Wednesday, January 4, 2012

Perkhidmatan Pinjaman Kelompok - borang dan syarat

----------------------------------------------------------
LAMPIRAN 1
----------------------------------------------------------
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT
UNTUK MENJADI AHLI PERKHIDMATAN PINJAMAN KELOMPOK

a)    Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis.
b)    Pegawai dari PPAP akan melawat ke tempat jabatan/organisasi/ pertubuhan/kelab/persatuan yang memohon untuk berbincang dan meninjau kedudukan serta kemudahan-kemudahan yang sedia ada.
c)    Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan dikehendaki menyediakan satu tempat @ rak khas untuk menempatkan buku-buku pinjaman kelompok supaya tidak bercampur dengan koleksi sendiri bagi memudahkan dari segi kawalan.
d)    Seorang pegawai juga hendaklah ditugaskan supaya bertanggungjawab ke atas pinjaman.
e)    Peraturan untuk membaca hendaklah disediakan oleh jabatan/organisasi/ pertubuhan/kelab/persatuan yang menerima perkhidmatan pinjaman kelompok.
f)    Sebanyak 100/300 naskhah buku boleh dipinjam dalam tempoh 1/3 bulan. Lanjutan pinjaman untuk jangka masa 2 minggu lagi boleh dibuat sekiranya tiada permintaan dari pengguna lain.
g)    Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan hendaklah menyediakan pengangkutan sendiri untuk mengambil dan memulangkan buku-buku yang dipinjam dan bagi Perpustakaan Awam Daerah yang mempunyai perkhidmatan bas bergerak, pihak kami akan datang untuk menghantar serta mengambil bahan/buku di lokasi jabatan/organisasi /pertubuhan/kelab/persatuan.
h)    Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjam.
9.    Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan adalah bertanggungjawab untuk membayar gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973 (Enakmen Pahang No. 11 tahun 1973), Peraturan-Peraturan Perbadana Perpustakaan Awam Pahang 1977.
10.    Jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan yang meminjam buku secara berkelompok dikehendaki bersetuju secara bertulis akan mematuhi syarat-syarat pinjaman berkenaan dengan menandatangani Perjanjian Pinjaman Kelompok PPAP.
11.    Kelulusan diberi hanya setelah pihak pegawai perpustakaan berpuashati dengan segala syarat-syarat di atas.

----------------------------------------------------------
BORANG 1
----------------------------------------------------------
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG
PERJANJIAN PINJAMAN KELOMPOK

______________________________

______________________________

______________________________

______________________________

Tarikh : ________________________

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Jalan Gambut
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur

Puan,

PERJANJIAN PERKHIDMATAN PINJAMAN KELOMPOK

Adalah saya
_____________________________________________________________
                    (Nama denga huruf besar)
selaku
_____________________________________________________________
                    (Jawatan yang dipegang)
bagi
_____________________________________________________________
                  
_____________________________________________________________
        (Nama pertubuhan/kelab/jabatan/persatuan serta alamat penuh)

dengan ini mengaku bahawa saya telah meneliti peraturan dan syarat-syarat untuk menjadi ahli perkhidmatan pinjaman kelompok PPAP dan bagi pihak *jabatan/ organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan, saya bersetuju dan akan mematuhi segala peraturan dan syarat yang telah ditetapkan.

2.    Saya memahami bahawa *jabatan/ organisasi /pertubuhan/kelab/persatuan saya adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan buku-buku pinjaman ini dan akan membayar gantirugi seperti ditetapkan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

(                                                        )

Cop Rasmi :

----------------------------------------------------------
BORANG 2
----------------------------------------------------------
BORANG KEAHLIAN
PERKHIDMATAN PINJAMAN KELOMPOK

Nama            :
____________________________________________________

No. K/P        :
____________________________________________________

Nama Perpustakaan:
____________________________________________________

____________________________________________________

Persatuan/Jabatan:

Alamat:
____________________________________________________

____________________________________________________

No. Tel        :
____________________________________________________

Jumlah Keahlian    :
____________________________________________________

Dengan ini saya bersetuju untuk menjadi Ahli Berkelompok Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan bersetuju akan mematuhi segala syarat dan peraturan skim pinjaman ini seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Tandatangan : __________________

Diluluskan Oleh : ___________________

Cop Jabatan  :           
Tarikh         : ___________________

Tarikh    : __________________    No. Rujukan         : _________

No comments: