Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, March 31, 2014

Pertandingan Fotografi UTC Pahang 2014 (UTC Pahang Photo Contest 2014)

UTC Pahang bakal menyambut ulangtahun pertamanya pada bulan April 2014. Pengurusan UTC Pahang akan mengadakan Pertandingan Fotografi UTC Pahang pada 1-7hb April 2014. Pertandingan terbuka kepada semua ahli dan peminat fotografi.

Peserta perlu mengambil gambar dengan cara yang menarik dan dapat nenonjolkan keberkesanan perkhidmatan UTC Pahang kepada masyarakat dengan tema "PENGUNJUNG UTC PAHANG". "Pengunjung UTC Pahang" bermaksud apa juga subjek yang mengambarkan gelagat pengunjung, pelanggan dan orang ramai yang berurusan di UTC Pahang atau memberi perkhidmatan atau melakukan pelbagai aktiviti di UTC Pahang. Peserta boleh juga menggunakan model yang ditanggung sendiri oleh peserta. Dan... yang penting Gambar MESTI dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd sahaja. Cetak ditempat lain tidak diterima.
.
Penyampaian hadiah diadakan pada 9 April 2014.
.
Hadiah pertama:
Wang tunai RM700.00 serta sijil dan 
kupon bagi penggunaan percuma bagi kemudahan berbayar di UTC Pahang.
.
Hadiah kedua:
RM350.00 serta sijil
.
Hadiah ketiga
RM200.00 serta sijil
Lima hadiah saguhati:
.
RM50 serta sijil
.
Untuk maklumat lanjut
Puan Sharifah bt Muhammad Ali
09-5124999
013-9815429
email: sharifah@mpk.gov.my
Faks: 09-5124089
.
TARIKH TUTUP
7 APRIL 2014
Download BORANG Pertandingan Fotografi UTC Pahang 2014
1. Tema Pertandingan Fotografi UTC Pahang adalah "Pengunjung UTC Pahang"
2. "Pengunjung UTC Pahang" bermaksud apa juga subjek yang mengambarkan gelagat pengunjung, pelanggan dan orang ramai yang berurusan di UTC Pahang atau memberi perkhidmatan atau melakukan pelbagai aktiviti di UTC Pahang.
3. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia kecuali kakitangan
Majlis Perbandaran Kuantan dan WTY Foto Sdn. Bhd.
4. Kamera digital sahaja dibenarkan.
5. Penyertaan perlu disertakan dengan gambar warna saiz (minima) 8"x12" dan disertakan dengan CD.
6. Penggunaan teknik pengambaran dan cetakan boleh dipertimbangkan.
7. Saiz minima gambar 3MB.
8. Dibelakang gambar perlu ada
- Nama penuh
- Alamat / No. Telefon
- No. KP
- Tajuk gambar
- Lokasi gambar
9. Gambar MESTI dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd.

No comments: