Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, April 5, 2013

Majlis Perpisahan Pelatih uITM (Aida Mohawiah) dan UTM (Nabilah)

Majlis Perpisahan untuk pelatih telah diadakan khas bagi meraaikan kejayaan Nabilah Abd Rahman Pelatih Universiti Teknologi Mara dan Aida Mohawiah Bt Mohamed pelatih UiTM Puncak Perdana kerana telah berjaya menamatkan latiha selama 2 bulan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Aida adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar merupakan sekolah menengah yang telah dimasuki bagi meneruskan pengajian  dari tingkatan satu hingga tingkatan enam atas. Seterusnya Aida melanjutkan pelajaran pada peringkat Diploma dalam jurusan Pengurusan Malumat di UiTM Segamat sebelum menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat di UiTM Puncak Perdana. Sepanjang pengajian di UiTM, Aida banyak terlibat dalam aktiviti perastuan terutamanya Siswa Bistari dan juga Experimental Library.

Manakala Nabilah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka 18 dari tahun 1997 sehingga 2000  dan kemudian menyambung belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 18 dari 2001 sehingga 2006. Menyambung belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Jengka Pusat pada tahun 2007 sebelum mendapat tawaran menyambung belajar untuk Diploma  Pengajian Maklumat di Universiti Teknologi Mara kampus Segamat selama tiga tahun dari 2007-2010. Pada tahun 2011, menyambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat untuk Program Pengurusan Pusat Sumber dan Maklumat di Universiti Teknologi Mara kampus Puncak Perdana.

 01. Memberi dan menerima
 02. Mengenang
 03. Mee kuning dan meehon
 04. Mengaji dengan ustaz Felda Sungai Nerek Temerloh.
 05. Menceritakan
 06. Menghabiskan makanan dengan hati-hati bimbang terkena pada kamera nikon.
 07. Ketawa
 08. "Nak plastik sampah?'
09. Ok. Setuju. Setuju. Setuju. OKK

No comments: