Thursday, April 11, 2013

Perasmian Perpustakaan UTC Pahang oleh YAB Perdana Menteri

Akhirnya pada 11hb April 2013, tepat jam 11.50 pagi YAB Perdana Menteri telah sampai ke Perpustakaan UTC untuk menghargai kesungguhan kakitangan, pegawai dan Pengarah dalam menyiapkan Perpustakaan UTC. 

Kakitangan, pegawai dan pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah bertungkus lumus membuat persiapan yang terbaik bagi menjadikan Perpustakaan UTC Pahang dapat memenuhi keperluan masyarakat bandar Kuantan.

Turut mengiring adalah YAB Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob,  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Mohd. Ali Hamsa
 01. YAB Perdana Menteri sedang dalam perjalanan menuju ke Perpustakaan UTC.
 02. Ini adalah plak Perasmian Perpustakaan UTC yang bakal ditandatangan oleh YAB Perdana Menteri.
 03. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang menghulurkan pen kepada YAB Perdana Menteri untuk diturunkan tandatangan sebagai tanda merasmikan Perpustakaan UTC Pahang.
 04. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sedang menanti YAB Perdana Menteri menurunkan tandatangan pada plak Perasmian Perpustakaan UTC Pahang.
 05. YAB Perdana Menteri melambaikan tangan kepada Kumpulan Koir Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang menyambut kunjungan YAB Perdana Menteri ke Perpustakaan UTC dengan lagu Budaya Membaca.

Semaikan dijiwa budaya membaca
Pasti bertambah ilmu yang ada
Bangsa dan usia bukan ukuran
Yang membezakan …….Kebijaksanaan

Korus
Bacalah bacalah mari membaca
Mudah dilakukan di mana berada
Bacalah dengan mata dan hati
Dunia luas kita terokai

Beraneka jenis bahan bacaan
Yang bermanfaat pilihan utama
Orang berilmu dipandang mulia
Semaikan budaya membaca

Bacalah bacalah mari membaca
Jadikan membaca budaya kita ( 4 X )

Jadikan membaca … Budaya kita 

 06. YAB Perdana Menteri sedang ramah mesra dengan kanak-kanak Tadika Tiara yang turut memeriahkan Perasmian Perpustakaan UTC.
 07. YAB Perdana Menteri telah singgah bagi kali kedua di Perpustakaan UTC untuk bergambar dengan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan kanak-kanak Tadika Tiara.
08. Inilah Plak Perasmian Perpustakaan UTC yang telah ditandatangan oleh YAb Perdana Menteri.

YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah menjadi Perdana Menteri Malaysia  bermula pada 3 April 2009. Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib yang lahir pada 23 Julai 1953 akhirnya diangkat menjadi Perdana Menteri ke-6. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.

YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib mula menceburkan diri dalam politik berikutan kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976.

YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib telah menang tanpa bertanding ketika merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya. Ketika itu beliau berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen paling muda pernah dilantik ketika itu.

YAB Dato' Seri Najib juga menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
1982-1986 - Menteri Besar Pahang
1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
1995-1999 - Menteri Pendidikan

Semoga lebih banyak lagi kejayaan akan dicapai oleh Negara Kita Malaysai dibawah kepimpinan  YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

No comments: