Tuesday, April 2, 2013

Nabilah Abd Rahman Pelatih Universiti Teknologi Mara



Nama diberi Nabilah Abd Rahman, berasal dari Felda Jengka 18. Anak kesepuluh dari sepuluh orang adik- beradik. Mempunyai 5 orang abang dan 4 orang kakak. Gemar membaca terutamanya novel untuk mengisi masa lapang. Selain itu, saya juga gemar melukis jika ada masa terluang.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka 18 dari tahun 1997 sehingga 2000  dan kemudian menyambung belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 18 dari 2001 sehingga 2006. Menyambung belajar di tingkatan enam di Sekolah Menengah Jengka Pusat pada tahun 2007 sebelum mendapat tawaran menyambung belajar untuk Diploma  Pengajian Maklumat di Universiti Teknologi Mara kampus Segamat selama tiga tahun dari 2007-2010. Pada tahun 2011, menyambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat untuk Program Pengurusan Pusat Sumber dan Maklumat di Universiti Teknologi Mara kampus Puncak Perdana.

Untuk latihan pratikal, saya mendapat peluang untuk melakukannya di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang selama dua bulan. Pada ketika saya hadir melaporkan diri, saya agak terkejut dengan keadaan luaran Perpustakaan tidak seperti yang saya gambarkan. Namun, itu semua berubah sepanjang tempoh dua bulan ini. Mungkin keadaan fizikal Perpustakaan seperti itu, namun didalamnya sama sahaja seperti Perpustakaan yang lain. Seperti yang selalu dikatakan, “never judges a book by its cover”. Baik staf mahu pun pegawai banyak memberikan tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman mereka sepanjang tempoh mereka berkhidmat di Perpustakaan.

Latihan praktikal saya bermula di bahagian perolehan dan catalog.,sepanjang tempoh dua minggu berada di bahagian ini banyak yang telah saya pelajari antaranya memeriksa senarai buku untuk diedarkan kepada Perpustakaan daerah, membuat “labeling” buku dibawah tunjuk ajar Puan Natipah antara pekerja senior di Perbadanan. Saya juga berpeluang untuk membuat Marc records untuk buku-buku baru di dalam system ILMU. Di bawah tunjuk ajar Encik Zainuddin, saya dan dan kawan berpeluang untuk melaksanakan tugas ini dengan baik. Selain itu, saya berkesempatan untuk proses buku untuk didalam ILMU untuk dilepaskan ke bahagian pinjaman. saya juga berpeluang untuk memilih buku dari senarai yang diberikan oleh pembekal untuk dicadangkan kepada perpustkaan untuk dibeli.

Selepas itu, saya pindah ke unit Teknologi Maklumat selama tempoh dua minggu yang diketuai oleh Pn. Rosmawatee. Dibawah tunjuk ajar beliau, saya dipertangungjawabkan untuk mengemaskini laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan juga laman web Koleksi Negeri Pahang. Antara tugas yang saya lakukan ialah membuat ulasan buku untuk beberapa buah buku dan memuat naik ke laman web Perpustakaan dan memuat naik newspaper clipping untuk laman web Koleksi Negeri Pahang.
Tamat tempoh dua minggu, saya beralih pula ke bahagian servis peminjaman dan pemulangan buku.

Sepanjang tempoh semingu di bahagian kaunter ini memberikan saya pengalaman bagaimana untuk menghadapi karenah dan ragam pengguna-pengguna yang datang ke Perpustakaan. Walaupun pada mulanya agak kelam-kabut ketika menguruskan proses pinjaman dan pulang buku, namun berkat tunjuk ajar En. Firdaus dan En.Azmi kami dapat melaksanakan tugas itu. Perkara yang sama dibahagian rujukan, namun disini tidak melibatkan proses peminjaman dan pemulangan buku. Disini, saya berpeluang untuk membuat “newspaper cutting” dan juga indeks surat khabar. Di bahagian ini, saya dipantau oleh Pn.Siti Norbaya selaku ketua di unit pembinaan koleksi.

Bahagian seterusnya yang saya pergi adalah unit Koleksi Negeri Pahang (KNP). Unit ini yang diketuai oleh En.Saiful, lebih banyak mengumpul bahan dan maklumat yang berkaitan dengan negeri Pahang sama ada dari lagu,penduduknya, berita dan sebagainya yang melibatkan Pahang. Selepas unit KNP, saya berada di bahagian literasi selama seminggu yang diketuai Pn. Noorul Huda. Selama seminggu itu juga, saya berpeluang untuk menguruskan program yang dirancang untuk kanak-kanak sepanjang cuti sekolah. Saya dan kawan dibantu oleh Pn.Kamariah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Walaupun, pada mulanya saya agak gugup namun berkat tunjuk ajar Pn.Kamariah dan Pn. Noorul Huda serta kerjasama yang diberikan oleh kanak-kanak, membuatkan segala aktiviti yang dirancang berakhir dengan baik. Untuk satu minggu yang terakhir ini, saya berada di bahagian rangkaian Perpustakaan dan juga unit perancangan korporat dan pembangunan. Disini, lebih banyak melibatkan perhubungan Perpustakaan dengan organisasi luar dan juga memantau Perpustakaan yang terdapat didalam negeri Pahang.

Sepanjang tempoh dua bulan berada disini, banyak yang telah saya pelajari antaranya ialah bagaimana menguruskan pengguna yang pertama kali datang ke Perpustakaan. Namun, yang paling penting saya belajar dan memahami bagaimana staf biasa melakukan tugas haria

n mereka, walaupun saya mungkin tidak akan melakukan tugas itu dimasa hadapan. Latihan praktikal ini bukan semata-mata untuk menyediakan seseorang itu sebagai seorang pegawai, namun untuk lebih memahami tugas sebagai seorang penyedia maklumat untuk masyarakat sekitar.Untuk itu, saya kalungkan beribu ucapan terima kasih untuk semua yang telah banyak membantu saya sepanjang tempoh dua bulan ini.

Juga berbanyak terima kasih kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kerana sudi menerima saya untuk menjalankan latiha pratikal disini. Moga semua warga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sentiasa komited dan terus maju kehadapan dalam melaksanakan tugas mereka sebagai information provider kepada masyarakat sekitar. Sekian, terima kasih.

Ditulis oleh
Cik Nabilah Abd Rahman
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat
Program Pengurusan Pusat Sumber dan Maklumat
Universiti Teknologi Mara

No comments: