Tuesday, July 30, 2013

BUKU 1: 17 SIKAP YANG MENGHALANG KEBERKATAN REZEKI oleh Abu Aziz Al Mushiri dan Abu qistina Al-Madani

No Perolehan:06/00012
Call No. : D 297.2 ABU
ISBN: 993-09-515-1
Bahasa: Melayu

Ulasan:
17 Sikap yang menghalang keberkatan rezeki mengupas pelbagai sebab yang menjadi tertutupnya pintu rezeki.

Rezeki merupakan anugerah daripada Allah SWT kepada semua makhluk yang diciptakan-Nya.Allah SWT Maha Kuasa untuk memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan berkuasa pula untuk menahan rezeki terhadap sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Rezeki adalah pemberian Allah SWT sehingga membolehkan kita melayari kehidupan ini samada rezeki berupa harta, nyawa, kesihatan, umur yang panjang dan sebagainya.

Oleh itu, sewajarnya kita bersyukur kepada Allah SWT di atas rezeki yang diberikan-Nya kepada kita sehingga kita dapat meneruskan kehidupan ini.Bagaimanapun terdapat ramai yang cuai dalam memahami makna rezeki, sehingga mereka sanggup melupakan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

Buku ini mendedahkan perangai dan watak golongan yang terpesona dengan keindahan dunia sehingga mereka melupakan keindahan akhirat.Mereka bertindak melampaui batas dengan melanggar syariat sehinggakan Allah SWT menutup pintu rezeki serta keberkatan mereka.

Walaupun mereka pada zahirnya mereka serba berkecukupan namun pada hakikatnya merekalah golongan yang merana dan terseksa samada di dunia mahupun akhirat.

Semoga dengan pembacaan buku ini dapat memberi panduan kepada umat Islam agar kita dapat menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT limpahkan.

Tajuk: 17 Sikap Yang Menghalang Keberkatan Rezeki
Penulis: Abu Aziz Al Mushiri dan Abu qistina Al-Madani
Penerbit: Al Hidayah
Harga: RM 15.00
Mukasurat: 242 ms

No comments: