Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, April 2, 2013

Aida Mohawiah Bt Mohamed pelatih UiTM Puncak Perdana

Aida Mohawiah Bt Mohamed merupakan anak jati Kuantan, Pahang. Mendapat pendidikan awal di tabika kemas Sri semanatan dan seterusnya di Sekolah Kebangsaan Cenderawasih sehingga darjah enam. 

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar merupakan sekolah menengah yang telah dimasuki bagi meneruskan pengajian  dari tingkatan satu hingga tingkatan enam atas.

Pada tahun 2007, Aida melanjutkan pelajaran pada peringkat Diploma dalam jurusan Pengurusan Malumat di UiTM Segamat sebelum menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat di UiTM Puncak Perdana. Sepanjang pengajian di UiTM, Aida banyak terlibat dalam aktiviti perastuan terutamanya Siswa Bistari dan juga Experimental Library.

Semasa di Siswa Bistari, Aida banyak terlibat dengan aktiviti pengurusan serta banyak berkerjasama dengan Johor Corporation utuk mengadakan aktiviti dan program. Ia banyak member pengalaman dan pengetahuan untuk kita menguruskan projek yang melibatkan syarikat-syarikat besar. Ketika di UiTM Puncak Perdana,  selaku ketua bahagian perolehan di Experimental Library, Aida berpeluang untuk mengenali selok belok pengurusan bahagian perolehan dan juga berpeluang untuk bekerjasama dengan Pusat Sumber MQA serta Pusat Sumber MRSM Trolak dalam usaha menambah baikkan kualiti pengurusan dan penyususnan bahan di kedua-dua perpustakaan ini.
Disini, Aida banyak didedahkan dengan pengurusan bahan pusat sumber, pengkatalogan dan pemprosesan bahan sebelum di gunkana oleh pengguna. Ia juga meningkatkan penegtahuan khasnya dalam pengkatalogan bahan dan sumber rujukan yang boleh digunakan untuk mengkatalogkan bahan. 

Di samping itu, aida juga berpeluang bekerjasama dengan Hypermedia Library MPSJ dalam menjayakan program Insipirasi Ilmu yang bertemakan “Today a Reader, Tomorrow a Leader”. Program yang melibatkan bersama anak yatim dari Tunas Bistari, Shah Alam ini banyak mengajar teknik pengurusan program yang betul serta banyak memberi input-input postif dalam menjalankan aktiviti. 
Bagi melengkapkan keperluan Ijazah, aida perlu menjalani lataihan industry selama dua bulan dan Perpabadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah menjadi pilihan untuk aida menimba pengalaman dan pengetahuan dalam menguruskan bahan serta pengunjung di Perpustakaan.

Menjalani latihan industry di PPAP ini tlah banyak memberi kenangan dan pengalaman yang berguna. Bermula di bahagian perolehan dan pengkatalogan yang juga merupakan nadi sesebuah perpustakaan, banyak ilmu dan teknik terutamanya dalam pembelian bahan serta pengkatalogan bahan di perolehi, dibawah bimbingan Pn Siti Norbaya, En Mohd Noor, En Radzi, En Zainuddin serta staff bahagian ini yang lain. Mereka banyak member tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman dalam mnguruskan bahan di perpustakaan.
Setelah 2 minggu berkampung di bahagian perolehan dan pengkatalogan, unit IT merupakan destinasi kedua untuk kami menimba pengalamn.

Di bawah bimbingan Pn Rosmawatee dan En Shahrizan, banyak info-info terkini terutamanya dalam bidang teknologi maklumat di perolehi. Disini juga kami didedahkan bagaiman untuk menggunakan website PPAP menerusi joomla serta teknik yang dilakukan untuk mengemas kini maklumat di website ini. Disini juga aida belajar bagaimana memuat naik keratan akhbar yang telah disediakan di bahagian Koleksi Negeri Pahang ke dalam website. Aida juga sempat terlibat untuk mengikuti kursus berkenaan U-Pustaka dianjurkan oleh unit IT sendiri yang banyak member input-input baru tentang bagaimana U-Pustaka bergerak dan cara mengendali masalah terutama melibtkan server U-Pustaka.

Untuk bulan kedua, aida telah ditempatkan di bahagian khidmat pelanggan dimana bahagian ini, banyak memebri pengalaman untuk berurusan dengan pengguna PPAP.

Bermula di bahagian kaunter maklumat, Pn Maria, En Azmi dan En Firdaus banyak memabantu Aida untuk menguruskan teknik peminjaman dan pemulangan bahan di perpustakaan. Berurusan di kaunter telah banyak meningkatkan keyakinan diri dalam berhadapan dengan orang ramai dan juga membolehkan Aida untuk mengenali lebih ramai orang. Setelah seminggu di kaunter, Aida bertukar pula ke bahagian Rujukan.

Di bawah bimbingan Pn Siti Norbaya, Cik Baizura serta En Koh, unit ini memberi peluang kepada aida untuk mengetahui bagaimana keratan akhbar di proses serta bagaimana pengindeksan akhbar dilakukan di ajar dan diterangkan. Kaunter rujukan juga memberi peluang kepada kami untuk menguruskan pengunjung yang mahukan rujukan lebih meluas dalam topik tertentu.

Seminggu di bahagian rujukan aida menimba pengalaman pula di Koleksi Negeri Pahang yang juga merupakan satu koleksi istemewa yang terdapat di PPAP. Dibawah tunjuk ajar En Saiful, Pn Nor Afidah Hanum serta En Mustakim, aida berpelunag untuk menambahkan lagi pengetahuan berkenaan dengan Negeri Pahang. Banyak input-input terbaru berkenaan Negeri Pahang aida perolehi terutama setelah melakukan keratan akhbar berkenaan Negeri Pahang.

Seminggu cuti sekolah bermula, Aida ditempatkan pula di unit Kanak-Kanak dan Literasi. Berpeluang membantu dan menganjurkan aktiviti bersama adik-adik sepanjang uti sekolah merupakan antar pengalaman terindah yang Aida perolehi disini. Di bawah bimbingan Pn Huda, En Amiin serta Pn Kamariah, banyak input terbaru terutamanya dalam pengurusan aktiviti berjaya diperolehi.

Ia juga membantu Aida untuk meningkatkan tahap pengurusan aktiviti serta menmbahkan lagi pengalaman dalam uruan pengurusan khasnya. Sedar tak sedar, 2 bulan telah berlalu dan berbaki empat hari lagi, aida ditempatkan pula di bahagian rangkaian perpustakaan serta unit perancangan pembangunan. Satu bahgain serta unit yang unik dimana Aida banyak didedahkan dengan pengetahuan untuk menguruskan perpsutakaan daerah, cawangan serta Desa dan juga teknik pengurusan dan perancangan untuk membangunkan PPAP di masa hadapan.

Di bawah bimbingan En Nizam, En Amir, En Azzidin serta Pn Siti, banyak info-info dan input terkini Aida perolehi dan ia juga mmebantu IAda untuk menyiapkan laporan latihan Industri.  Semasa di unit dan bahgian ini juga Aida berkesempatan untuk terlibat dengan Majlis Pecah Tanah Tapak Baharu Perpustakaan Awam Pahang yang dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang dan juga merupakan sebuah bangunan yang bakal menjadi mercu tanda dan simbolik pengetahuan dan ilmu di Kuantan,

In Sya Allah. Segala pengalaman, pengetahuan dan ilmu yang ditimba di PPAP merupakan satu kenangan yang tak ternilai oleh wang ringgit dan takkan dilupakan sama sekali. Di kesempatan ini, aida ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan membimbing aida sepanjang aida menjalani latihan industri di sini. Sesungguhnya jasa kalian akna dikenang samapi bila-bila dan hanya ALLLAH S.W.T sahaja yang mampu mebalasnya.

Aida juga ingin memohon maaf andai ada sebarang silap dan salah dan terguris hati mahupun perasaan sepanjang keberadaan Aida di PPAP ini. 

Aida juga berharap semoga kita dapat berkerjasama lagi di masa hadapan serta PPAP akan lebih terus maju dalam menyediakan kahzanah ilmu untuk warga Pahang khasnya dan warga Malaysia amnya.

Sekian, terima kasih.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Disediakan oleh
Aida Mohawiah Bt Mohamed
Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat
UiTM Puncak Perdana

No comments: