Friday, April 19, 2013

Buku 4: Bajet Wang oleh Khairulnahar Jamaluddin

No Perolehan : DPEK 01501
Call No. : 322.024 KHA
ISBN : 978-983-3364-83-1
Bahasa : Melayu
Kategori : Sains Kemasyarakatan

Ulasan :
Adakah anda mengalami masalah kekurangan wang setiap masa? Adakah anda telah cuba menyediakan bajet setiap bulan tetapi dalam masa yang sama masih ‘pokai’ dan masih mengalami masalah ketidakcukupan wang?.
   
Adakah anda telah cuba mendapatkan pendapatan tambahan tetapi dalam masa yang sama hutang anda juga turut bertambah seiring dengan pendapatan yang anda perolehi?.
   
Jika anad menjawab YA bagi kesemua persoalan di atas, usah bimbang dan risau lagi kerana buku ini akan menunjukkan cara penyelesaiannya kepada anda!
   
Buku ini akan memberikan panduan serta membantu anda merancang kewangan dengan lebih teratur disamping memberikan panduan bagaimana untuk meningkatkan tahap kewangan anda pada masa hadapan. Disampaikan dalam bahasa yang cukup mudah untuk difahami bersama tips-tips kewangan yang digunapakai oleh para jutawan menjadikan buku ini benar-benar bermanfaat untuk anda.
“SELAMAT MEMBACA”
   
Judul : Bajet Wang
Pengarang : Khairulnahar Jamaluddin
Penerbit : TrueWealth Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2009
Harga : RM 30.00
Muka surat : 150
Rating : 3/5
Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

No comments: