[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Thursday, February 28, 2013

Buku 1: Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Aayhi Wasallam oleh Rusydi Ramli Al-Jauhari

Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SALLALLAHU ALAYHI WASALLAM  adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenak junjungan besar Nabi,Rasul terakhir yang diutuskan kepada kita umat akhir zaman. Buku ini juga memaparkan perjalanan hidup Rasulullah SAW  bermula dari kelahiran,saat kanak-kanak hingga dewasa,isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup baginda,anak-nak dan cucu,sahabat-sahabat dan pembantu Baginda disepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah Tauhid.

Judul: Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Aayhi Wasallam
Pengarang: Rusydi Ramli Al-Jauhari
Penerbit: Must Read Sdn Bhd
TahunTerbit: 2012
Harga: RM65.00
Muka Surat: 368
Rating: 4
No.Perolehan: DBEN 04133
Call No: 297.63 rus
ISBN: 9789675426902
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Disediakan oleh:
Encik Mohd Aseri b. Abdul Malek
Ketua Perpustakaan Daerah Bentong

Buku 4: Menangani anak biadap oleh Dato' Hj . Mohd Fadzilah Kamsah dan Noor Aishah Husain


sumber gambar: http://thankyourasulullah.blogspot.com/2012/05/beberapa-punca-anak-menjadi-biadab.html

Pepatah ada mengatakan " mencegah lebih baik daripada merawat " Anak-anak yang telah terlanjur bersikap biadap memerlukan proses pemulihan daripada konsultan atau kaunselor.

Namun corak didikan dan latar belakang keluarga yang mengasuh anak dari kecil memainkan peranan dalam pembentukan sikap mereka menjelang usia dewasa buku Menangani Anak Biadap yang membawa penampilan santai,mudah dan berterus terang dengan disulami ilustrasi kartun ini amat bermanfaat untuk dihadiahkan kepada ibubapa,penjaga ,guru dan para remaja sendiri


Ulasan oleh:
Ketua Perpustakaan Awam Cawangan Lanchang.

Tuesday, February 26, 2013

Buku 3:Pasport Musafir oleh Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi



 sumber gambar: http://prebiubukuklfm.blogspot.com/2011/10/ulat-buku-4-oktober-2011.html

Buku ini menggabungkan Aspek ibadah dan panduan dalam perjalanan. Penulis membuktikan musafir bukan halangan bagi beribadah. Bahkah ia adalah tuntutan yang perlu diselarikan dengan kehendak syarak dari segi pelaksanaan dan konsep kesempurnaan agama islam sebagai agama yang pratikal bagi semua lapisan masyarakat dengan pelbagai keadaan serta sesuai diamalkan hingga ke hari kiamat. antara kandungan
buku ini Adab Musafir,Amalan Musafir,Panduan bersuci bagi musafir,solat musafir,solat di dalam kenderaan,panduan meninggalkan kediaman,panduan penyelenggaran kenderaan,panduan menggunakan kenderaan Awam dan panduan melancong.

ulasan oleh:
Ketua Perpustakaan Cawangan lanchang 

Kursus Penggunaan KPI untuk Peningkatan Produktiviti

Penggunaan KPI untuk Peningkatan Produktiviti & Pengurusan Modal Insan Secara Berkesan- CPD 16Jam

Tarikh : 13 & 14 Mac 2013 – Park Royal Hotel, Kuala Lumpur

Yuran Latihan – RM1,780.00
- Yuran latihan termasuk minum petang dan pagi, makan tengahari, peralatan dan nota latihan serta Sijil Kehadiran. 

Setiap Pendaftaran 3 peserta akan mendapat percuma 1 pendaftaran seterusnya.

Pakej termasuk :
Sampel KRA/KPI
5 Buah Buku – Pengurusan Prestasi, KRA/KPI & Intervensi Prestasi
Sesi Follow-up Percuma – Dalam Tempoh 30 Hari

Pengenalan
Ramai pihak pengurusan sedar bahawa konsep NKRA dan KPI semakin popular digunakan oleh pihak swasta dan kerajaan sejak kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, ianya sudahpun mula digunakan sejak awal tahun 2000. Pihak pengurusan yang telah menggunakan system ini telah mengecapi pelbagai faedah dan pulangan kepada ROI organisasi masing-masing, terutamanya peningkatan produktiviti serta hasil kerja.

Adakah anda tahu bahawa KRA/KPI dapat digunakan dalam 9 cara untuk mempertingkatkan keberkesanan organisasi :

Pengambilan Pekerja secara lebih baik
Pembaikan dalam Fokus Kerja
Perancangan Latihan secara lebih berkesan
Peningkatan keberkesanan pengurusan dan pekerja
Peningkatan dalam Hasil Kerja & ROI organisasi
Memudahkan Intervensi Prestasi
Memudahkan Pengendalian Masalah Disiplin & Prestasi Kerja
Meningkatkan Kualiti Kaedah Penilai Prestasi Keseluruhan
Menambah baik Sistem Pengurusan Prestasi yang Menyeluruh

Kursus 2 Hari ini akan memberikan ilmu dan kemahiran kepada pihak pengurusan mengenai kepentingan sistem ini, serta membolehkan para peserta menulis dan melaksanakan sistem KPI bagi jabatan masing masing.

Objektif  Latihan

Memberikan pengetahuan mengenai Sistem KRA/KPI dan kaitannya dengan Sistem Pengurusan Organisasi
   
Memberikan kesedaran mengenai kepentingan bagi setiap organisasi untuk menerapkan Sistem KRA/KPI sebagai sebahagian dari Sistem Pengurusan Prestasi organisasi
   
Membolehkan para peserta memperolehi kemahiran dalam menulis dan membangunkan KPI bagi organisasi, jabatan dan kakitangan masing-masing
   
Membolehkan para peserta menggunakan Sistem KRA/KPI dalam pelbagai aktiviti pengurusan ; pengrekrutan, intervensi prestasi, disiplin pekerja, penilaian prestasi dan lain-lain.
   
Mendedahkan Sistem Penilaian Prestasi yang berkesan yang sepatutnya digunakan dalam organisasi yang ingin meningkatkan keberkesanan dan membangun.

Kursus ini Sesuai untuk :
Pemilik Organisasi Perniagaan dan Bukan Perniagaan, Pengarah Urusan, Ketua Eksekutif, Pengurus Besar, Para Pengurus dan Eksekutif

Metodologi Latihan – Kaedah Penyampian
Syarahan, Sesi Bengkel, Perbincangan, Analisa Kes dan Pembentangan

Isi Kandungan Kursus

1.     Pengenalan Kepada Sistem KRA/KPI
    Pengenalan Kepada Pengurusan Prestasi
    Mengenali Sistem KRA/KPI
    Imbasan Kepada Sistem Kompetensi
    Sistem KRA/KPI lawan Sistem Kompetensi
    Amalan Terbaik Yang Terkini

2.     Penggunaan Sistem KRA/KPI dalam Organisasi
    Tahap 1 – Penstafan
    Tahap 2 – Keperluan Pembangunan Kompetensi
    Tahap 3 – Intervensi Prestasi
    Tahap 4 – Hubungan Pekerja (Masalah Prestasi & Disiplin)
    Tahap 5 – Penilaian Prestasi
    Tahap 6 – Pembangunan Pekerja

 3.     Kaedah Membangunkan KRA/KPI
    Memahami terma asas dalam Sistem KRA/KPI
    Memahami Pengkelan Data Bagi KRA/KPI
    Mengenali format KRA/KPI
    Kaedah Menulis KRA/KPI Organisasi
    Kaedah Menulis KRA/KPI Jabatan
    Kaedah Menulis KRA/KPI Individu



4.       Penggunaan KPI dalam Peningkatan Prestasi
    Pemantuan Prestasi lawan KPI
    Kaedah dan Teknik Pemantuan
    Pengurusan Visual
    Format Laporan
    Perisian Pemantuan Prestasi



 5.     Penggunaan KPI dalam Peningkatan Prestasi
    Konsep Pengurusan Prestasi Berterusan
    Pemantauan Prestasi
    Memahami Jurang Prestasi
    Intervensi Prestasi – Pekerja Baru
    Intervensi Prestasi – Pekerja Bermasalah
    Intervensi Prestasi – Pekerja Cemerlang
    Intervensi Prestasi – Pemecatan Pekerja



 6.     Penilaian Prestasi Menggunakan KRA/KPI
    Mengenali Sistem Penilaian Prestasi Pekerja
    Penilaian Kompetensi lawan Penilaian Hasil Kerja
    Format Borang Penilaian Prestasi KRA/KPI
    Kaedah Pengiraan
    Laporan Hasil Penilaian



7.     Kaedah Pelaksanaan Sistem KRA/KPI Secara Berkesan
    Langkah-Langkah Pelaksanaan
    Pelaksanaan untuk Pekerja Sedia Ada lawan Baru
    Faktor Menentukan Kejayaan Sistem KRA/KPI
    Pelan Tindakan 30 Hari Selepas Latihan

Biodata Ketua Kursus
Encik Rajkumar
-Ketua Eksekutif Bersama SEGi, Cleverbridge, Gemilang & X Power Event
-B.Econs  (Hons), MSc. HRD, Adventure Learning, EQ Certified
-Pengarang 3 Buah Buku – Pengajian Perniagaan & Keusahawanan



En. RajKumar mempunyai pengalaman lebih dari 17 tahun dalam bidang korporat dan pembangunan potensi individu.  Pendedahan beliau dalam alam pengeluaran bermula pada tahu 1991, apabila dijawat sebagai penyelia di Yeo’s Tebrau. Pengalaman beliau dalam bidang korporat bermula pada tahun 1995 sebagai Pengurus Penyelidikan di sebuah Syarikat Pembangunan Hartanah anatarabangsa, dan seterusnya bertugas sebagai Jururunding di sebuah firma kedua terbesar di Malaysia yang menganjurkan persidangan, program-program pembangunan diri dan khidmat jururunding.  Pada usia 32, beliau bertugas sebagai Ketua Eksekutif di sebuah Pusat Pengajian Tinggi Swasta yang disenaraikan di BSKL. Kini, beliau merupakan Pengarah sebuah Pusat Jururunding & Latihan Korporat, dan terlibat secara aktif dalam program Teambuilding .

Dalam bidang Latihan & Pembangunan, En. RajKumar berkepakaran dalam Pengurusan Prestasi, bidang Pembangunan Jualan, Motivasi, Bina Pasukan Berprestasi tinggi & Pasukan, Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Perubahan & Pembangunan Organisasi.

Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Jururunding Prestasi bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam perindustrian, pendidikan dan perkhidmatan. Kesemua perkhidmatan jururunding ini melibatkan beliau menyediakan Sistem Pengurusan Prestasi yang Menyeluruh, Membangunkan KRA/KPI, Pelan Tindakan, Pemantuan Prestasi dan Intervensi Prestasi. Melalui kepakaran beliau, kesemua syarikat berjaya meningkatkan produktiviti dan ROI organisasi masing-masing.

Beliau telah banyak menjalankan pelbagai kursus bagi banyak syarikat-syarikat di Singapura, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak. Di antara organisasi yang telah beliau terlibat dalam bidang latihan & pembangunan adalah Bank Negara, Maybank, Procter Gamble, Top Glove, Petronas, SOGO Steel, Malaysia Institute of Accountant, MAS Cargo, Sime, Titan PP Polymer, Shum Yip Leong Rubber, Maybricks, GN Technology, HKT, Eastern Press, Sam Long Chemical, WCT Engineering, Plastik V, Rubelli, PEPS_JV, Erapoly, Barwil, Lumut Resort, Digi, MARDEC, CIBA Vision, Escatech, BASF Petronas dan banyak lagi.

RajKumar memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Ijazah Sarjana Sains, khusus dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia. Beliau adalah pengarang 3 buah buku dalam Bahasa Melayu dalam bidang perniagaan yang merangkumi aspek-aspek seperti Keusahawanan, Pengurusan, Pemasaran & Kewangan.

Untuk keterangan lanjut sila lawati : www.gmdcinspirasi.com

Hubungi :
GMDC INSPIRASI

Azrol, Ravi atau Seri untuk mendaftar atau kursus inhouse:
Tel: 03-3343 2180 / 013-394 2180
Email : gemilang2020@gmail.com

Friday, February 22, 2013

Pelatih KPMIM Kuantan -Laini bt Mohd Nordin

Pada hari ini 22.2.2013 (Jumaat) Cik Laini bt Mohd Nordin telah menamatkan latihan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Kuantan. Cik Laini telah memulakan zaman persekolahannya di sekolah Tadika Kemas Kampung Selamat Tanjung Api.
 01. Setelah tamat bertadika di Tanjung Api, seterusnya Cik Laini telah melanjutkan pelajaran ke SK Terentum dan SK Sungai Soi. Kemudian meneruskan pelajaran menengah di SMK Soi dan SM Teknik Jengka.
 02. Pada hari ini Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah menjamu Cik Laini dan kakitangan dengan laksam 'ori'.

