Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, April 9, 2013

Buku 5 : Pembodek Parasit Dalam Organisasi oleh Ahmad Faisol Haji Omar

 Kulit Buku  Pembodek Parasit Dalam Organisasi oleh Ahmad Faisol Haji Omar

No perolehan:     12-04742
Call no. : 331.25 ahm
Isbn:     9789676125750
Bahasa:  Melayu
Kategori: Sains Kemasyarakatan (300)

Ulasan:
Buku ini ditulis untuk memberikan pengertian yang lebih besar tentang apa yang dimaksudkan dengan bodek serta kesan dari perbuatan ini. Selain itu, dalam buku ini juga penulis menyelitkan mesej-mesej bermanfaat bagi menyekat budaya ini dari terus berleluasa.

Antara keistimewaan buku ini adalah setiap persoalan akan dijawab berlandaskan hujah dan dalil-dalil ayat al-quran, hadith, kata-kata sahabat r.a dan pendapat alim ulama.

Buku yang mengandungi 6 bab ini sarat dengan mesej-mesej dan maklumat berguna buat semua dan sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana bodek tidak hanya berlaku di tempat kerja malah menular dalam masyarakat dan keluarga.

Dalam pendahuluan penulis telah meringkaskan pembodek, bos yang “termakan” bodek dan individu lain yang terlibat dalam membodek adalah digolongkan sebagai kelompok yang mempunyai masalah akhlak. Oleh yang demikian, kita semua perlu menghidari sifat ini dan bagi mengetahu lebih lanjut kaedah dan caranya, buku, pembodek parasit dalam organisasi ini perlu dimiliki.

Judul:     Pembodek Parasit Dalam Organisasi
Pengarang: Ahmad Faisol Haji Omar
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Tahun terbit:2012
Harga:    RM 29.90
Muka surat: 263
Rating : 4/5

No comments: