Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, September 30, 2013

Buku 7: 78 Tip Hidup Bahagia oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Bilangan          : 7
   Tajuk              : 78 Tip Hidup Bahagia
   Penulis            : Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
   Penerbit           : Al-Hidayah House of Publisher Sdn.Bhd
   Harga               : RM 22.00
   Mukasurat        : 432 ms
Sebuah karya yang padat dengan nasihat kehidupan,karya Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dengan tajuk asalnya “Futuhul Ghaib”. Tip-tip menuju kehidupan bahagia dan mendapat keberkatan Allah s.w.t. 78 tip hidup yang terhimpun dan dihuraikan di dalam buku amat besar nilai. Himpunan panduan untuk kita mendekatkan lagi diri kepada yang Maha Menciptakan dan Maha Agung,Allah Azza Wajalla.

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

Sunday, September 29, 2013

Buku 6: Pikat Remaja Dengan Kata-Kata oleh Dr. Tengku Asmadi & Hilmi Isa

Bilangan          : 6
    Tajuk              :  Pikat Remaja Dengan Kata-Kata
    Penulis            : Dr. Tengku Asmadi & Hilmi Isa
    Penerbit           : PTS  Millennia Sdn.Bhd
    Harga               : RM 14.00
    Mukasurat        : 155 ms
Buku ini mengupas dari pelbagai perspektif, cara dan teknik mendekati remaja. Bersandarkan al-quran,hadis dan kajian psikologi,buku ini mampu menawarkan sudut pandang yang luas. Buku ini bingkisan istimewa untuk ibu bapa dan para pendidik. Buku ini pasti menyuntik semangat,memberi ilham dan manfaat yang luar biasa hebat,dalam mencorakkan generasi pada masa hadapan.

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

Saturday, September 28, 2013

Buku 5: Bukan Sekadar Resepi oleh Roza Roslan

Bilangan          : 5
    Tajuk              : Bukan Sekadar Resepi
    Penulis            : Roza Roslan
    Penerbit           : Galeri Ilmu Sdn Bhd
    Harga               : RM 35.00
    Mukasurat        : 343 ms

Bukan Sekadar Resepi adalah kisah perjalanan lebih empat dekad menikmati pelbagai resepi yang sebahagiannya merupakan resepi keluarga sejak turun-temurun. Manakala sebahagiannya lagi adalah resepi yang beliau kutip sepanjang meniti denai kehidupan.Apa yang terkandung di dalam buku ini memang bukan sekadar resepi!

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

Friday, September 27, 2013

Buku 4: Di Hamparan Shamrock oleh Hasrizal Abdul Jamil

4. Bilangan          : 4
    Tajuk              : Di Hamparan Shamrock
    Penulis            : Hasrizal Abdul Jamil
    Penerbit           : Galeri Ilmu Sdn Bhd
    Harga               : RM 30.00
    Mukasurat        : 342 ms

Melalui buku ini, penulis merakamkan rentetan perjalanan kehidupan beliau semasa di London,Belfast,Galway dan seluruh pelosok United Kingdom. Beliau berkongsi cerita,rasa dalam tawa dan air mata. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita.Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar,imam,anak dan juga suami

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

Thursday, September 26, 2013

Buku 3: Mat Pin Napkin oleh Umaira Dzul Widad

3. Bilangan           : 3
   Tajuk                : Mat Pin Napkin
    Penulis             :Umaira Dzul Widad
    Penerbit           : Fajar Pakeer Sdn.Bhd
    Harga               : RM 20.00
    Mukasurat        : 483 ms

 Fallah si menantu terpilih itu baru tersedar yang dia sebenarnya senang memilih daripada terpilih. Tetapi memilih Hayfa yang ala-ala calon ustazah pilihan bukanlah semudah yang dijangka. Lalu dia terpaksa rela menjadi yang terpilih dan membiarkan Hayfa memilih kerana mereka berdepan pilihan yang tidak memihak kepada diri masing-masing.

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

Wednesday, September 25, 2013

Buku 2: 10 Hari Kebesaran Islam oleh Rusydi Ramli Al-Jauhari

2. Bilangan          : 2
    Tajuk              : 10 Hari Kebesaran Islam
    Penulis            : Rusydi Ramli Al-Jauhari
    Penerbit           : Mustread Sdn.Bhd
    Harga               : RM 16.90
    Mukasurat        : 166 ms

Buku ini memaparkan keistimewaan yang terdapat di dalam hari-hari kebesaran Islam malah turut memaparkan amalan-amalan yang boleh di lakukan serta perbahasan dari sudut bahasa dan ilmiah mengenai hari kebesaran tersebut.

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

Tuesday, September 24, 2013

Buku 1: Bijak Mengurus Wang oleh Hajah Rohani Datuk Hj.Mohd Shahir

1. Bilangan          : 1
   Tajuk               :  Bijak Mengurus Wang
   Penulis             : Hajah Rohani Datuk Hj.Mohd Shahir
   Penerbit            : Galeri Ilmu Sdn.Bhd
   Harga               : RM 25.00
   Mukasurat        : 324 ms

Bijak Mengurus Wang mengajak kita untuk menjadi lebih bijak dalam menguruskan wang agar apabila tiba hari tua,hidup kita lebih tenteram dan tenang tanpa di belenggu dengan masalah kewangan.

Di tulis dalam gaya santai namun mendalam maksudnya. Panduan jelas mengurus wang diberikan mengikut peringkat umur. Sesuai di jadikan rujukan oleh golongan yang baru memulakan kerjaya dan dijadikan peringatan bagi golongan yang telah berusia.

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

Buku 6: Minda Hebat Dengan Otak Tengah oleh Hartono Sangkanparan

Buku berjudul ‘Minda Hebat Dengan Otak Tengah’ dihasilkan oleh Sdra. Hartono Sangkanparan terbitan SynergyMedia amat sesuai dibaca oleh ibu bapa yang inginkan transformasi dalam diri dan generasi.fungsi otak tengah dan keberkesanannya.

Buku ini dihasilkan untuk memberi pengetahuan yang penting kepada setiap ibu bapa bagaimana fungsi otak kanan dan keberkesanannya memainkan peranan penting dalam melahirkan anak anak yang genius, terang hati, berpontensi dan terhebat.

Setiap bab diutarakan mencakupi pelbagai aspek mengenai fungsi dan keberkesanan otak kanan. Buku ini mampu memberi jawapan terhadap kemusykilan berkaitan otak tengah.

Saya yakin jika ibu bapa dapat menghabiskan pembacaan buku ini dan mengikuti teori dan amali sebagaimana disarankan oleh penulis dalam buku ini, InsyaAllah dengan usaha dan tawakal kejayaan akan menyusul dan akan menghasilkan generasi yang berpotensi dan terhebat.
 
Selamat membaca!

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

BUKU 10: “MAMA, SAYA LAPAR….” oleh Wardina Safiyyah

BUKU 10: “MAMA, SAYA LAPAR….” oleh Wardina Safiyyah

No Perolehan: 11/00056PJ
Call No. : D 649.3 WAR
ISBN: 978-983-124-566-8
Bahasa: Melayu

Ulasan:
Melayani ragam si manja dalam isu pemakanan merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa.Kerap kali mereka “tewas” dalam memberi makanan yang seimbang kerana kekurangan ilmu dan pendedahan yang betul dalam menawan selera makan anak-anak.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang dahagakan ilmu sebegini, buku iniada jawapannya. “Mama, Saya Lapar…” sesuai untuk semua ibu yang sebelum ini mempunyai masalah mengenai pemakanan anak-anak.

Terdapat tip dan panduan serta nasihat daripada pakar pemakanan.
Wardina telah menghimpun dan merungkai isu ini dengan cara yang tersendiri.

Penulisannya mudah difahami malah ia turut disusuli dengan fakta sokongan daripada pakar pemakanan.

Buku ini sangat istimewa dan boleh dijadikan hadiah kepada pembaca yang baru menjadi ibu bapa kerana ianya turut memuatkan cerita, pengalaman serta topik-topik berat yang ditulis dengan lebih santai dan menarik.

Tajuk: “Mama, Saya Lapar…”
Penulis: Wardina Safiyyah
Penerbit: Karangkraf
Harga : RM 19.90
Mukasurat: 166 ms

Tuesday, September 17, 2013

BUKU 9: SHAHRIZAT: SUARA WANITA MALAYSIA oleh Vasanthi Ramachandran

BUKU 9: SHAHRIZAT: SUARA WANITA MALAYSIA oleh Vasanthi Ramachandran

No Perolehan: 11/00127PJ
Call No.: D 305.409595
ISBN: 978-983-43023-2-0
Bahasa: Melayu

Ulasan:
Biografi sesebuah intitusi kerajaan ternyata jarang-jarang sekali ditulis tetapi rakyat terutamanya kaum wanita perlu tahu apa yang Kementerian Pembangunan wanita, Keluarga dan Masyarakat lakukan kerana kementerian itu mewakili suara mereka.

“Shahrizat: Suara Wanita Malaysia” adalah catatan yang lengkap dan komprehensif mengenai perjuangan kementerian ini sebagai kuasa pendesak bagi memastikan kaum wanita, diberikan penghormatan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Buku ini akan menunjukkan bagaimana Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil membawa setiap aspek isu-isu kaum wanita ke tengah dan cuba menanganinya.

Beliau merupakan golongan “wanita baharu”, hybrid khas gabungan antara timur dan barat, seorang insan yang berpendirian dan berkeperibadian tersendiri.

Tajuk: Shahrizat: Suara Wanita Malaysia
Penulis: Vasanthi Ramachandran
Penerbit: Falcon Connection Sdn Bhd
Harga : RM -
Mukasurat        : 296 ms

Saturday, September 14, 2013

Buku: Family Health oleh Dr Peter Fermie & Dr Stephen Sheperd

Buku: Family Health oleh Dr Peter Fermie & Dr Stephen Sheperd

Family Health
Dr Peter Fermie & Dr Stephen Sheperd
Hermes House
2011

Family health encylopedia : the comprehensive guide to the whole family's
health needs merupakan sebuah ensiklopedia yang komprehensif di mana
ianya dapat membantu pembaca mengenal pasti demam-demam biasa
sehingga penyakit yang kritikal yang kebiasaan dialami di rumah.

Ensikolpedia ini dibahagikan mengikut bab-bab berkaitan dengan penyakit-penyakit  yang
berlainan. Ensiklopedia ini merangkumi dari penyakit yang biasa pada kanak-kanak
sehinggalah orang dewasa.

Ianya juga memberi tips dan panduan untuk rawatan-rawatan yang boleh dilakukan bagi penyakit-penyakit tersebut.

Buku ini mengandungi illustrasi yang bagus, membolehkan pembaca mengenal
pasti secara tepat kedudukan masalah yang dialami pada badan masing-masing.

Tuesday, September 10, 2013

BUKU 8: KAYA DENGAN RUMAH oleh Shamsudin Abdul Kadir

BUKU 8: KAYA DENGAN RUMAH oleh Shamsudin Abdul Kadir

No Perolehan: 08/00251PJ
Call No.: D 332.6324 SHA
ISBN: 978-983-3586—36-3
Bahasa: Melayu

Ulasan:
Menjana dan mengumpul kekayaan bukannya sesuatu yang sukar dicapai.

Ia tidak ditetapkan hanya untuk orang kaya, berpendidikan ataupun cerdik pandai.Ia boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja.

Apa yang diperlukan oleh setiap individu adalah belajar dan mempelajari perkara biasa dan melakukan perkara biasa itu secara luar biasa.

Buku ini membantu individu yang berada dalam dunia pekerjaan bagi memulakan perjalanan anda ke arah memiliki timbunan harta dengan menjadikan hartanah sebagai tiang bagi mendapatkannya.

Ia juga membongkar rahsia penting melabur dalam hartanah di Malaysia.

Tajuk: Kaya Dengan Rumah
Penulis: Shamsudin Abdul Kadir
Penerbit: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd
Harga : RM 17
Mukasurat: 138 ms

Sunday, September 8, 2013

Buku 11: Jom Menyanyi Lagu Kanak-kanak oleh Johari Harun

Buku: Jom Menyanyi Lagu Kanak-kanak oleh Johari Harun

No.Perolehan: 13-03653
Call No: 728.42043 JOH
ISBN: 9789673640874
Bahasa: Melayu
Kategori: Seni

Ulasan:   

Buku Jom Menyanyi Lagu Kanak-kanak amat bagus terutama kepada generasi muda.  Sedikit sebanyak buku ini dapat mempopularkan lagu-lagu rakyat.
       
Buku ini sememangnya menarik dengan lagunya yang berfokus kepada suku kata serta mempunyai 16 lagu rakyat yang popular.  Buku ini juga disertai dengan CD Audio yang dapat didengari irama serta liriknya yang didendangkan sejak turun temurun.
       
Melalui buku ini penulis berharap agar ia mampu memupuk kecintaan terhadap lagu-lagu warisan nenek moyang kita.
       
Judul: Jom Menyanyi Lagu Kanak-kanak
Pengarang: Johari Harun
Penerbit: Edukid Publication Sdn. Bhd.
TahunTerbit: 2012
Harga: RM15.90
Muka Surat: 35

Disediakan oleh :
Fazilarwati binti Abdul Hadi
KPC Jengka

Tuesday, September 3, 2013

BUKU 7: MELESTARIKAN TRADISI BUDAYA MASYARAKAT TIONGHOA DI MALAYSIA oleh Selina S.F.Lee

No Perolehan: 09/00166PJ
Call No. : D 305.895109595 SEL
ISBN: 978-978-967-5378-00-3
Bahasa: Melayu

Ulasan:-
Buku “Melestarikan Tradisi Budaya Masyarakat Tionghoa di Malaysia” merupakan satu himpunan tulisan yang begitu impresif.

Buku ini himpunan koleksi tulisan Selina S.F.Lee yang dihasilkan dalam satu jangkamasa yang panjang, bertahun-tahun untuk melengkapkannya sebagai satu wacana budaya yang menarik dan relevan dibaca oleh segenap lapisan.

Buku ini mengisikan huraian dan hujah-hujah yang beralaskan mengapakah sesuatu amalan buadaya ini dipraktikkan.

Setiap huraian diberi contoh dan bukti yang meyakinkan.
Sesetengahnya merasakan budaya Tionghoa begitu rapat dengan kelompok masyarakat kita di Malaysia, sebagai contohnya Perayaan Tahun Baru Cina yang merupakan satu amalan turun-temurun dalam masyarakat di China.

Namun ada antara kita yang tidak mengetahui akan bagaimana ia bermula, mengapa diamalkan sedemikan atau pantang larang yang dipegang oleh masyarakat Tionghoa di Malaysia.

Pengarang mengupas hal ini dan tentunya dalam konteks untuk membina persefahaman yang lebih kukuh di negara kita, tulisan ini menyumbangkan maklumat yang sangat penting.

Tajuk: Melestarikan Tradisi Masyarakat Tionghoa Di Malaysia
Penulis: Selina S.F.Lee
Penerbit: Cita Kurnia Enterprise
Harga: RM -
Mukasurat: 123 ms

Monday, September 2, 2013

Buku: Anakku mahu makan oleh Zuraini Mat Issa (PTS Millennia Sdn. Bhd.)

Buku: Anakku mahu makan oleh Zuraini Mat Issa (PTS Millennia Sdn. Bhd.)

Anak adalah permata berharga yang dikurniakan oleh Allah kepada ibu bapa. Ibu bapa berperanan mendidik dan membesarkan anak-anak menjadi manusia yang berguna.

Anak-anak ini berpotensi membesar mengikut acuan yang telah diajar oleh ibu bapa. Salah satu faktor dalam mendidik anak-anak adalah dari faktor pemakanan.

Makanan diperlukan oleh anak-anak untuk tumbesaran mereka. Makanan yang dimakan sepatutnya memberi nutrien , zat dan tenaga yang membantu perubahan bentuk dan struktur badan.

Pengambilan makanan yang berprotein menjadikan anak-anak lebih aktif danberkeyakinan.

Buku ini menerangkan panduan ibu bapa tentang aspek pemakanan anak-anak dari peringkat kanak-kanak hingga dewasa. ia juga memberi tip-tip dan kesan pemakanan yang sihat dan tidak sihat.
Oleh yang demikian anak-anak perlu dilatih sejak kecil supaya mempunyai tabiat pemakanan yang sihat. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak memakan makanan yang seimbang dan dalam kuantiti yang secukupnya.

Makanan yang dimakan perlu dipelbagaikan bagi mendapat nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan, perkembangan kognitif, pengawalan emosi dan tingkah laku mencukupi.