Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, July 31, 2013

Senarai Buku Pilihan

Berikut adalah senarai 41 buah buku pilihan yang menjadi pilihan KPD, KPC dan PZ untuk dibuat ulasan. Termasuk dalam senarai ini juga adalah buku-buku yang popular dipinjam oleh ahli perpustakaan di negeri Pahang.
 LINKS:
Ulasan Buku (28) Ulasan Buku 2013 (69) Ulasan Buku PAC Jengka (6) Ulasan Buku PAC Lanchang (8) Ulasan Buku PAD Bentong (3) ulasan buku PAD Cameron (10) Ulasan Buku PAD Lipis (7) ulasan buku PAD Maran (5) ulasan Buku PAD Pekan (4) Ulasan buku PAD Raub (5) ulasan Buku PAD Rompin (4) Ulasan Buku PAD Temerloh (6) Ulasan Buku PZ4 Maran (1) ulasan buku PZ5 Lipis (1) Ulasan Buku PZ7 Pekan (7) Ulasan Buku PZ8 Bera (2) 

SENARAI 41 BUAH BUKU PILIHAN

17 Sikap Yang Menghalang Keberkatan Rezeki Oleh Abu Aziz Al Mushiri Dan Abu Qistina Al-Madani

500 Tricks Color Terbitan Loft Publications

A Pictorial View Of Its Beauty. Pulau Kukup Oleh Tuan Haji Abu Bakar Bin Mohamed Salleh

Bahagianya Menjadi Pengnatin Sepanjang Masa Oleh Mardiana Mat Ishak

Biar Bidadari Mencemburui Dirimu Oleh Salim A. Fillah

Daddy Long Legs Oleh Jean Webster

F Ariya Di Kota Silsila

F Cinta Kembali Lagi Oleh Ainon Zaini

F Kembalikan Kebahagiaanku Oleh Naeeda

F Khilaf Kasih Oleh Zulaila Zakaria

F Matahariku Oleh  Aina Emir

F Memori Terluka Oleh Eisya Sri Dewi

F Percaya Ada Cinta Oleh Ryana Adrina

F Sebening Rindu Oleh Azhan Kamil

F Selagi Ada Dia Oleh Aisya Sofea

F Sutera Kasih Oleh Sirhan Ansari

F Takdir Yang Terindah Oleh Nana Faiz

F Tentang Cinta Oleh Pahrol Mohd Juoi

Fail Sulit Presiden Amerika Oleh Muhd. Nur Iman Ramli

Himpunan Kisah Teladan Dari Al-Quran Terbitan E-Media Publication Sdn. Bhd 

Jawapan Najib (Itnm)

Kemahiran Komunikasi Interpersonal Dalam Organisasi Oleh Che Hasniza Che Noh (Universiti Malaysia Terengganu)

Makyung: Warisan Mistik Malaysia (Itnm)

Memoir Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Kumpulan Tiga

Memperkasa Jati Diri Remaja -Ilmu Dan Bakat Membina Kerjaya Oleh Muhammad Ismail Ahmad 

Mencari Islam Di China Oleh Ann Wan Seng

Menjadi Remaja Smart Study: Tenang Menjawab Soalan Peperiksaan Oleh Osman Affan

Menjadi Seorang Pelabur Bijak Oleh Zulnada Yaacob

Otak Dan Sistem Saraf: Mesin Manusia

Panduan Lengkap Reproduksi Manusia Dan Rawatan Infertiliti Oleh Muhd Rushdan Md Nor/ Murizah Mohd Zain 

Perangi Sihir Oleh Ansaruddin Agus

Rahsia Kerjaya Graduan Oleh Cr. Muhabir Ibrahim

Riba Dan Isu Kewangan Semasa Oleh Zaharuddin Abd. Rahman (Telaga Biru)

Sains Forensik Oleh Ann Fullick

Tarbiah Anak Dengan Zikir Dan Doa Oleh Zahazan Mohamed

The Right Mindset For Successful Networking

Tip Belajar Saat Akhir Oleh Osman Affan

Underwater Sceneries Of Malaysia Oleh Stephen Ronee Lau

Urutan Mesra Buat Si Manja Oleh Dr. Elaine Fogel Schneider

Ya Allah… Tiba-Tiba Kini Saya Telah Tua

Cahayamata Syaitirah Binti Mokhtar (Pekan Awah)

Tahniah di ucapkan kepada Syaitirah Binti Mokhtar, Pembantu Am Pejabat, Perpustakaan Desa Kg Kabut Pekan Awah kerana telah selamat melahirkan anak sulung lelaki pada jam 1.47 pagi tadi di Hospital Temerloh.

makluman GWeb oleh
azma Tuesday 09:41:52 am 30 July 2013

Tuesday, July 30, 2013

Buku: Riba dan Isu Kewangan Semasa oleh Zaharuddin Abd. Rahman (Telaga Biru)

Buku: Riba dan Isu Kewangan Semasa oleh Zaharuddin Abd. Rahman (Telaga Biru)

Umum telah pun mengetahui bahawa agama Islam amat tegas dalam amalan riba iaitu amalan yang keji dan tergolong dalam salah satu dosa besar.

Dari segi bahasa digambarkan bahawa riba membawa maksud tambahan atau kenaikan, dan diperjelaskan dalam istilah riba iaitu bunga berganda yang membebankan.

Riba muncul dan bermaharajalela sejak zaman jahiliah lagi, yang mana ia jelas menunjukkan penindasan terdapat orang yang berharap dan orang yang miskin.

Istilahnya "membantu kemudian membunuh". Apabila Islam muncul, riba dikeji dan diperangi habis-habisan.

Amalan riba diharamkan kerana tiada keadilan kepada orang yang memerlukan dan perlakuan riba itu adalah perbuatan zalim yang melampau.

Kini pada akhir zaman, riba muncul semula tetapi dalam situasi yang 'berhemah' dengan simbolnya 'mengikut kemampuan semasa'





BUKU 1: 17 SIKAP YANG MENGHALANG KEBERKATAN REZEKI oleh Abu Aziz Al Mushiri dan Abu qistina Al-Madani

No Perolehan:06/00012
Call No. : D 297.2 ABU
ISBN: 993-09-515-1
Bahasa: Melayu

Ulasan:
17 Sikap yang menghalang keberkatan rezeki mengupas pelbagai sebab yang menjadi tertutupnya pintu rezeki.

Rezeki merupakan anugerah daripada Allah SWT kepada semua makhluk yang diciptakan-Nya.Allah SWT Maha Kuasa untuk memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan berkuasa pula untuk menahan rezeki terhadap sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Rezeki adalah pemberian Allah SWT sehingga membolehkan kita melayari kehidupan ini samada rezeki berupa harta, nyawa, kesihatan, umur yang panjang dan sebagainya.

Oleh itu, sewajarnya kita bersyukur kepada Allah SWT di atas rezeki yang diberikan-Nya kepada kita sehingga kita dapat meneruskan kehidupan ini.Bagaimanapun terdapat ramai yang cuai dalam memahami makna rezeki, sehingga mereka sanggup melupakan nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.

Buku ini mendedahkan perangai dan watak golongan yang terpesona dengan keindahan dunia sehingga mereka melupakan keindahan akhirat.Mereka bertindak melampaui batas dengan melanggar syariat sehinggakan Allah SWT menutup pintu rezeki serta keberkatan mereka.

Walaupun mereka pada zahirnya mereka serba berkecukupan namun pada hakikatnya merekalah golongan yang merana dan terseksa samada di dunia mahupun akhirat.

Semoga dengan pembacaan buku ini dapat memberi panduan kepada umat Islam agar kita dapat menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan rezeki yang Allah SWT limpahkan.

Tajuk: 17 Sikap Yang Menghalang Keberkatan Rezeki
Penulis: Abu Aziz Al Mushiri dan Abu qistina Al-Madani
Penerbit: Al Hidayah
Harga: RM 15.00
Mukasurat: 242 ms

Buku : 500 tricks color terbitan LOFT Publications

No Perolehan: 05032
Call No.  747.94 FIV
ISBN: 978-84-9936-239-7
Bahasa: Inggeris
Kategori: Kesenian

Ulasan:
Buku ini menerangkan mengenai warna yang merupakan kunci kepada perhiasan.

Buku ini memberikan idea dan nasihat dalam menggunakan warna untuk disesuaikan dengan perabot dan perhiasan di dalam rumah. Warna memainkan peranan yang penting dalam senibina dan hiasan dalaman.

Penggunaan warna yang bersesuaian akan menjadikan lagi suasana di dalam rumah menarik dan selesa.

Penggunaan warna yang betul diperlukan bagi memastikan ia boleh menyerlahkan suasana di dalam rumah.

Buku ini mengandungi teknik-teknik yang betul dalam memilih warna dan terdapat pelbagai gambar yang menunjukkan kombinasi warna yang betul bagi setiap bahagian dalam rumah.

Judul: 500 Tricks Color
Pengarang:
Penerbit: LOFT Publications
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 67.55
Muka surat: 255
Rating : 4/5

Monday, July 29, 2013

Terokai Kehebatan Dunia Buku Dengan ‘ebrary’/Explore The Excitement in the Book World With ‘ebrary’

u-Pustaka menerusi sumbangan Perpustakaan Negara Malaysia menawarkan pangkalan data ‘ebrary’ kepada anda yang menyediakan akses secara teks penuh kepada lebih dari 170,000 e-buku dan bahan-bahan ilmiah daripada lebih 500 penerbit.

Dapatkannya menerusi capaian di http://www.u-pustaka.gov.my dan pilih Carian (Book Finder) seterusnya klik pada Sumber Elektronik (E-Resources) dan pilih ‘ebrary’. Pilih ‘Search’ untuk memulakan pencarian buku-buku yang anda ingini.

Selamat melayari ebrary!

u-Pustaka brings unto you windows of knowledge through EBRARY, through the subscription by the National Library of Malaysia. Explore the wealth of knowledge encompassing more than 170,000 e-books from more than 500 publishers.

Get it via http://www.u-pustaka.gov.my and select ‘Book Finder’, followed by ‘E-Resources’ and finally select ‘ebrary’. Select 'Search' to start your knowledge journey.

Enjoy your knowledge exploration with ebrary!

Buku : Menjadi Seorang Pelabur Bijak oleh Zulnada Yaacob

Judul Buku : Menjadi Seorang Pelabur Bijak
No Perolehan: D 11 / 00101
No Panggilan: D 332.678
ISBN: 978 967 5426 48 3
Bahasa: Melayu

Ulasan Ringkas:

Ilmu tentang pelaburan sebenarnya amat penting walaupun terdapat ramai individu memandang remah perkara ini.Pelaburan ibarat menyemai benih yang subur,ia merupakan tindakan yang berwawasan untuk kesejahteraan di masa akan dating.
   

Buku ini dapat membantu para pembaca menjadi individu yang celik pelaburan,memahami perkara yang sebenar tentang pelaburan.   
Tajuk Buku: Menjadi Seorang Pelabur Bijak

Penulis: Zulnada Yaacob
Penerbit: Must Read Sdn Bhd
Tahun Terbitan: 2012 (Cetakan Kedua)
Halaman: 158
Harga: RM 19.90


Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali

Friday, July 26, 2013

31. Hidup tiada ingat akan mati

 31. Hidup tiada ingat akan mati,
Bersuka ria sepanjang hari,
Hanya harta dapatkan diri,
Tiga lapis kain kapan sahaja dia beri.


SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Tuesday, July 23, 2013

Akses Kepada Ensiklopedia Britannica Versi Elektronik-Mudah & Percuma!

Kemudahan u-Pustaka Terkini: Akses Kepada Ensiklopedia Britannica Versi Elektronik-Mudah & Percuma!

MEMBAWA ENSIKLOPEDIA BRITANNICA KE MANA SAHAJA DAN PERCUMA? KINI DENGAN VERSI ‘ONLINE REFERENCE CENTER’ SEGALANYA BOLEH!

u-Pustaka menerusi sumbangan Perpustakaan Negara Malaysia kini telah membuka peluang kepada seluruh pengguna u-Pustaka untuk mengakses maklumat dengan kemudahan yang lebih canggih menerusi capaian kepada Ensiklopedia Britannica versi pusat rujukan atas talian.
Ensiklopedia ini adalah portal yang menyediakan akses kepada semua 32 jilid terbitan yang merangkumi lebih 72,000 artikel dalam bentuk teks, gambar dan video.Ianya amat menarik dan begitu mudah digunakan oleh sesiapa sahaja !

Dapatkannya menerusi capaian di http://www.u-pustaka.gov.my dan pilih Carian (Book Finder) seterusnya klik pada Sumber Elektronik (E-Resources) dan pilih ‘Encyclopaedia Britannica Online (EBO)’.

Selamat melayari Ensiklopedia Britannica!

Monday, July 22, 2013

ANUGERAH PENYUSUN BUKU CEMERLANG (APBC) JUN 2013

NAMA :   MUSTAKIM BIN ABDUL MAJID
JAWATAN :   PEMBANTU AM PEJABAT
NO RAK :   24 - 27

Buku : Mencari Islam Di China oleh Ann Wan Seng

Judul Buku : Mencari Islam Di China
No Perolehan: D 11/00100
No Panggilan: D 297.0951 ANN
ISBN: 978 967 5426 30 6
Bahasa: Melayu



Ulasan Ringkas:
    Negara China sering kali dikagumi sebagai sebuah Negara yang kaya dengan tradisi,tamadun dan peradaban yang tinggi.Namaun begitu,ramai yang tidak menyedari bahawa umat Islam turut memberi sumbangan dan memainkan perana yang besar di sebalik kejayaan  dan pencapaian China sebagai sebuah empayar yang dihormai dan digeruni berabad-abad lamanya.
    Kehadiran Islam di China mula dikesan sejak abad ke 7 lagi dengan kehadiran pedagang Arab yang membawa ajaran agama Islam.
    Buku ini bukan sekadar berusahan menjejaki semula tapak-tapak Islam di China,tetapi juga memberi gambaran kepada pembaca tentang potensi yang ada pada Negara itu untuk menjadi medan dan wasilah kebangkitan Islam pada akhir zaman.

Tajuk Buku: Mencari Islam Di China
Penulis: Ann Wan Seng
Penerbit: Must Read Sdn Bhd
Tahun Terbitan: 2012 (Cetakan Ketiga)
Halaman: 224
Harga: RM 23.00

Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali

Friday, July 19, 2013

30. Wahai saudara tua dan muda

30. Wahai saudara tua dan muda,
Fikirkanlah kamu sentiasa,
Janganlah seperti orang yang buta,
Tinggal ilmu mencari harta.


SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Tuesday, July 16, 2013

Kemudahan u-Pustaka Terkini: Membaca & Mendengar Kandungan Suratkhabar Menerusi Library PressDisplay

MENDENGAR KANDUNGAN SURATKHABAR ? KINI DENGAN LIBRARY PRESSDISPLAY SEGALANYA BOLEH!

u-Pustaka menerusi sumbangan Perpustakaan Negara Malaysia kini telah membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengakses maklumat dengan kemudahan yang lebih canggih menerusi capaian kepada Library PressDisplay.

Library PressDisplay adalah portal yang menyediakan akses kepada semua 2200 judul suratkhabar dan majalah dari lebih 97 negara yang merangkumi 54 jenis bahasa.

Pengguna akan menikmati pengalaman menarik dengan kemudahan interaktif, gambaran visual dan audio sumber berita terkini yang mudah digunakan oleh sesiapa sahaja !

Anda bukan sahaja mendapat maklumat terkini tetapi juga berpeluang mempelajari budaya dan bahasa asing dari seluruh dunia.

Dapatkannya menerusi capaian di http://www.u-pustaka.gov.my dan pilih Carian (Book Finder) seterusnya klik pada Sumber Elektronik (E-Resources).

Sila login sebagai 'nlm@library.pressdisplay.com' dan masukkan kata laluan sebagai 'welcome'.

Sunday, July 14, 2013

Buku: Nyanyian Rakyat oleh Aripin Said

Buku: Nyanyian Rakyat oleh Aripin Said

Nyanyian Rakyat
Aripin Said
Gumum Gemilang
2011

Nyanyian rakyat : warisan bangsa merupakan sebuah naskah lengkap bagi
rujukan berkaitan kewujudan puisi dikalangan rakyat negeri Pahang.

Naskah
ini ada menyingkap perkembangan sejarah Nyanyian Rakyat itu sendiri.
Pembaca sendiri bakal memahami apa yang dimaksudakan dengan Nyanyian
Rakyat itu.

Disusun dengan baik dalam memberi pemahaman kepada pembaca
bagaimana peranan nyanyian rakyat di negeri Pahang.

Naskah ini juga
berusaha untuk menyampaikan dalam memberi pembaharuan dalam nyanyian
rakyat ini seiring dengan perkembangan semasa.

Friday, July 12, 2013

Buku 10: Fail Sulit Presiden Amerika oleh Muhd. Nur Iman Ramli

No Perolehan: DCAM 04421
Call No.: 973.9092 MUH
ISBN: 978-967-411-007-9
Bahasa: Melayu
Kategori: Geografi & Sejarah Am

Fail sulit Presiden Amerika, sudah lama diperkatakan pelbagai perkara perihal Presiden Amerika Syarikat. Ada yang mengaitkan mereka denganYahudi. Lebih daripada itu, ada yang mengaitkan mereka dengan gerakan rahsia seperti Freemason dan Illuminati. Presiden Obama juga dikatakan tidak terkecuali. Ini lebih jelas apabila Obama memilih membunuh Osama.

Fail ini mengandungi maklumat-maklumat unik dan penting perihal presiden.

Antaranya
1.Pembunuhan Presiden Kennedy
2.Sumpahan Tecumseh
3.Hantu Presiden Lincoln
4.Beg sulit Nuclear Football
5.Mengapa penting untuk Amerika berkawan dengan Israel?
6.Kumpulan sulit di belakang presiden

Dengan maklumat-maklumat ini, banyak perkara dapat difahami. Kita perlu mengambil kira data yang diberikan bagi membuat keputusan. Data dan maklumat tidak boleh dibocorkan, sama ada dengan sengaja ataupun tidak.

Judul: Fail Sulit Presiden Amerika
Pengarang: Muhd. Nur Iman Ramli
Penerbit: PTS Millenia
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM20.00
Muka surat: 248
Rating: 4

29. Wahai segala saudara-saudaraku

 29. Wahai segala saudara-saudaraku,
Mengenal Kaabah biarlah tentu,
Jikalau tak kenal Kaabah itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.

 SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, July 11, 2013

Buku 9: Daddy long Legs oleh Jean Webster

No Perolehan: DCAM 04383
Call No.: F WEB
ISBN: 978-967-401-094-2
Bahasa: Melayu
Kategori: Fiksyen

Ulasan:
Mengisahkan perjalanan hidup seorang budak perempuan yatim piatu bernama Judy dan ayah angkatnya. Pelbagai peristiwa yang dialami untuk dia berjaya. Ikuti kisah suka duka Judy bersama ‘Ayah Kaki Panjang’ yang menarik.

Judul: Daddy Long Legs
Pengarang: Webster, Jean
Penerbit: PTS One
Tahun Terbit: 2012   
Harga: RM14.00
Muka surat: 154
Rating: 5

Wednesday, July 10, 2013

Buku 8: Sains Forensik oleh Ann Fullick

No Perolehan: DCAM 04544
Call No.: 363.25 FUL
ISBN: 978-983-068-456-7
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan:
"Sains memberi kita ilmu dan keupayaan untuk membantu orang lain dengan cara yang paling baik."

Adakah anda tahu bahawa ke mana sahaja anda pergi dan apa sahaja yang anda buat, anda akan meninggalkan kesan? Adakah anda tahu bahawa pada masa hadapan, pangkalan data DNA boleh menyimpan maklumat setiap orang di dunia ini?

Oleh itu, bagaimanakah teknik forensik baharu dapat menyelesaikan kes jenayah?

Judul: Sains Forensik
Pengarang: Ann Fullick
Penerbit: Institut Terjemahan Negara
Tahun Terbit: 2010   
Harga: RM20.00
Muka surat: 63
Rating: 4

Tuesday, July 9, 2013

Buku 7: Urutan Mesra Buat Si Manja oleh Dr. Elaine Fogel Schneider

No Perolehan: DCAM 04410
Call No.: 649.4 SCH
ISBN: 978-967-369-145-6
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Teknologi


Ulasan:
Langkah demi langkah, mudah, dan berkesan.
Anak sihat dan ceria, ibu bapa bahagia.
Kuasa sentuhan dan urutan sudah dibuktikan secara saintifik mempunyai kesan yang baik kepada bayi anda.

Antara kebaikan mengurut bayi adalah seperti berikut:

- Membantu perkembangan dan tumbesaran badan bayi
- Meningkatkan perkembangan otak bayi
- Bayi lebih sihat dan selamat daripada serangan penyakit
- Memberi ketenangan dan keselesaan kepada bayi

Mengurut bayi juga mempunyai manfaat yang besar kepada ibu bapa. Antaranya:
- Mengurangkan stres dan tekanan perasaan
- Meningkatkan keyakinan dan kemahiran mendidik anak
- Membina hubungan erat dan berkekalan dengan anak tersayang

Judul: Urutan Mesra Buat Si Manja
Pengarang: Dr. Elaine Fogel Schneider
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2012   
Harga: RM38.00
Muka surat: 203
Rating: 5

Monday, July 8, 2013

Buku 9: Bertahajjudlah Nescaya Engkau Akan Mulia!; Selok Belok Tahajjud Yang Belum Terungkap oleh Muhammad Muhyidin

Buku 9: Bertahajjudlah Nescaya Engkau Akan Mulia!; Selok Belok Tahajjud Yang Belum Terungkap oleh Muhammad Muhyidin

No.Perolehan : 13-03700

Call No : 297.38 BER

ISBN: 5984785

Bahasa: Melayu

Kategori: Agama

Ulasan:
Memang tidak dapat disangkal tentang hebatnya kesan Solat Tahajjud berdasarkan pengalaman dan apa yang dialami oleh pengamalnya. 
       
Buku ini menyajikan penelitian tentang kemuliaan solat tahajjud yang belum dirungkai sebelum ini.  Melaluinya juga pembaca dapat bukti serta pengakuan tentang kedahsyatan serta fadilat solat tahajjud berdasarkan pengalaman oleh pengamalnya.
 
Buku ini memberi fakta yang benar tentang bagaimana fadilat solat tahajjud ini boleh dinikmati oleh pengamalnya yang telah hidup dalam kebahagiaan dan limpahan harta kekayaan.  Ia juga menyingkap tirai rahsia janji Allah S.W.T bagi para pengamal solat tahajjud yang tidak dapat diukur dan dinilai oleh mana-mana manusia secara logiknya.

Ayuh! Bangunlah dari tidurmu, saudaraku, berwuduklah, hamparkanlah sejadah, bertahajjudlah sementara nafas-nafas kita beralun tenang!  Rebutlah kemuliaan hidup bersama solat tahajjud di sebalik tabir sunyi dan kedinginan malam…

Judul: Bertahajjudlah Nescaya Engkau Akan Mulia!; Selok Belok Tahajjud Yang Belum Terungkap

Pengarang: Muhammad Muhyidin

Penerbit: Al-Hidayah House Sdn Bhd

TahunTerbit: 2011

Harga: RM15.00

Muka Surat: 238

Disediakan oleh :
Fazilarwati binti Abdul Hadi
KPC Jengka

Friday, July 5, 2013

28. Siapa beramal dengan Jahalnya

28. Siapa beramal dengan Jahalnya,
Tiada tahu sah batalnya,
Amal tiada diterima Tuhanya,
Di dalam neraka kekallah kita.


SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com