Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, March 6, 2014

Demo produk 'Leap Motion Controller' di Perpustakaan Awam Pahang, Kuantan

Pada 5hb Mac 2014, kakitangan dan pegawai di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah berpeluang melihat teknologi produk Leap Motion. Apa yang selami ini dapat dilihat dalam cerita-cerita wayang rupanya telah menjadi nyata melalui produk Leap Motion.

 Leap Motion , Inc adalah sebuah syarikat di Amerika yang mengeluarkan dan memasarkan peranti/sensor bagi perkakasan komputer yang membolehkan tangan dan jari digunakan sebagai ganti kepada penggunaan 'mouse' sehingga tidak memerlukan sentuhan tangan kepada komputer. 

 Leap Motion telah bekerjasama dengan ASUS untuk mengeluarkan 'high-end notebooks dengan fungsi all-in-one PCs (AIO PCs)" serta mempunyai teknologi terbaru Leap Motion. 

Leap Motion juga mempunyai perjanjian dengan Hewlett Packard untuk menerapkan teknologi terbaru ini dalam komputer HP. Dilaporkan juga Leap Motion akan memasukkan teknologi ini dalam sebelas peranti HP, termasuk keyboard dan komputer riba.

'Leap Motion Controller' adalah alat persisian USB kecil yang direka bagi membolehkan pengguna menikmati teknologi 'dalam wayang'. Alat ini disambungkan pada komputer  dengan menghadap ke atas 

  'Leap Motion controller'  menggunakan dua kamera IR monokromatik dan tiga LED inframerah , peranti ini akan berfungsi dalam jarak kira-kira 1 meter ( 3 kaki). LED  'controller'  akan menjana corak 3D inframerah  dan kameranya  menghasilkan gambar 300 bingkai sesaat yang ditunjukkan dalam bentuk data.

Puan Rosmaliza sedang mencuba 'tarian' tangan yang diperlukan untuk menikmati teknologi Leap Motion. Puan Marian dan Puan Rosmawati kagum melihat kelembutan 'tarian' jari-jari Puan Rosmaliza. Saiz jari tidak menjadi syarat untuk mahir menggunakan teknologi Leap Motion ini.

En. Mohd Noor dan Puan Rosamaliza sedang bersaing dalam mengerakkan jari-jemari masing. Jari-jari En. Mohd Noor kelihatan lebih keras dan tegar berbanding dengan gaerakan jari Puan Rosmaliza. Walaupun saiz jari dikatakan tiada kaitan dengan kecekapan penggunaan teknologi Leap Motion ini.tetapi lembut atau keras jari ada sedikit kesan.

En. Faizal En. Firadus Vespa, En. Saiful KNP dan En. Amer Koporat kagum dan terpegun melihat teknik yang digunakan oleh Puan Rosmaliza dan En. Mohd Noor.  Tetapi masing-masing masih malu-malu untuk 'menari' dihadapan kawan-kawan.

Manakala Puan Nadzirah IT dan Puan Hawa Katalog tidak sabar-sabar untuk menunggu giliran untuk mencuba 'tarian' jejari lentik mereka dalam menggunakan teknologi Leap Motion.. Keadan penggunaan sekarang lebih kepada pengunaan jari tetapi dengan Leap Motion kita perlu mahir mengerakkan jari dan tangan sekali gus. Pembekal akan memberikan latihan 'menari' untuk melembutkan tangan-tangan yang keras dan kaku.

Mungkin satu masa nanti, setelah penggunaan teknologi Leap Motion ini telah meluas sampai ke kampung-kampung, kita akan melihat orang seakan-akan bersilat seorang diri ketikan menggunakan komputer. Sebab orang menggunakan komputer tidak lagi duduk dan tunduk. Dengan  Leap Motion mereka akan bersilat dan menari. sama-samalah kita tunggu.

Harga yang ditawarkan adalah lebih kurang RM500.

No comments: