Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, December 28, 2013

Buku: Peribahasa Melayu Penelitian Makna & Nilai oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan

No Perolehan: 12-04895
Call No. : 398.99923 Zai
ISBN: 978-967-344-222-5
Bahasa: Melayu
Kategori: 300

Ulasan :

Hasil karya yang begitu berkualiti ini wajib dimilikik oleh pnsyarah, pengajar, guru bahasa melayu, sasterwan, pelajar, pengkaji, penyelidik dan sesiapa juga yang cintakan bahasa, peradaban dan warisan angsa, serta semua insane yang bertanggungjawab melestarikan peribahasa melayu sebagai khazanah generasi turun temurun.

Menurut  Dato’ Dr. Anwar Ridwan, Sasterawan Negara 2009, Buku ini merupakan sebuah penerbitan yang menghimpun sebanyak 5,737 peribahasa hingga menjadikan buku ini sebuah penerbitan peribahasa Melayu yang paling lengkap dan kemas kini. Susunannya sangat sistematik mengikut subgenre, dan setiap subgenre diberikan pula definisi dan beberapa contoh untuk pembaca memahami dengan berkesan. Lebih menarik, peribahasa di dalam buku ini dihubungkan dengan nilai islami, falsafah pendidikan negara dan nilai perkhidmatan awam.

Faktor lain yang menjadikan buku ini istimewa dan menarik ialah kerana dilengkapi lampiran grafik dan teks yang amat informatif tentang alam benda, alam flora, dan alam fauna yang menjadi sebahagian sumber penciptaan peribahasa.

Judul: Peribahasa Melayu Penelitian Makna & Nilai
Pengarang: Zaitul Azma Zainon Hamzah / Ahmad Fuad Mat Hassan
Penerbit: Universiti Putra Malaysia
Tahun Terbit:  2011
Harga: 148.00
Muka surat: 837 M/S
Rating : 5/5

No comments: