[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Thursday, December 5, 2013

Buku: Cintai Isteri Cara Rasulullah oleh Isham Muhammad Asy-Syariif

Buku 14: Cintai Isteri Cara Rasulullah  oleh Isham Muhammad Asy-Syariif

No Perolehan: 13-05582
Call No. 297.642 ISH
ISBN: 978-967-5426-74-2
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Ulasan:
Buku ini merupakan himpunan beberapa buah hadis sahih yang menjelaskan kepada kita tentang kehidupan Nabi SAW bersama isteri-isteri baginda. Ia berkaitan dengan cara Rasulullah SAW berinteraksi dengan isteri dan puteri-puteri baginda serta sikap Rasulullah SAW terhadap tindakan tertentu isterinya.

Buku ini juga membincangkan tentang masalah-masalah umum yang berkaitan dengan kehidupan suami isteri seperti panduan perkahwinan dan pendidikan anak-anak. Ia juga berkaitan dengan keadilan dalam memperlakukan isteri-isteri serta cara menghadapi masalah-masalah suami isteri dan cara penyelesaiannya.

Judul: Cintai Isteri Cara Rasulullah
Pengarang: Isham Muhammad Asy-Syariif
Penerbit: Must Read Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 16.00
Muka surat: 215
Rating : 4/5

No comments: