Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, December 14, 2011

Seminar Pembinaan Sahsiah Cemerlang

Pada 22 Ogos 2011 Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah mengadakan Seminar Pembinaan Sahsiah Cemerlang Menjana Tranformasi Insan. Turut diadakan pada tarikh yang sama adalah Majlis Anugerah Cemerlang Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Turut hadir adalah YB Dato' Shahaniza Shamsuddin sebagai Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul Maran.
 
Ceramah disampaikan oleh Y.Bhg.Ustaz Badli Shah bin Alauddin. Bagi menghargai Ustaz Badli Shah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Badli Shah.

Antara pesanan Y.Bhg.Ustaz Badli Shah bin Alauddin adalah bukan senang nak jalankan tugas sebagai kakitangan kerajaan. Masyarakat akan sentiasa memerhati pergerakan seseorang kakitangan. Apa yang tak kena akan dengan mudah dijadikan isu. kalau seseorang kakitangan kerajaan tidak menjada imej dan perlakuannya, masyarakat akan menunding jari kepada semua kakitangan kerajaan.

Bila orang melihat kakitangan kerajaan 'nampak macam' tak buat kerja, meraka akan segera kata. "macam tu lah kakitangan kerajaan". Sedangkan perlakuan tersebut tidak melambangkan keseluruhan kakitangan kerajaan.

Sama-samalah kita berhati-hati dengan perlakuan dan percakapan kita. Jangan perlakuan dan percakapan kita akan merosakkan nama baik Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Tegur menegur dan saling menasihati adalah amalan yang akan menjadikan kita Satu Hati.


No comments: