Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, October 31, 2013

Buku : Membumikan Erti Kasih Sayang oleh Aziz Jamaludin Mhd. Tahir

Kulit Buku : Membumikan Erti Kasih Sayang oleh Aziz Jamaludin Mhd. Tahir

No Perolehan : DPEK 03923
Call No. : 297.567 AZI
ISBN : 978-967-5126-22-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :
   
Melalui tajuknye jelas difahami buku ini ialah tentang manusia sebagai makhluk Allah yang mempunyai sifat kasih sayang. Al-Quran menjelaskan kepada manusia tentang dirinya dan dunianya. Namun, sebahagian manusia mempunyai kecenderungan membahas masalah-masalah yang luar daripada dirinya dan meninggalkan kesedaran untuk mengenal hakikat kewujudannya serta misi yang dipikulnya. Melalui buku ini, penulis berusaha mengingatkan kembali erti kasih sayang yang ada di dalam hati sanubari manusia untuk disedari dan direnungkan.

Diharapkan, goresan pena dalam buku Membumikan Erti Kasih Sayang ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.” SELAMAT MEMBACA”.

Judul : Membumikan Erti Kasih Sayang
Pengarang : Aziz Jamaludin Mhd. Tahir
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM 21.00
Muka surat : 529
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

Wednesday, October 30, 2013

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2013 - Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Menggilap watak kanak-kanak supaya menjadi insan intelektual yang cemerlang dalam bidang yang diminati bukanlah tugas mudah. Usaha perlu dilakukan seawal usia dengan melihat kepada kecenderungan ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut.

Galakan dan rangsangan adalah akar tunjang utama dalam mengembangkan potensi kanak-kanak selain pendedahan kepada persekitaran yang meliputi pelbagai disiplin dengan cara mudah, ringan dan menceriakan.

Aktiviti kecergasan, ceramah, gerak kumpulan, kreativiti mewarna dan silap mata adalah dilihat sebagai 'alat' untuk membina pendedahan awal terbaik bagi menggalakkan kanak-kanak membina potensi diri masing-masing.

Sejajar dengan itu Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2013 pada 31Oktober 2013. Melalui program ini Karisma Kanak-kanak: mahu digilap supaya mereka dapat Serlahkan Potensi mereka. Adalah diharapkan sambutan setiap tahun yang dilakukan oleh Perbadanan perpsutakaan Awam Pahang dapat memperlihatkan bahawa kewujudan kanak-kanak adalah pelengkap kepada pembinaan bangsa pada masa depan Kebolehan mereka seharusnya dicungkil untuk mewarnai wajah pemimpin-pemimpin pada masa depan.

Semua anggota masyarakat dan NGO perlu terlibat sama dalam menjaga kebajikan kanak-kanak tanpa dipertanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan

 Jom Kita memeriahkan Sambutan Hari Kanak-Kanak Seudnia 2013...Pelbagai Aktiviti menarik menanti anda..

Tarikh: 31 Oktober 2013 (Kjamis)
Masa: 12.30 tengah hari 
Dirasmikan oleh: 
 YB.Dato' Shahaniza Binti Shamsuddin, DIMP., AMP., BCM.
(Timbalan Pengerusi Lambaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

AKTIVITI:
Senamrobik Jom Sihat
Ceramah Keselamatan Kanak-kanak
Explorace Kids
Pertandingan Mewarna
Silap Mata

Promosi dan Jualan oleh 
Ana Muslim

Monday, October 28, 2013

Buku: MALAYSIA – 50 FAKTA ASAS KENEGARAAN oleh CHAMIL WARIYA

Buku: MALAYSIA – 50 FAKTA ASAS KENEGARAAN oleh CHAMIL WARIYA

No Perolehan: 11-02803
Call No. : r 959.5 cha
ISBN: 978-983-42919-7-6
Bahasa: MELAYU
Kategori: 900 – ILMU ALAM DAN SEJARAH & KEFAHAMAN YANG BERKAITAN

Ulasan :
BUKU MALAYSIA – FAKTA ASAS KENEGARAAN INI MEMUATKAN 50 FAKTA ASAS KENEGARAAN YANG BERGUNA SEBAGAI PANDUAN BAGI SESIAPA YANG BERMINAT TENTANG PERJALANAN YANG TELAH DILALUI OLEH MALAYSIA SEJAK MENCAPAI KEMERDEKAAN PADA 31 OGOS 1957.

IA MELIPUTI MAKLUMAT UMUM YANG MENJADI PAKSI PEMBINAAN SEBUAH NEGARA  DAN JUGA MAKLUMAT BERKAITAN INSTITUSI PEMERINTAHAN YANG MELIPUTI CABANG LEGISLATIF, EKSEKUTIF DAN JUDISIARI. BUKU INI JUGA MENGULAS LANJUT PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN LAMBANG KEBANGSAAN.

OLEH ITU, BUKU INI WAJAR DIJADIKAN KOLEKSI KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG BERKEINGINAN UNTUK MENGETAHUI FAKTA ASAS BERKAITAN NEGARA MALAYSIA.


Judul: MALAYSIA – 50 FAKTA ASAS KENEGARAAN 
Pengarang:  CHAMIL WARIYA
Penerbit: MEDIA GLOBAL MATRIX 
Tahun Terbit: 2007
Harga: RM 85.00
Muka surat: 343 MUKA SURAT
Rating : 4/5

Sunday, October 27, 2013

Buku PERSONALITI DIKAGUMI oleh YUSUF AL-AQSAR

Buku PERSONALITI DIKAGUMI oleh YUSUF AL-AQSAR

No Perolehan: 01111
Call No. : 153.3 YUS
ISBN: 983-2179-46-7
Bahasa: MELAYU
Kategori: 100 –FALSAFAH DAN FAHAMAN BERKAITAN

Ulasan :
BUKU PERSONALITI DIKAGUMI INI MENGANDUNGI 46 PEMBAHAGIAN TAJUK DIMANA SETIAP SATU TAJUK MENGULAS TENTANG PERKARA-PERKARA BAIK YANG BOLEH MEMPENGARUHI SIKAP DAN TINGKAH LAKU SESEORANG.
BUKU INI JUGA MENKANKAN CARA UNTUK MENIGGALKAN PENGARUH DAN KESAN YANG BAIK

PADA MANUSIA DAN CARA-CARA MENGETAHUI TABIAT MANUSIA ATAS APA YANG ADA PADANYA DAN BUKAN MENURUT APA YANG ADA PADANYA. OLEH ITU, BUKU INI DAPAT MEMBANTU UNTUK MENCAPAI APA YANG KITA MAHUKAN DAN PERLUKAN DARI ORANG LAIN.

Judul: PERSONALITI DIKAGUMI
Pengarang:  YUSUF AL-AQSAR
Penerbit: BERLIAN PUBLICATIONS
Tahun Terbit: 2005
Harga: RM 15.50
Muka surat: 206 MUKA SURAT
Rating : 3/5

Saturday, October 26, 2013

Buku Soal Jawab untuk Peperiksaan Am Kerajaaan diterbitkan oleh International Law Book Services

Buku Soal Jawab untuk Peperiksaan Am Kerajaaan diterbitkan oleh International Law Book Services

No Perolehan: 11-03081
Call No. : 351.3
ISBN: 967-89-0508-6
Bahasa: Melayu
Kategori: 350 – PENTADBIRAN AWAM

Ulasan :
Buku terbitan International Law Book Services ini adalah satu bahan rujukan yang boleh digunakapakai oleh semua kakitangan kerajaan yang akan menduduki peperiksaan umum contohnya peperiksaan bagi tujuan kenaikan pangkat.

Ini adalah kerana buku ini mengkhususkan maklumat berkaitan dengan system pemerintahan dan pentadbiran Negara yang sering di ajukan dalam soalan essay semasa peperiksaan. Di dalam buku ini juga turut disertakan contoh-contoh soalan objektif yang boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada calon.

Judul: Soal Jawab untuk Peperiksaan Am Kerajaaan
Pengarang: 
Penerbit: International Law Book Services
Tahun Terbit: 1994
Harga: 15.00
Muka surat: 150 Muka Surat
Rating : 3/5

Friday, October 25, 2013

Buku : No Excuses oleh Brian Tracy

Buku : No Excuses oleh Brian Tracy

No Perolehan : DPEK 04483
Call No. : 158-1 TRA
ISBN : 978-967-369-086-2
Bahasa : Melayu
Kategori : Falsafah

Ulasan :
        Terdapat 21 bab kesemuanya di dalam buku ini. Setiap satunya menunjukkan cara bagi menjadi lebih berdisiplin dalam setiap matlamat hidup. Di akhir bab ditunjukkan latinan-latihan susulan yang boleh dilakukan dalam kehidupan sebenar. Dengan pendekatan yang ditunjukkan, kita dapat menjadi lebih berjaya dalam hidup. Tidak perlu lagi hanya melihat dari jauh kejayaan yang dikecapi oleh orang lain sambil berkata, “Dia lebih bernasib baik daripada saya”. Kita boleh mengamalkan disiplin diri bagi mencapai kejayaan yang sama ataupun lebih baik lagi. Oleh itu, berhenti memberi alasan, ambil senaskah dan baca buku ini .

 Judul : No Excuses
Pengarang : Brian Tracy
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2011
Harga : RM 34.00
Muka surat : 311
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

Thursday, October 24, 2013

Buku : Padanya Ada Hikmah oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad Bahruddin Bekri

Buku : Padanya Ada Hikmah oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad Bahruddin Bekri

No Perolehan : (Koleksi Peribadi)
Call No. : 899.2333
ISBN : 978-967-408-107-2
Bahasa : Melayu
Kategori : Sastera

Ulasan :
Kadangkala hati menyangka, kisah yang terjadi kepada kita tidak ada kesenangan padanya. Kadangkala hati juga bertanya, mengapa Tuhan memberikan kisah yang tidak ada manisnya. Mungkin kita lupa, Tuhan itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Lalu pada tiap kisah yang diberikan kepada manusia, Dia menyisipkan kasih-Nya. Semua itu disembunyikan pada kata yang bernama hikmah.   
   
Inilah 35 kisah penuh hikmah, yang terinspirasi daripada pengalaman Prof. Dr. Muhaya. Sekiranya ada yang bertanya seberapa mirip pengalaman Prof. Dr. Muhaya pada kisah yang diceritakan? Boleh baca pada halaman ‘Bagaimana buku ini seharusnya dibaca’ bagi mendapatkan jawapannya.

Judul : Padanya Ada Hikmah
Pengarang : Prof. Dr. Muhaya Mohamad Bahruddin Bekri
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn. Bhd
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM 13.00
Muka surat : 120
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

Wednesday, October 23, 2013

Buku : Doa Yang Mustajab oleh Zulkiflee Yazid

Buku : Doa Yang Mustajab oleh Zulkiflee Yazid

No Perolehan : (Koleksi Peribadi)
Call No. : 297.382 ZUL
ISBN : 983-159-138-0
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :
    Buku yang bertajuk DOA YANG MUSTAJAB. Sesuai dengan tajuknya, dalam buku ini dibahas tentang doa-doa yang makbul. Selain menceritakan doa para malaikat, nabi dan rasul, yang terbukti keberkesanan dan mustajabnya, juga menceritakan doa-doa yang mustajab.
    Dalam buku ini juga diceritakan tempat-tempat yang makbul doa, waktu-waktu yang sesuai berdoa dan jenis doa yang makbul seperti doa orang yang teraniaya, doa orang yang berpuasa dan sebagainya. Selamat membaca dan selamat berdoa. Moga ketenangan hati sentiasa
 mewarnai kehidupan kita. Amin. InsyaAllah.

 Judul : Doa Yang Mustajab
Pengarang : Zulkiflee Yazid
Penerbit : Al Shafa
Tahun Terbit : 2007
Harga : RM 10.00
Muka surat : 154
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

Buku : Dahsyatnya Keajaiban Berbakti Kepada Ibu Bapa oleh Salafuddin Abu Sayyid

No Perolehan : DPEK 04658
Call No. : 297.5 SAL
ISBN : 978-967-371-733-0
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :
Sangat besar jasa yang telah diberikan oleh ibubapa terhadap anaknya. Pengorbanan mereka tidak akan mampu dibalas oleh apa pun bentuk balasan yang diberikan oleh seorang anak. Apatah lagi jasa seorang ibu, yang secara khusus mendapatkan penekanan daripada Rasulullah SAW, sebagaimana dalam riwayat Bukhari
   
“Sesungguhnya Allah mewasiatkan (memerintahkan) kepadamu agar berbakti kepada ibumu, ibumu, ibumu. Kemudian kepada ayahmu dan kemudian kepada kaum kerabat yang paling dekat dan yang lebih dekat”.

Judul : Dahsyatnya Keajaiban Berbakti Kepada Ibu Bapa
Pengarang : Salafuddin Abu Sayyid
Penerbit : SynergyMedia
Tahun Terbit : 2012
Harga : RM 17.50
Muka surat : 151
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

Tuesday, October 8, 2013

Buku 6: Menjuarai Transformasi oleh Najib Tun Razak

Buku 6: Menjuarai Transformasi oleh Najib Tun Razak

Diterbitkan oleh Unstitut Terjemahan Negara Malaysia (2011)

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Menjuarai Transformasi’ dihasilkan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia perlu dibaca oleh rakyat di Malaysia.

Buku ini dipersembahkan dalam dua bahasa utama di Malaysia yang boleh dibaca oleh golongan professional, pertengahan dan sesiapa sahaja yang terdiri pelbagai bangsa.
 
Setiap bab diutarakan mencakupi pelbagai aspek dan perkara yang perlu diterapkan dikalangan pemimpin dan rakyat untuk mencapai negara yang aman stabil dan maju

Setiap pembaca dapat menyelami hasil pemikiran, hasrat dan hala tuju Y.A.B. Perdana Menteri untuk menjadikan rakyat yang diutamakan mempunyai jati diri, kental dan kukuh dalam pelbagai aspek dan perkara kearah sebuah negara yang aman stabil dan maju berlandaskan perpaduan nasional, kemakmuran dan keadilan sosial. 

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

BUKU 12: SENAMAN SILAT JIWA SIHAT: PANDUAN SENAMAN SILAT MELAYU ASLI oleh Megat Ainuddin Megat Mohd Nordin

BUKU 12: SENAMAN SILAT JIWA SIHAT: PANDUAN SENAMAN SILAT MELAYU ASLI oleh Megat Ainuddin Megat Mohd Nordin


No Perolehan: 06/04430
Call No.: D 796.81 MAM
ISBN: 983-2334-58-6
Bahasa:  Melayu

Ulasan:
Bangsa yang bertamadun mempunyai budaya pahlawannya yang tersendiri.

Di dunia timur budaya pahlawan ini terserlah dengan seni-seni beladiri bangsa tersebut.

Senaman seni beladiri boleh wujud sebagai adunan yang sebati dalam sesuatu seni beladiri itu ataupun ia boleh wujud dengan keunikannya yang tersendiri.

Bangsa Jepun dengan budaya samurainya mempunyai pelbagai seni beladiri seperti karate, judo dan aikido.Seni beladiri wushu pula telah muncul sebagai lambang kepahlawanan dan kerohanian jatidiri bangsa Cina.

Tai Chi sebagai amalan gerakan senaman Cina yang mempunyai unsur spiritual yang tinggi kini telah diterima dunia.
Seni silat pula memaparkan budaya pahlawan bangsa Melayu.

Terkandung dalam budaya pahlawan ini unsur-unsur agama, bahasa, adat resam, kesenian dan sejarah yang diwariskan sari satu generasi ke generasi seterusnya.

Adunan unsur-unsur inilah yang menjadikan seni silat sebagai panji jatidiri bangsa Melayu

Tajuk: Senaman Silat Jiwa Sihat: Panduan Senaman Silat Melayu Asli
Penulis: Megat Ainuddin Megat Mohd Nordin
Penerbit: Al Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
Harga: RM 29.00
Mukasurat: 170 ms

Saturday, October 5, 2013

Buku 12: Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia oleh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni

Bilangan : 12
Tajuk : Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia
Penulis : Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
Penerbit : Al- Hidayah Publication
Harga : RM 19.90
Mukasurat : 402 ms
Buku ini menghimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia dengan agamanya,merasa senang dengan kurnia Allah yang telah dianugerahkan kepadanya,dan bergembira dengan nikmat yang telah dimilikinya.

Bacalah buku ini agar ianya dapat mengusir segala macam kesediahn dari dalam dirimu,bayang-bayang kedukaan,dan mimpi-mimpi buruk,ketaukutan dan kekhuatiran.

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

Friday, October 4, 2013

Buku 11: Rahsia Menghafaz Surah Yasiin oleh Abdullah Abu Mustofa

Bilangan: 11
Tajuk: Rahsia Menghafaz Surah Yasiin
Penulis: Abdullah Abu Mustofa
Penerbit :Pena Gemilang Sdn.Bhd
Harga: RM 12.900
Mukasurat : 120 ms
Menghafaz surah Ya-siin bukanlah satu perkara yang mustahil walaupun untuk orang awam seperti kebanyakkan kita.

Alangkah baiknya jika umat Islam yang telah mengamalkan pembacaan surah ini sejak sekian lama dapat menghafaznya supaya apabila mereka sudah tua, uzur dan tidak dpat melihat nanti, surah Yasiin dapat kekal menjadi peneman dan penyejuk hati.

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

Thursday, October 3, 2013

Buku 10: Kuliyyah Subuh Terakhir Ayah oleh Asfa Razfa

Bilangan : 10
Tajuk  : Kuliyyah Subuh Terakhir Ayah
Penulis : Asfa Razfa
Penerbit : Nukilan Uggul Sdn.Bhd
Harga : RM 9.50
Mukasurat : 171 ms
Novel ini berkisar tentang seorang budak lelaki bernama Hakimi.Hakimi anak kepada seorang tukang kebun sekolah yang juga imam di masjid berhampiran rumahnya. Hakimi seorang anak yang baik dan selalu mengikuti ayahnya ke masjid. Ayah Hakimi pula selalu memberikan kuliyyah kepada anak-anak muda yang datang ke masjid.

Banyak nasihat yang berguna diberiakn kepada mereka.Malang tidak berbau. Pada suatu pagi selepas sembahyang subuh, ayah Hakimi terjatuh di masjid lalu meninggal dunia.

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

Wednesday, October 2, 2013

Buku 9: Cinta Ini Milik Kita oleh Maisara Sofea

Bilangan: 9
Tajuk  : Cinta Ini Milik Kita
Penulis : Maisara Sofea
Penerbit : Group Buku Karangkraf Sdn Bhd
Harga : RM 19.90
Mukasurat : 518 ms
Cinta pertama adalah cinta yang paling sukar untuk dilupakan. Apakah itu hanya ungkapan manis madah pujnagga atau benar-benar terjadi bila hati sudah mencintai seseorang?Itulah yang terjadi bila Nur Maisara mula jatuh hati ketika zaman sekolah sehingga hatinya terantai meskipun lima tahun terpisah dengan Mohd Ean. Terpisah dalam jarak dan waktu yang lama membuatkan penantian Nur Maisara memudar dan terganti dengan kehadiran Ahamd Hazeeq.

Apakah yang terjadi apabila pertemuan kembali tercipta antara Nur Maisara dan Mohd Ean Nazeerul setelah lima tahun terpisah?

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

Tuesday, October 1, 2013

Buku 8: Syurga Merinduimu oleh Amaluddin Mohd Napiah

Bilangan          : 8
   Tajuk              :  Syurga Merinduimu
   Penulis            : Amaluddin Mohd Napiah
   Penerbit           : Galeri Ilmu Sdn.Bhd
   Harga               : RM 24
   Mukasurat        : 317 ms
Syurga Merinduimu menghimpun 30 bab yang membicarakan persoalan asas kehidupan seorang Muslim. Berbeza dengan perbahasan yang lebih ringkas dalam tiga buku beliau sebelum ini, sentuhan Ustaz Amaluddin Mohd Napiah kali ini mendasar,namun masih mengekalkan penggunaan ayat,contoh dan analogi yang mudah dihadam. Buku ini menyuntik semangant dan motivasi diri untuk terus beribadah, beramal soleh,menuntut ilmu,berjuang dan bermujahadah demi mendapatkan redha Allah.

Ulasan oleh:
FARIDAH JUSOH (PENYELIA ZON 1)

BUKU 11: KLIK UNTUK KAYA: 8 RAHSIA JUTAWAN SIBER UNTUK SEMUA oleh Rosli Jamal

BUKU 11: KLIK UNTUK KAYA: 8 RAHSIA JUTAWAN SIBER UNTUK SEMUA oleh Rosli Jamal

No Perolehan: 06/00039
Call No.: D 658.054678 ROS
ISBN: 983-2334-59-4
Bahasa: Melayu

Ulasan:

Ramai di antara kita menaruh harapan tinggi apabila mendengar kehebatan medium perniagaan internet.Namun begitu ramai yang mencuba telah kecundang kerana meredahnya tanpa pedoman, panduan dan ilmu yang mendalam.

Buku ini memberi penyelesaian kepada masalah ini.Panduan dan cara penyampaian buku ini mudah difahami dan amat bermanfaat.Ia bukan sahaja sesuai untuk dijadikan bahan bacaan malah sesuai bagi usahawan untuk dijadikan rujukan dalam dunia perniagaan internet.

Kemampuan penulis mencungkil segala rahsia dalam jaringan perniagaan internet sangat bermanfaat untuk semua bertepatan dengan senario kepesatan ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi) dan perkembangan ICT pada masa kini.Perniagaan menggunakan medium internet sebenarnya amat mudah untuk dilaksanakan jika mempunyai ilmu yang cukup jadi buku ini adalah jawapannya dan sangat bermanfaat untuk usahawan dan bakal usahawan yang berwawasan tinggi untuk terus maju dan berjaya serta mampu bersaing di peringkat global.

Tajuk: Klik Untuk Kaya: 8 Rahsia Jutawan Siber Untuk Semua
Penulis: Rosli Jamal
Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings
Harga : RM 29.00
Mukasurat: 262 ms