[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Tuesday, August 28, 2012

Persatuan Pencegah Kebakaran Johor

27.8.2012. Bilik Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Encik Saiful yang mewakili Puan Pengarah PPAP sedang menyampaikan cenderamata kepada Penceramah dari Persatuan Pencegah Kebakaran Johor, Puan Jesse.

Pada hari ini kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang berpeluang mendengar ceramah tentang pencegahan kebakaran. Ceramah ini ditumpukan kebada kebakaran yang berlaku dirumah dan didalam kenderaan. Kebiasaannya masyarakat kita tidak menyediakan alat pemadam api untuk kenderaan peribadi dan rumah.


Banyak kes-kes kebakaran kenderaan dan rumah tidak dapai diselamatkan kerana tiada alat pemadam api didalam kereta atau dalam rumah.

Mungkin ramai berpendapat mereka boleh menggunakan alat-alat sedia ada sekeliling mereka bagi memadamkan kebakaran di peringkat awal. Tindakan menggunakan air, kain basah, berguling atau menggunakan pasir biasanya boleh mendatangkan kemudaratan yang kekal.

Tindakan yang paling selamat adalah menggunakan alat pemadam api jenis ABC,

Perkara paling penting semasa menggunakan alat pemadam api adalah melihat meter tekanan pada alat pemadam api tersebut. Jika tekanannya adalah kosong, tiada guna kita bersusah payah membawa alat pemadam api yang berat tersebut. Kerana alat pemadam api tersebut tidak berfungsi kerana tiada tekanan dalam tabungnya.

Jika tekanan alat pemadam api tersebut adalah terlalu tinggi, keadaan ini amat bahaya kepada pengguna alat pemadam api tersebut. Tetapi alat tersebut masih boleh digunakan. Sebelum guna pancutkan perlahan-perlahan beberapa kali supaya penunjuk tekanannya kembali kepada kedudukan tengah-tengah dan selamat untuk digunakan.

Encik Saiful sedang bercerita tentang alat pencegah kebakaran untuk kereta dan alat pengesan asap untuk rumah. Alat pengesan asap tersebut mengeluarkan bunyi yang nyaring sehingga boleh menyebabkan orang tertidur terjaga.

Ingatan penting dari ceramah ini adalah 'Tiada guna ada alat pemadam api jika tidak diselanggara dengan betul'.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Jasse dari Persatuan Pencegah Kebakaran Johor. Beliau banyak menceritakan berdasarkan cerita-cerita sebenar yang terjadi kepada mangsa kebakaran.

Bagi kenderaan kita perlu sediakan APAR (Alat Pemadam Api Ringan / Fire Extinguisher) yang berkualiti dan selamat. Semua APAR ini ada jangka hayatnya. Jangan simpan yang telah luput.

Bagi rumah pula kita pastikan supaya rumah tidak menjadi kubur kepada ahli kerluarga masing-masing. Alat keselamatan yang dipasang pada rumah menyebabkan pencuri tidak lepas masuk dan penghuninya tidak lepas keluar ketika kebakaran.

Diakhir ceramah peserta diminta memberikan markah kepada persembahan Puan Jesse. Turut disertakan borang tempahan untuk membeli alat pemadam api. Harga yang ditawarkan adalah antara RM199 hingga RM300. Pihak syarikat penaja Persatuan Pencegah Kebakaran Johor akan hubungi mereka yang berminat.

LINKS
1. rumah-terbakar-02-kereta-dan-pokok
2. rumah-terbakar-03-bomba
3. rumah-terbakar-04-bantuan
4. rumah-terbakar-01-keadaan-rumah

Monday, August 27, 2012

Sejarah Kampung Bukit Betong, Lipis


Menurut kisah yang diceritakan oleh orang-orang terdahulu, pada tahun 1505 Orang Asli dalam perjalanan dari Kuala Selinsing yang menyusuri Sungai Jelai telah terdengar siulan burung terkukur yang amat merdu. Mereka terpegun melihat burung tersebut yang sedang bersiul di sepohon rumpun buluh yang terletak di atas bukit. Tiba-tiba kedengaran tangisan seorang bayi di kawasan tersebut. Setelah diamati tangisan itu datangnya dari rumpun buluh yang sama. Rupa-rupanya tangisan tersebut ialah tangisan seorang bayi perempuan yang tidak tahu dari mana asal usulnya.

Menurut kisah yang diceritakan oleh orang-orang terdahulu, bayi perempuan tersebut merupakan seorang puteri yang bernama Puteri Buluh Betong. Bersempena dengan peristiwa tersebut kampung ini telah mendapat nama Bukit Betong dan bermulalah penempatan awal di kampung ini. Pada awal kurun ke-19, pentadbiran kampung ini telah ditadbir oleh Orang Besar Berempat. Orang Besar Berempat merupakan kerabat Di Raja dalam Negeri Pahang yang dikenali dengan gelaran Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai. Kawasan pentadbirannya bermula dari Ulu Jelai sehingga Kuala Tembeling iaitu bermula dari ulu sehingga ke muara sungai di sempadan daerah Jerantut.

Sumber:
Faridah Mustafa
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis

Saturday, August 25, 2012

Singapura 12 - Gambar solo

 01. Encik Saiful beraksi di Bisan Public Library.
 02. Cik Diana dihadapan papan tanda Public Library Bishan.
 03. Encik Saiful di dalam National Library Building.
 04. Encik Saiful di menara National Library Building.
 05. Encik Saiful di menara National Library Building.
 06. Encik Saiful di menara National Library Building.
 07. Encik Saiful (dan Puan Hawa) di Merlion.
 08. Encik Saiful.bergambar dengan Merlion yang sedang dibaiki.
 09. Encik Amer di air pancut Woodlands Regional Library.
 10. Encik Saiful (dan Puan Hawa) berhampiran peta bumi di Woodlands Regional Library.
 11. Encik Amer dengan kuiz cerita rakyat asia di Woodlands Regional Library.
12. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Hajjah Faridzah.

Friday, August 24, 2012

Singapura 11 - singgah di Perpustakaan Awam Johor

 01. Melawat pusat sains
 02. Melihat persembahan oleh pusat sains.
 03. Puast sains adalah daya penarik pengunjung ke Perbadanan Perpustakaan Awam Johor.
04. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor.

Thursday, August 23, 2012

Singapura 10 - Woodlands Regional Library

 01. Pengarah dan kakitangan PPAP sedang mendengan penerangan tentang Woodlands Regional Library.
 02. Woodlands Regional Library mempunyai kawasan yang luas. Terdapat 23 kontraktor penyelanggaraan yang ditugaskan menjaga bangunan Woodlands Regional Library.
 03. Wakil pihak JKR, Cik Diana.
 04. Lapang dan luas sehingga membuatkan Puan Ros rasa terpegun.
 05. Pengarah, pegawai tadbir dan lain-lain kakitangan bergambar dibawah pokok tiruan.
 06. Melawat ruang cerita-cerita asia.
 07. Terima kasih.
 08. Terima kasih daun keladi.
09. Hiasan pada tangga.

Tuesday, August 21, 2012

Singapura 8 - basikal orang singapore

 01. Basikal orang singapore tengah jalan.
 02. Basikal orang singapore tepi dinding.
 03. Basikal orang singapore tepi tangga.
 04. Basikal orang singapore tepi semak.
 05. Basikal orang singapore celah pokok.
 06. Basikal orang singapore atas rumput
07. Basikal orang singapore depan Perpustakaan Awan Woodland

Monday, August 20, 2012

Singapura 7 - orang singapore

 01 Pengayuh beca roda tiga di Singapura.
 02. Penunggang 'beca' roda tiga!
 03. Penunggang roda dua.
 04. Peniaga roda empat.
 05. Peniaga roda kecil.
06. Menunggu pelanggan ke?

Sunday, August 19, 2012

Singapura 6 - jalan dan bangunan

 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
 11
 12