Seterusnya Cik Laini menyambung pelajaran ke KPMIM Kuantan. Syarat kemasukannya adalah lulus SPM / SPMV / setaraf dengannya dengan 3 KEPUJIAN Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (minima Gred B/4B) dan 1 subjek lain lulus peringkat manakala PIP KPM dengan mendapat Gred B dalam subjek English dan Gred C (lulus) dalam semua subjek lain (Mathematics, Information Technology & Pengajian Islam).

 03. Kini beliau menyambung pelajaran di Kolej Profesional Mara Indra Mahkota (KPMIM) Kuantan. Bidang yang dipilih adalah Diploma English Communication. Kurikulum bagi program Diploma in English Communication (DEC) telah dibangunkan bersama pihak University of South Australia (UniSA). Program ini milik MARA sepenuhnya pada Julai 2005.
 04.
Program Diploma in English Communication (DEC) bertujuan melatih dan mengeluarkan tenaga kerja yang mahir dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang pengurusan perniagaan dan Information Technology (IT).

 05. Sepanjang tempoh pengajian, para pelajar Diploma in English Communication (DEC) didedahkan kepada pelbagai kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris seperti kemahiran menulis, mendengar, membaca dan kemahiran lisan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan sistematik. Selain itu pelajar juga mempelajari. Business Information System, Digital and Mobile Communication, Principles of Marketing dan Organizational Behaviour.
 06. Tiga jejaka yang turut menghadiri majlis tamat latihan untuk Cik Laini.
Wahai segala saudara-saudaraku,
Mengenal Kaabah biarlah tentu,
Jikalau tak kenal Kaabah itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.

 07.Turut serta dalam majlis tamat latihan Cik Laini adalah tiga jelita.
Wahai saudara tua dan muda,
Fikirkanlah kamu sentiasa,
Janganlah seperti orang yang buta,
Tinggal ilmu mencari harta.

 08. Kursus-kursus teras Diploma in English Communication (DEC) adalah:
 Introduction to Reading
 Introduction to Writing
 Academic Reading and Writing (1,2)
 Project and Presentation
 Introduction to Business Communication
 Language Proficiency Development (Introductory, Intermediate, Advanced,Academic)
 Introduction to Computer Application
 Interpersonal Communication
 English in Media
 Introduction to Tertiary Learning
 Persuasive Communication in Business
 Group Dynamics
 Understanding Short Stories
 Public Communication Skills
 Business Correspondence
 Critical Literacy
 Research and Project
 Workplace Communication
 Computing Fundamentals
 Intercultural Communication: Society, State and the Individual
 Fundamentals of Entrepreneurship
 09. Hidangan semasa majlis tamat latihan Pelatih KPMIM Kuantan adalah laksam 'ori' kuah pekat dengan lada dan belacan yang 'kaw'.. Puan Nurul dan Puan Eja sedang menceritakan kenikmatan yang diperolehi semasa memakan laksam istimewa ini.
10. Prospek kerjaya pelajar Diploma in English Communication (DEC) adalah Pegawai Tadbir, Wartawan, Pegawai Pemasaran/Jualan, Pegawai Perhubungan Awam dan Pegawai Sumber Manusia. Mungkinkan Cik Laini bt Mohd Nordin akan menjawat salah satu jawatan tersebut. Sama-samalah kita doakan 'keceriaan' masa depan Cik Laini sebagaimana cerianya wajah Cik Laini.

09. Mengenal Tuhan tak boleh nyata

09. Mengenal Tuhan tak boleh nyata,
Kerana tak boleh dipandang mata,
Hingga diri jua dicita,
Kenal olehmu sifatnya kita.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, February 21, 2013

Aktiviti Daerah Bulan Januari 2013

LIPIS
1. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Pra Sek.Keb.Gua
2. Tayangan Animasi Creative Adventures with STAEDTLER LUNA

RAUB
1.Tayangan ceramah keagamaan dan selawat nabi (maulidur rasul)
2. Eksperimen telur terapung
3. Eksperimen keperluan biji benih
4. Eksperimen belon mengembang
5. Indoor game (karom & chess)
6. Pengkisahan nabi (maulidur rasul)
7. Pembuatan tanah liat sendiri
8. Pameran sains dan teknologi

PEKAN
1. Kuiz Indahnya Sains & Teknologi Tahap 2
2. Program Sempena Penghakiman Bilik Darjah Dan Perpustakaan Mini
3. Kempen Keahlian Kanak-Kanak Dan Belia
4. Kempen Keahlian Belia Anak-Anak Yatim Rumah Penyayang Tun Abdul Razak

ROMPIN
1. Kuiz Sain dan Teknologi
2. Kenali Tubuh Badan Anda

BENTONG
1.  Teka silang kata Sains & teknologi
2.  Bergembira dengan sains
3.  Pameran Minggu Sains & teknologi

BERA
1.  Celik IT (mencipta Akaun E-mail & Facebook)

TEMERLOH
1. Pertandingan sekolah paling aktif bagi pendaftaran keahlian perpustakaan awam daerah temerloh
2. Promosi keahlian perpustakaan dengan kerjasama syarikat buku popular
3. Riang ria perpustakaan dengan kerjasama krt hoshas
4. Program moh baca dengan kerjasama sk bukit cermin
5. Adik kreatif berorgami

CAMERON
1. Pameran bahan bacaan aplikasi komputer
2. Kenali desktop
3. Pameran dan promosi buku-buku mengenai Rasulullah SAW bersempena Mauli
4. Lawatan dan bercerita anak cilik Tabika Winlon

Jumlah aktiviti yang dijalankan oleh semua Perpustakaan Awam Daerah pada bulan Januari adalah sebanyak 29 aktiviti.

Monday, February 18, 2013

27 kesalahan bacaan Al-Fatihah

Berikut adalah petikan dari Blog Masjid An-Nur Ketapang.
http://masjidannurketapang.blogspot.com/



Terdapat 27 kesalahan yang selalu terjadi dalam bacaan Al-Fatihah. Mari kita semak bacaan al-Fatihah kita.
 sumber:


1. Sebutan huruf berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..."
.
2. Sabdu pada kalimah ﭐﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf pada kalimah ini adalah berbaris bawah.
.
3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...".
.
4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim"
.
5. Sebutan huruf tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6 harakat kerana ia adalah huruf mad yang diwaqafkan. Hukumnya Mad 'Aridh Lissukun.
.
6. Huruf digantikan dengan huruf
.
7. Kalimah ﭐﷲ seolah-olah tiada sabdu dan disebut "al-hamdulilah". Sebutan yang betul adalah "Al-hamdulillah..."
.
8. Sabdu pada huruf ditinggalkan sabdunya dan sebutan berbunyi "Rabil" yang sepatutnya "Rabbil"
.
9. Huruf ditukar menjadi huruf
.
10. Sabdu ditinggalkan. Sebutan menjadi "Iyaka". Sebutan yang betul adalah "Iyyaka".
.
11. Sebutan huruf tidak jelas.
.
12. Kesalahan sama seperti nombor 10.
.
13. Huruf ditukar menjadi huruf
.
14. Tidak memuncungkan bibir. Apabila sesuatu huruf diwaqafkan berbaris hadapan, kita hendaklah memuncungkan bibir. Hukum ini dipanggil 'isymam'.
.
15. Menyebut "Ehdina...". Sepatutnya "Ihdina...".
.
16. Huruf tidak disabdukan.
.
17. Huruf ditukar menjadi huruf
.
18. Huruf ditukar menjadi huruf . Apabila huruf berbaris bawah, sifatnya menjadi kurang tebal, bukan nipis.
.
19. Menukar huruf kepada huruf . Ini merupakan kesalahan yang paling biasa dilakukan. Ramai yang masih tidak dapat membezakan perbezaan huruf-huruf ini.
.
20. Huruf dulu, baru huruf . Ramai yang membunyikan , kemudian . Ada juga membunyikan , kemudian . Tak kurang juga ada yang membunyikan kemudian
.
21. Huruf ditukar menjadi huruf
.
22. Huruf berbaris bawah disebut "Rel", sepatutnya disebut "Ril".
.
23. Huruf disebut dengan qalqalah.
.
24. Huruf tidak ditebalkan sebutannya.
.
25. Huruf ditukar menjadi huruf
.
26. Huruf tidak disabdukan.
.
27. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf bersabdu dalam satu kalimah, maka harakatnya wajib 6 harakat. Hukumnya adalah Mad Lazim Musaqqal Kalimi. Ramai yang melafaz kurang daripada 6 harakat.

Link:
http://dlabellaz.blogspot.com/2012/04/al-fatihah.html

Friday, February 15, 2013

UDLpro Database (Universe Digital Library)

Universe Digital Library invites you to explore online resources, which allow you to access thousands Books, Journals, Theses and Dissertations.
 Explore 46568 publications and 125 updated last week.

New Journals
Free Trial
Books
Journals
Theses
Dissertations
Institution/Publisher
Books Coming Soon

BROWSE BY SUBJECT
Agriculture
Art & Social Sciences
Computer Science & I.T
Economics & Business
Education
Engineering
History
Languages & Linguistics
Law
Medical
Philosophy
Political Science
Postgraduate Studies
Religion
Science

Company Info

Universe Digital Library
Block 6-11-1, Jalan Jalil Perkasa 14
Aked Esplanad, Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
MALAYSIA.

Tel : 603-8994 9705
Fax : 603-8994 9701

mail: info@udltheses.com
www.universeengineering.net
www.udlpro.com
www.udlislamic.com

Workshop for Librarians and Information Professionals 2013

1. AACR2/RDA and MARC ? Preparing for Change

AACR2/RDA and MARC ? Preparing for Change
Date: 19-21 March 2013 (3 days)
Venue: Avillion Legacy Hotel, Melaka

Trainer: Ms Salmah Salleh.  
M.L.S.(Loughborough); D.L.I.S.(Loughborough); B.Lib.Sc.(ITM)


Early Bird Rate: RM790 per participant (register latest by 1 March 2013)
Normal Rate: RM890 per participant (closing 15 March 2013)

2. Let?s Conduct Research: a Workshop for Librarians and Information Professionals'

Let?s Conduct Research: a Workshop for Librarians and Information Professionals
Date: 9-10 April 2013 (2 days)
Venue: Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
Facilitator: Szarina Abdullah,  
PhD. Information & Library Science (University of Illinois, Urbana-Champaign), M.L.S (Hawaii), B.A. Honors (Chulalongkorn)


Early Bird Rate: RM750 per participant (register latest by 22 March 2013)
Normal Rate: RM850 per participant (closing 5 April 2013)

Further information, please contact:
Aliza (019 - 244 8983)

Wisdom Synergy Enterprise (SA0082354 - W)
Address: 515, Blok 10, Fasa 3C, Jalan Plumbum 7/95,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

Phone : 6 - 019 - 244 8983
Fax : 6 - 03 - 2096 9206

E-mail : wisdomsynergy@gmail.com
Website: www.wisdomsynergy.com

08. Jika begitu kalau kita tidak mengkaji

08. Jika begitu kalau kita tidak mengkaji,
Kepada Nabi mendapat keji,
Malaikat tidak membawa wahyu,
Allah tiada mungkirkan janji.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, February 14, 2013

Buku 2: Menangani Anak Biadap oleh Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah

Pepatah  ada mengatakan, “mencegah lebih baik daripada merawat”. Anak-anak yang telah terlanjur bersikap biadap memerlukan proses pemulihan daripada konsultan atau kaunselor. Namun, corak didikan dan latar belakang keluarga yang mengasuh anak dari kecil memainkan peranan dalam pembentukan sikap mereka menjelang usia dewasa.

Buku Menangani Anak Biadap yang mambawa penampilan santai, mudah dan berterus terang dengan disulami ilustrasi kartun ini amat bermanfaat untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, penjaga, guru dan para remaja sendiri. InsyAllah.

Judul : Menangani Anak Biadap
Pengarang : Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Tahun Terbit : 2011
Harga : RM 16.00
Muka surat : 104
Rating : 4/5

No Perolehan : DPEK 04126
Call No. : 6491 MOH
ISBN : 978-967-388-029-4
Bahasa : Melayu
Kategori : Sains Teknologi

Disediakan Oleh :
Puan. Rohaida bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Buku 1: Rahsia Menjadi Seorang Bintang oleh Omar Baki b. Abd. Jalil


Dalam menjalani kehidupan seharian, realitinya kita telah diasuh sejak kecil lagi. Sikap positif atau sebaliknya secara tidak langsung lahir bertunjangkan akarnya iaitu keluarga.

Inti pati Rahsia Menjadi Seorang Bintang ini, digarap menadi satu medan motivasi dan ilmu yang sesuai untuk golongan remaja masa kini. Kestabilan, kesejajaran ilmu dunia dan akhirat merupakan formula untuk melahirkan insan yang cemerlang dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, negara serta agama khususnya.

Proses ini seharusnya terlaksana ataupun dilaksanakan ketika anak-anak masih kecil, sejajar dengan pepatah melayu,‘melentur buluh biar dari rebungnya’.

Buku ini sesuai dijadikan hadiah daripada ibu bapa buat anak-anak bagi menerapkan budaya membaca dalam kalangan anak-anak di samping menyuntik aura positif kepada anak-anak. InsyAllah.

Judul : Rahsia Menjadi Seorang Bintang
Pengarang : Omar Baki b. Abd. Jalil
Penerbit : Best Seller Publication
Tahun Terbit : 2011
Harga : RM 11.00
Muka surat : 80
Rating : 4/5





No Perolehan : DPEK 04143
Call No. : 158.1 OMA
ISBN : 978-967-0210-07-0
Bahasa : Melayu
Kategori : Falsafah

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Buku 2: Toksin Masuk Tosin Keluar oleh Dr Yasmeen Farouk Mohamed

No Perolehan: 12-03807
ISBN: 9789831246603

Ulasan:
Adakah anda berasa letih dan kejang urat saraf setiap kali bangun pagi?

Berat badan anda tetap bertambah walaupun segala langkah-langkah pencegahan telah dilakukan?

Mempunyai darah tinggi dan kadar kolesterol yang tinggi?
Memiliki keturunan yang mempunyai arthritis atau sakit jantung?

Jika jawapan anda YA terhadap semua persoalan di atas, AWAS! Ada sesuatu yang berlaku di dalam sistem tubuh anda. Jangan biarkan masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda. Pastikan anda tahu puncanya dan atasi sebelum terlambat.

Buku ini memberi pengetahuan asas dan maklumat penting mengenai kesihatan tubuh kita. Ia membongkar proses yang berlaku di dalam sistem badan yang boleh menyebabkan alahan, keradangan seterusnya mengakibatkan pel-bagai jenis penyakit.

Penyakit tidak akan timbul dengan sendirinya tanpa sebab. Ia sebenarnya adalah hasil dari-pada gaya dan pola kehidupan seseorang iaitu apa yang kita minum dan makan seharian. Hanya dengan pilihan pemakanan yang betul di samping mengamalkan pengambilan nutrisi suplemen dapat memberi kita harapan dan mengubah seseorang agar sentiasa tampil sihat, cergas dan cantik secara semula jadi.

Judul: Toksin Masuk Tosin Keluar
Pengarang: Dr Yasmeen Farouk Mohamed
Penerbit: ALAF 21
Tahun Terbit: 2011
Harga : RM13.00
Muka surat: 150
Rating: 5

Ulasan oleh:
Ketua Perpustakaan Daerah Cameron

Friday, February 8, 2013

07. Jangan binasa sifatmu tuan

07. Jangan binasa sifatmu tuan,
Tiada bertemu hamba dengan Tuhan,
Hakikat kita tinggal di jalan,
Segala amalan menjadi haiwan.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, February 7, 2013

Istana Leban Tunggal sebagai Perpustakaan Awam

Perpustakaan Awam Daerah Pekan telah memulakankan perkhidmatannya di bangunan Istana Leban Tunggal. Dinamakan sedemikian kerana terdapat sebatang pokok leban yang besar dikawasan istana ini. Tiada pokok yang lain berada berdekatan pokok leban ini. Pokok ini disebut sebagai pokok leban yang tunggal.

Istana Leban Tunggal dibina pada bulan Mei 1935 dan siap sepenuhnya dalam tahun 1938. Istana ini asalnya dimiliki oleh YAM Tengku Besar Pahang (Tengku Besar Pahang II) (Kerabat Bergelar) Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah.

Pelan unik istana ini telah direka oleh Raja A. Nizam dengan harga RM500.00. Kerja-kerja pembinaan ditawarkan kepada kontraktor Cina dari Bentong dan kerja-kerja keemasan kayu diserahkan kepada tukang kayu Melayu yang mahir.

Kos yang pembinaan istana ini berjumlah lebih kurang $16,000.00. Bersumberkan rujukan di Arkib Negara, Almarhum Tengku Besar Sulaiman telah meminjam wang dari Kerajaan Negeri Pahang sebanyak $13,000.00. Seramai empat belas orang pekerja terlibat dalam pembinaan istana ini.

Setelah Almarhum Tengku Besar Sulaiman mangkat pada tahun 1962. Tengku Abdul Jalil adalah Tengku Besar yang baru yang berhak mendiami istana tersebut. Tengku Abdul Jalil telah memiliki kediaman sendiri yang berdekatan dengan istana tersebut dan menyerahkan kepada pewaris-pewaris yang lain untuk didiami.

Terletak di Jalan Tengku Besar Sulaiman di dalam kawasan Kampung Parit Tengah, Pekan. Berdekatan dengan SMK Ahmad dan SRK Ahmad. Lokasi ini menjadikan bangunan istani ini sesuai dijadikan pusat rujukan dan gedung ilmu bagi para pencinta ilmu di Daerah Pekan.

Akhirnya Kerajaan Negeri Pahang telah membeli istana tersebut dengan harga rm 100,000 dan diwartakan sebagai monumen bersejarah. Dengan kos pengubahsuaian sebanyak RM 500,000.00 dari Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia maka Lembaga Muzium Negeri Pahang telah menyiapkan bangunan ini untuk dijadikan perpustakaan.

LINK:
1. almuazzamshah.blogspot.com (istana-leban-tunggal)
2. alyahya.blogspot.com
3. pekan98.tripod.com
4. vintagemalaya.com
5. jujuebloem.blogspot.com (measured-drawingistana-leban-tunggal)
6. pahanglibrary.gov.my (sejarah perpustakaan awam daerah pekan)

Wednesday, February 6, 2013

Buku 1: 100 Persoalan Mengenai Infertiliti oleh Nik Hazlina Nik Hussain, Shaiful Bahari Ismail

Tajuk: 100 Persoalan Mengenai Infertiliti
PENULIS / PENYELENGGARA: Nik Hazlina Nik Hussain, Shaiful Bahari Ismail
PENERBIT: DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)
NO. KK: 61262120062441
ISBN: 9789834606244
TAHUN TERBITAN: 2010
HALAMAN: 112
Harga: RM17.60

Buku bersiri 100 Persoalan Mengenai Infertiliti ini menghuraikan satu per satu kemusykilan yang sering timbul dan menghantui fikiran pasangan yang mengalami masalah infertiliti.

Untuk menyenangkan para pembaca, persoalan tersebut telah diatur mengikut tema yang sememangnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan kehamilan, kesuburan wanita dan lelaki, proses pengovulan atau penetasan folikel, persenyawaan ovum dan sperma. Melalui buku ini, pembaca akan memperoleh maklumat tentang rawatan teknik bantuan reprodutif yang terkini yang boleh didapti.

Di samping itu, huraian maklumat tentang masalah infertiliti yang lain seperti endometriosis, Sindrom Ovari Polisistik, menopaus pramatang ada dimuatkan di dalam buku ini.

Tidak ketinggalan juga cara untuk mengatasi masalah tekanan perasaan yang kerap kali timbul dalam kalangan pasangan yang kurang bernasib baik kerana masih belum mempunyai anak sendiri.

Buku ini juga memuatkan perihal anak angkat dan cara untuk menyusui anak angkat secara induced lactation bagi wanita yang belum menopaus dan juga bagi wanita yang telah pun menopaus.

LINKS:
dawama.com (100-Persoalan-Mengenai-Infertiliti)

Tuesday, February 5, 2013

Jadual Mesyuarat Pengurusan daerah 2013



Bil LOKASI Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov
1 201 Kuantan KBR









2 202 Temerloh
KBR








3 203 Bentong

KBR







4 204 Jerantut


KBR






5 205 Raub




KBR





6 206 Maran




KBR




7 207 Pekan





KBR



8 208 Lipis







KBR


9 209 Rompin







KBR

10 210 Bera









KBR
11 211 Cameron
KBR








12 601 Jengka

KBR







13 602 Lanchang


KBR