Wednesday, August 14, 2013

Buku: My First Farm oleh Dorling Kindersley

My First Farm
Dorling Kindersley
2010

Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak dari umur 1 tahun sehingga
prasekolah. Buku ini mengandungi gambar bewarna yang sudah pastinya
menarik minat kepada si pembacanya.

Buku ini mempunyai maklumat berkaitan
kehidupan haiwan ternakan di ladang dan juga jentera-jentera yang digunakan
di dalam bidang ternakan. Setiap muka surat diasingkan mengikut jenis-jenis
haiwan itu sendiri.

Dengan ejaan tulisan yang besar dan jugak maklumat
ringkas tapi membolehkan si pembaca cilik dapat memahami dengan mudah.
Sebagai contoh, pada mukasurat biri-biri, semua maklumat biri-biri diberikan
seperti, bunyi biri-biri, hasil dari biri-biri dan juga panggilan untuk biri-biri
itu sendiri.

Dengan susunan gambar-gambar yang bersesuaian ianya
menambahkan lagi kecerian kepada buku ini

No comments: