[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Monday, November 18, 2013

Kursus 'We Are The Host' Visit Malaysia Year 2014

Kerajaan mengharapkan ketibaan pelancong asing dapat ditingkatkan kepada 28 juta orang sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sasaran ini dapat direalisasikan dengan meningkatkan momentum pertumbuhan industri pelancongan negara menerusi Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 akan mempromosikan Malaysia di peringkat dunia kerana ia merupakan inisiatif yang proaktif oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengerakkan rakyat Malaysia supaya bersama-sama menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2014 iaitu “Celebrating 1Malaysia… Truly Asia” turut diperdengarkan kepada orang ramai. Lagu tema inilah yang akan digunakan sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2014 di seluruh dunia.

Menjadian sebahagian dari usaha menyediakan jabatan dan agensi kerajaan dalam menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2014, kursus  'We Are The Host'  telah diadakan. pada:
Tarikh: 18hb November 2013
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: The Zenith Hotel Kuantan

Peserta kursus ini terdiri dari Perbadanan Pustakaan Awam Pahang, Perbadanan Kemajuan Bukit Frazer, Lembaga Pembangunan Tioman, Muzium Pahang, Muzium Sungai Lembing dan Tourism Malaysia.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Abdul Manaf Shariff dari AB ManN Training Service
email:abmann.trg@gmail.com

 01 Introduction to We Are The Host
 02 Mission and 2020 Goal of Malaysia
 03 VMY 2014 Campaign
 04 How to be a Great Host - To Be a Champion Communicator
 05 How to be a Great Host - Deliver word class coustomer service
06 Malaysia ada segala-galanya yang sukar ditandingi negara lain dan pakej itu menjadikan negara kita sebagai destinasi yang cukup menarik untuk pelancong dari seluruh dunia.

No comments: