Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, March 28, 2013

Buku 6: Sistem Pencegahan Kebakaran oleh Yahaya Ramli

Buku: Sistem Pencegahan Kebakaran oleh Yahaya Ramli

No Perolehan: 04908
Call No.  363.377 YAH
ISBN: 978-983-52-0784-6
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan:
Buku ini membincangkan aspek kebakaran dan puncanya, pemasangan dan operasi beberapa sistem lazim serta senggaraan sistem pencegahan kebakaran. Sistem pencegahan kebakaran yang dibincangkan ini adalah selaras dengan kehendak akta dan peraturan yang dipratikkan di Malaysia, di samping merujuk kepada garis panduan yang diguna pakai oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Buku ini mengandungi lapan bab yang memfokuskan tentang perlindungan dan pencegahan kebakaran, sistem pencegahan kebakaran dalam bangunan, pemaparan maklumat tentang tiga kelengkapan pencegahan kebakaran, iaitu alat pemadam api mudah alih, pili bomba, dan kili hos.

Selain itu buku ini juga membincangkan mengenai sistem penaik basah dan penaik kering, sistem pemercik automatik, sistem semburan gas karbon dioksida dan sistem pengesanan dan penggera kebakaran, serta aspek pemeriksaan dan senggaraan semua sistem pencegahan kebakaran dalam bangunan yang lazim digunakan di Malaysia.

Buku ini sesuai digunakan sebagai buku teks atau bahan untuk rujukan kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi, politeknik, dan institut latihan kemahiran di Malaysia serta sebagai panduan segera oleh para jurutera dan arkitek yang terlibat dalam aspek reka bentuk, pemasangan dan senggaraan sistem pencegahan kebakaran bangunan.

Judul: Sistem Pencegahan Kebakaran
Pengarang: Yahaya Ramli
Penerbit: Penerbit UTM Press
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 35.00
Muka surat: 176
Rating : 4/5

No comments: