Tuesday, October 8, 2013

Buku 6: Menjuarai Transformasi oleh Najib Tun Razak

Buku 6: Menjuarai Transformasi oleh Najib Tun Razak

Diterbitkan oleh Unstitut Terjemahan Negara Malaysia (2011)

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Menjuarai Transformasi’ dihasilkan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia perlu dibaca oleh rakyat di Malaysia.

Buku ini dipersembahkan dalam dua bahasa utama di Malaysia yang boleh dibaca oleh golongan professional, pertengahan dan sesiapa sahaja yang terdiri pelbagai bangsa.
 
Setiap bab diutarakan mencakupi pelbagai aspek dan perkara yang perlu diterapkan dikalangan pemimpin dan rakyat untuk mencapai negara yang aman stabil dan maju

Setiap pembaca dapat menyelami hasil pemikiran, hasrat dan hala tuju Y.A.B. Perdana Menteri untuk menjadikan rakyat yang diutamakan mempunyai jati diri, kental dan kukuh dalam pelbagai aspek dan perkara kearah sebuah negara yang aman stabil dan maju berlandaskan perpaduan nasional, kemakmuran dan keadilan sosial. 

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

No comments: