhisham.
8. Gotong royong akhir sekali sampai kepada kerja membersihkan tandas.