Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, July 26, 2012

Ulusan Buku Tentang Cinta oleh Pahrol Mohd Juoi

Judul Buku :
Tentang cinta ; jika tepat masa, ketika keadaan dan siapa, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya.

Pengarang :Pahrol Mohd Juoi

Penerbit :Telaga Biru

Call No. :297.5677 PAH

ISBN :983-3494-05-6

Harga :RM25.90

Edisi Bahasa :Bahasa Melayu

Cetakan Pertama :Januari 2006

Ulasan Buku Tentang cinta:

Buku ini sesuai dibaca oleh para remaja yang masih tercari-cari atau telah menemui erti cinta yang sejati. Bagi yang mencari buku ini ada panduannya. Bagi yang telah menemui, buku ini ada cara menjaganya!

Buku tentang cinta ini membawa tafsiran dan persepsi baru mengenai topik yang paling menarik minat para remaja sejak zaman-berzaman.  Ia akan menjawab persoalan seperti : apa sebenarnya yang dikatakan cinta? Siapakah yang patut dicintai? Bagaimana kita harus bercinta? Siapakah role-model kita dalam bercinta? Bolehkan menjadi hamba cinta? Cinta bagaimana ada "class"?  Bagi para remaja...selamilah TENTANG CINTA kerana di situlah indahnya kehidupan dan bagi yang pernah frust bercinta, buku ini menawarkan ubatnya!

 Secara keseluruhan buku ini telah berjaya mengungkap erti dan kemelut cinta dengan begitu komprehensif, dalam keadaan segar dan santai.  Ia sungguh menarik kerana gaya bahasanya yang bersahaja namun masih tetap dapat menerokai pahit manis, duri dan madu dalam percintaan!  Antara bab yang menarik seperti : Perigi Cari Timba Pun OK!, Nak Ber”couple” Boleh Tapi…, Titanic Yang Tenggelam, Siapa Soleh Dapat Solehah, Cepat Kahwin! Dan banyak lagi… Untuk mengetahui dengan lebih lanjut ayuh cari buku ini!

Disediakan Oleh:
Fazilarwati bt. Abdul Hadi
Ketua Perpustakaan Awam Cawangan Jengka
Julai 2012