[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Friday, April 25, 2014

Buku 7 : 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

Buku : 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
No Perolehan    : 12/00923
No Panggilan    : D 613.088297
Bahasa        : Melayu


Ulasan Ringkas:
365 Tip Sihat Gaya Rasulullah ini merumuskan penduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islam yang sudah diajar oleh Rasulullah kepada kit 1400 tahun yang lalu.

Buku ini diperincikan supaya kita dapat mempraktikan dalam tempoh setahun.Ia bukan sekadar menyentuh aspek kesihatan fizikal,malah juga menyentuh dan memperjelaskan aspek penjg=again kesihatan rohani,emosi dan sosial..

Tajuk Buku       
: 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
Penulis       
: Dr.Mohammad Ali Toha
Penerbit   
: PTS Millennia Sdn.Bhd.
ISBN           
: 978 983 3372 71 3
Tahun Terbitan   
: 2012
Halaman       
: 138
Harga       
: RM 10.90

13 Bird Count 2014 - sijil penghargaan

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Berikut adalah majlis penyampaian cenderamata kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan Bird Count 2014 Taman Negara.
1.Encik Abu Zahrin (Penguasa Taman Negara), Encik Idros Yahya (Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Pahang), Encik Nathan (Pengurus Taman Negara Mutiara Resort) dan Encik Abdul jalil b Abdul rahman (Pengerusi Persatuan Pengusaha pelancongan taman Negara Pahang)
2.Jenis Burung Pungguk adalah Burung Pungguk Api dan  Burung Pungguk Jelapang. Jenis Burung Puyuh adalah  Burung Puyuh Kaki Kuning dan Burung Puyuh Tanah. Jenis burung raja adalah Burung Raja Udang dan Burung Rajawali
3.Jenis burung rimba adalah Burung Rimba Apit Gunung, Burung Rimba Bercelak, Burung Rimba Berjalur, Burung Rimba Borneo, Burung Rimba Cekop Belalang, Burung Rimba Cekup Kunyit, Burung Rimba Dahan, Burung Rimba Ekor Pendek, Burung Rimba Genting, Burung Rimba Hitam, Burung Rimba Hulu, Burung Rimba Jambul Putih, Burung Rimba Mahkota Merah, Burung Rimba Malaysia, Burung Rimba Merbah Sampah, Burung Rimba Murai Coklat, Burung Rimba Murai Gunung, Burung Rimba Pong-pong, Burung Rimba Riang, Burung Rimba Sampah, Burung Rimba Telinga Perak dan Burung Rimba Tunggal.
4.Jenis Burung Sang Serok adalah Burung Sang Serok Gunung, Burung Sang Serok Rimba dan Burung Sang Seruk Rimba
5. Jenis burung segan adalah Burung Segan Besar, Burung Segan Bintik Mas dan Burung Segan Jawa. Jenis Burung Siul adalah Burung Siul Berjambul, Burung Siul Bertam, Burung Siul Dada Merah, Burung Siul Kepala Merah, Burung Siul Onak, Burung Siul Selanting dan Burung Stom-petrel Wison.
6. Jenis burung sekendi adalah Burung Sekendi Bahu Putih, Burung Sekendi Besar, Burung Sekendi Kepala Hitam, Burung Sekendi Kilat, Burung Sekendi Licin dan Burung Sekendi Sudu Muka Hitam
7.Jenis burung serai adalah Burung Serai Bakau dan Burung Serai Sultan. Jenis burung serindit adalah Burung Serindit, Burung Serindit Biasa dan Burung Serindit Rambai.

Thursday, April 24, 2014

Buku: Mama, saya lapar… oleh Wardina Safiyyah

Buku ini sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah mengenai pemakanan anak-anak dan memastikan anak-anak mengambil makanan yang seimbang untuk keperluan bagi tumbesaran dan kesihatan mereka.

Buku ini terdapat banyak tip dan panduan serta nasihat daripada pakar pemakanan disamping kaum ibu boleh mencuba resepi yang pelbagai kepada anak-anak.

Antaranya ialah kepentingan kalsium, khasiat susu ibu, jauhi makanan ringan, karenah anak-anak terhadap makanan, khasiat sayur dan banyak lagi maklumat berguna yang dapat dipraktikkan untu kanak-anak.

Sebagai ibubapa perlu mementingkan penyediakan makanan yang berkhasiat untuk kanak-kanak. Amalan pemakanan sihat adalah hadiah yang tiada tandingan kepada anak.

Ia akan menjamin pembentukan fizikal dan mental serta kesejahteraan hidup mereka untuk melangkah ke alam dewasa.

No Perolehan: 11/00056PJ
No ISBN: 978-983-124-566-8
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa
Judul: “Mama, saya lapar…”
Pengarang: Wardina Safiyyah
Penerbit: Grup Buku Karangkraft Sdn Bhd
Tahunterbitan: 2010
Harga: Semenanjung Malaysia: RM 19.90 / Sabah & Sarawak: RM22.90
Mukasurat    : 165ms


Disediakan oleh:-
Nurul Afzan Binti Mohamed
Penyelia Zon 8, Bera.

Friday, April 18, 2014

12 Bird Count 2014 - Pependang, Perling, Salleh Daeng, Asrul Perhilitan dan tanam pokok

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Jenis burung Pependang adalah Burung Pependang Kecil dan Burung Pependang Timur. Jenis burung perenjak adalah Burung Perenjak Bukit, Burung Perenjak Padi, Burung Perenjak Pisang, Burung Perenjak Rimba dan Burung Perenjak Sampah. Jenis burung pergam adalah Burung Pergam Batu,  Burung Pergam Besar, Burung Pergam Gunung, Burung Pergam Haji, Burung Pergam Hijau dan Burung Pergam Rawa
2.Jenis Burung Perling adalah Burung Perling Bahu Putih, Burung Perling Belakang Ungu, Burung Perling Burma, Burung Perling Mata Merah dan Burung Perling Pipi Perang. Jenis burung Burung Petral Bulwer, Burung Petral Swinhoe dan Burung Petrel Badai Coklat. Jenis burung pikau adalah Burung Pikau dan Burung Pikau Batu.
3.Encik Salleh Daeng (UiTM Shah Alam) memaklumkan bahawa UiTM banyak mengadakan kajian tentang Sungai Tembeling. Terdapat 200 kajian berkaitan Taman Negara dan Sungai Tembeling telah siap dilakukan dan dibukukan.
4.Encik Asrul dari Pejabat PERHILITAN Negeri Sembilan adalah orang pandai burung yang banyak membantu dalam Bird Count Taman Negara.
5.Taman Negara harus diberikan perlindungan dari musuh-musuh Eco Sistem. Pencemaran dikawasan berhampiran Taman Negara akan memberikan kesan yang amat bahaya kepada kepada kestabilan alam sekitar dan eco sistem di Taman Negara.
6.Kehadiran burung-burung di Taman Negara boleh dijadikan sebagai penanda aras terhadap kestabilan eco sistem di Taman negara. Sehingga kini Taman Negara telah merekodkan lebih kuran 470 jenis burung yang tinggal di kawasan Taman negara.
7. Hutan di Taman Negara jiga dijadiken tempat persinggahan bagi burung 'pelancong' yang singgah sebentar untuk berihat sebelum meneruskan perhijrahan ke tempat tujuan.
8.Jenis-jenis Burung Pipit adalah Burung Pipit Batu, Burung Pipit Dada Kuning, Burung Pipit Jawa,  Burung Pipit Kuning, Burung Pipit Padang, Burung Pipit Padi, Burung Pipit Pelanduk, Burung Pipit Pinang, Burung Pipit Rawa, Burung Pipit Rimba, Burung Pipit Tanah, Burung Pipit Tuli dan Burung Pipit Uban.
9.Jenis-jenis burung punai adalah Burung Punai Bakau, Burung Punai Bakok, Burung Punai Bakuk,  Burung Punai Bukit, Burung Punai Daun, Burung Punai Dekut, Burung Punai Ekor Panjang, Burung Punai Emas, Burung Punai Gading, Burung Punai Gunung, Burung Punai Jambu, Burung Punai Kericau, Burung Punai Lengguak, Burung Punai Rimba, Burung Punai Siam, Burung Punai Tanah dan Burung Punai Tengkuk Hitam.

Buku 6: Cara Holistik Menangani Kesihatan Penyakit Jantung Krononari

Buku: Cara Holistik Menangani Kesihatan Penyakit Jantung  Krononari

Ulasan    :
Buku Cara Holistik Menangani Kesihatan Penyakit Jantung  ini memuatkan mengenai jantung Koronari secara ringkas dan mudah difahami oleh pembaca.  Mulai dari pengenalan penyakit, rangkaian gejala penyakit, penyebab, pencegahan serta pengubatan turut disertakan.

Terdapat pelbagai jenis penyakit jantung tetapi penyakit jantung yang umumnya ditakuti adalah jantung koronari.  Penyakit jantung koronari salah satu penyebab utama kematian.
       
Ayuh teliti semua penjelasan di dalam buku ini.  Anda akan mengetahui tentang penyebab serta cara pencegahan melalui terapi herba, terapi diet dan terapi jus.

Buku: Cara Holistik Menangani Kesihatan Penyakit Jantung  Krononari
Penerbit    Synergy Media
Tahun Terbit    2013
Harga    RM11.92
Muka Surat    85
No.Perolehan    13-04408
Call No    641.56 CAR
ISBN    9789673719020
Bahasa    Melayu
Kategori    Teknologi   

Disediakan oleh        :   
Fazilarwati binti Abdul Hadi
PAC Jengka       

Wednesday, April 16, 2014

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)


Kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakan JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama. Tarikh 22 April 2014 jam 10.00 hingga 10.10 pagi telah dipilih sebagai tarikh dan waktunya.

Konsep JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan Earth Hour.

Friday, April 11, 2014

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)


Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

MEMBACA SERENTAK SE MALAYSIA.

Tarikh: 22 April 2014
Hari: Selasa
Mula: 10.00 pagi
Hingga: 10.10 pagi
Masa: 10 minit.
Tempat: Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut.
"Bacaan apa-apa bahan yang bermanafaat"

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

11 Bird Count 2014 - ucapan

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Turut hadir adalah En. Nathan Pengurus Taman Negara Mutiara Resort dan Zamri Mat Ami Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Taman Negara pahang.
2.  Encik Abdul Jalil Abdul Rahman Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang. Usaha untuk menjadikan aktiviti 'memburung ' sebagai daya tarikan pelancong telah dibincang sebara 'bawah pokok'. Usaha ini akhirnya benar-benar berjaya sampai ke tahap ini. Tahniah kepada semua yang terlibat.
3.Jenis-jenis burung pekaka adalah: Burung Pekaka, Burung Pekaka Api, Burung Pekaka Bakau, Burung Pekaka Belacan, Burung Pekaka Belukar, Burung Pekaka Bintik-bintik, Burung Pekaka Buaya, Burung Pekaka Bukit, Burung Pekaka Cit-cit, Burung Pekaka Dendang, Burung Pekaka Dusun, Burung Pekaka Kaing-kaing, Burung Pekaka Kepala Hitam, Burung Pekaka Kupiah Hitam, Burung Pekaka Mas, Burung Pekaka Paruh Pendek, Burung Pekaka Rimba, Burung Pekaka Rimba Besar, Burung Pekaka Sepah, Burung Pekaka Sungai dan Burung Pekaka Ungu.
4.Encik Abu Zahrin b Ismail Penguasa Taman Negara Pahang. Beliau mahu masyarakat tempatan di kuala Tahan dilibat dalam semua program dan perancangan yang berkaitan dengan Taman negara dan Kuala Tahan.
5. Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang, En. Idros Yahya. Bird Count Taman Negara 2014 ini adalah usaha awal Kementerian pelancongan untuk membawa aktiviti 'memburung' ke Taman Negara. Beliau berharap di Pahang akan ada dua tempat untuk aktiviti 'memburung' iaitu Bukit Freazer dan Taman negara.

Buku 5: Judul 80 Hidangan Lengkap Kumpulan Darah B oleh Prof.Dr.Ali Khomsan

Buku: Judul 80 Hidangan Lengkap Kumpulan Darah B

Ulasan

Buku ini mengandungi pelbagai jenis menu serta resepi sihat yang sesuai untuk mereka yang mempunyai  kumpulan darah B.  Ia sebagai panduan dalam menyusun menu harian bermula daripada nasi, lauk, hidangan sayur, buah serta teh herba.  Bahan yang digunakan juga mudah diperoleh.  Gambar yang berwarna-warni serta cara penyediaan makanan yang disyorkan amat jelas dan menarik dipaparkan di dalam buku ini.

Menurut Prof. Dr. Ir. Ali Khomsan, secara garis besar, jenis kumpulan darah manusia dibezakan menjadi O,A,B dan AB.  Kumpulan darah yang berbeza akan merespons pengambilan makanan secara berbeza.

Pelbagai manfaat kesihatan diperoleh dengan menerapkan diet berdasarkan kumpulan darah untuk tampil segar, awet muda dan bertenaga tinggi

Turut dipaparkan langsir lisu cubit, cerut, lisu kotak, pita gelung, goblet, pelmet, siku keluang (scallop), beropol (valance), belon, festun, bidai, berjalur tepi dan berikat reben.

Buku: Judul 80 Hidangan Lengkap Kumpulan Darah B
Pengarang Prof.Dr.Ali Khomsan
Penerbit    Synergy Media
Tahun Terbit 2013?
Harga RM20.40
Muka Surat 88
No.Perolehan 13-04413
Call No 641.563 ALI
ISBN 9789673719112
Bahasa Melayu
Kategori Teknologi

Disediakan oleh
Fazilarwati binti Abdul Hadi
PAC Jengka           

Wednesday, April 9, 2014

Festival Perkahwinan 2014 Kuantan Pahang

Berikut adalah gambar yang dirakamkan semasa Festival Kerja Kawin 2014 di Kuantan Pahang yang berlangsung di 3 dan 4 April 2014.



 Saya mahu kawin adalah satu perkataan yang semua orang suka. Semua orang mengimpikan dapat berkahwin dengan insan yang dikasihi dan disayangi dan ingin sehidup semati dengannya.
 http://www.rancangkahwin.com/
Ada cara yang lebih baik untuk memberikan wang hantaran kahwin tanpa memerlukan jumlah yang besar, selain daripada memberikan wang tunai. Ada cara lain yang boleh dijadikan ganti, dan semestinya cara-cara ini tampak mewah walau hanya melibatkan kos yang sedikit.:
1. Wang pendahuluan rumah
2. Wang pendahuluan kereta
3. Polisi takaful
4. Emas
http://tipspersiapanmajlisperkahwinan.blogspot.com/
Bakal mempelai lelaki dan perempuan perlu bincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti:• Adat perkahwinan yang akan dilalui • perbelanjaan • konsep majlis perkahwinan • Memilih baju pengantin • Memilih jurusolek/juruandam  • Mencari rumah • Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.
http://kunurhanis1991.blogspot.com/
 Ada beberapa saranan yang boleh diberi perhatian agar majlis berlangsung dengan jayanya, antaranya.  Amalan syura atau mesyuarat bukan saja diamalkan dalam urusan kemasyarakatan semata-mata. Sebaliknya amalan ini amat baik jika dipraktikkan dalam kehidupan berkeluarga. Ia boleh dilakukan dalam proses merancang sebuah perkahwinan bermula daripada pasangan menyatakan keinginan berkahwin kepada ibu bapa, adat merisik, meminang sehinggalah penentuan majlis akad dan kenduri kahwin.
http://sediakawin.blogspot.com/
Saya nak kongsi sedikit macam mana rangka perjalanan majlis saya, baik dari segi belanja, mahu pun masa. Belanja yang sedikit bawah RM10,000 dan masa persediaan yang singkat  dan ini hanya untuk majlis nikah dan majlis resepsi pihak perempuan.
http://kaminakmenikah.blogspot.com/
12 bulan sebelum, 11 bulan sebelum, 10 bulan sebelum, 9 bulan sebelum, 8 bulan sebelum, 7 bulan sebelum, 6 bulan sebelum, 5 bulan sebelum, 4 bulan sebelum, 3 bulan sebelum, 2 bulan sebelum dan sebulan sebelum.
 http://suriamj.blogspot.com/
Sebenarnya persediaan untuk majlis perkahwinan perlulah bemula dari awal lagi. Menyediakan satu majlis perkahwinan yang meriah bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan kos dan komitmen yang tinggi bukan sahaja dari pengantin, malah dari keluarga, teman-teman, jiran-jiran dan orang-orang penting lain yang terlibat seperti catering, DJ, Hotel, Butik Pengantin, Photographer, Videographer, Penaja-penaja dan sebagainya. Bagi yang berduit, khidmat wedding planner akan banyak membantu mereka dalam persediaan perkahwinan.
http://maliquerahim.blogspot.com/
Memandangkan agak banyak kad jemputan kahwin yang mula diterima, rasanya baik saya tonjolkan topik berkaitan perkahwinan pula. Kali ini saya akan sentuh mengenai persiapan awal bagi menjayakan sesuatu majlis perkahwinan. Kepada anda yang bakal disatukan tu, 9 perkara di bawah nanti mungkin dapat membantu
http://jom-jimat.blogspot.com/
Di bawah ni ada senarai semak yang anda boleh guna pakai sebagai panduan untuk anda semak keperluan majlis perkahwinan itu nanti. Rancang elok-elok supaya majlis berjalan lancar, anda pun senang hati.
http://sarungcincin.blogspot.com/
Lokasi terletak di tangga paling atas dalam persediaan terawal menjelang hari kawin. Terdapat majlis yang bergantung hanya pada tarikh yang kosong yang membolehkan mereka menggunakan dewan dan sebagainya. Jadi sebelum tarikh, adalah utama untuk menentukan terlebih dahulu lokasi majlis. Diharap bakal pengantin tidak mengambil ringan mengenai lokasi majlisi. Di sini ingin kongsikan dengan pembaca antara lokasi yang popular untuk majlis perkahwinan dan juga panduan yang perlu anda ambil berat dan peka mengenainya.
http://www.ikahwin.my/
Perbelanjaan yang berlebihan akan mengakibatkan penyesalan di kemudian hari.  Gunakan senarai "checklist"  bagi memastikan anda dapat mengawal belanja perkahwinan anda dengan bijak. Yang penting majlis perkahwinan anda diberkati Allah SWT dan kekal sepanjang hayat sehingga keanak cucu. Selamat pengantin baru.  
http://www.resepirahsiaku.com/
Masyarakat kita banyak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.Contoh paling mudah,bersanding.Tetapi saya tidak mampu untuk memberitahu secara terang-terangan.
http://jomkahwin.wordpress.com/
 
Jangan main jemput. Penting anda senaraikan siapa yang ingin anda jemput ke majlis perkahwinan anda supaya tidak ada yang tertinggal nanti walau seorang pun. Bukannya apa, supaya tidak ada orang yang rasa kecik hati dengan anda pula nanti terutamanya saudara-mara. Jadi tipsnya di sini ialah buat senarai tetamu mengikut keutamaan seperti berikut:  
http://blog.amirez.com/
Sebut memang mudah namun ”berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul”. Dari permulaan proses perkahwinan... bertunang, bernikah hinggalah selepas nikah semuanya akan berkait dengan WANG.
http://www.kahwindankaya.com/
Kita selalu terdengar orang kita mengeluh bila nak kahwin Masalah yang selalunya didengar “Belum cukup duit” Sememangnya perbelanjaan kahwin di zaman yang serba canggih ni semuanya dah makin tinggi. Paling tidak pun keseluruhan belanja RM7K – 8K untuk sebelah pihak Itu pun kalau buat secara kecil-kecilan. Kebiasaanya untuk dua-dua pihak belanja boleh 'terantuk' sampai RM20,000 – RM40,000. 
http://istanapengantin.wordpress.com/
Jika anda dan pasangan anda bekerja, anda bolehlah merancang untuk menjimatkan wang perkahwinan anda melalui simpanan secara bersama iaitu sebanyak RM555 setiap bulan.  Setiap hujung bulan baki akaun terkumpul adalah sebanyak RM1110. Jika anda merancang untuk berkahwin dalam tempoh masa 2 tahun anda berdua sudahpun boleh mengumpul kira-kira RM26640.  Tak perlu pinjam di bank atau mana-mana institusi kewangan.
http://rumahtangga-kita.blogspot.com/
Turut diadakan pada Festival Kerja Kawin 2014 Kuantan Pahang adalah pertandingan solekan oleh juru solek. Seramai 31 peserta telah mengambil bahagian. Pemanangnya adalah jurusolek Nomi.

Friday, April 4, 2014

Buku 4: Langsir & Penataan oleh Rashidah Ibrahim

Buku : Langsir & Penataan oleh Rashidah Ibrahim

Judul   
Langsir & Penataan

Pengarang   
Rashidah Ibrahim

Penerbit   
Berita Publishing

Tahun Terbit   
2013

Harga   
RM20.00

Muka Surat
129

No.Perolehan   
13-04241

Call No   
747.5 RAS

ISBN   
9.78968E+12

Bahasa   
Melayu

Kategori   
Kesenian

Ulasan    :   

Buku ini mengandungi pelbagai rekaan langsir yang  terkini dan menarik.  Gambar berwarna-warni serta jelas dapat membantu peminat mengadaptasikan jahitan langsir kegemaran mereka.

Menurut pengarang, matlamat penggunaan langsir adalah sebagai pelindung dan penyeri ruang.  Keserasian pilihan corak dan warna langsir dengan perabot dan kemasan lain adalah penentu kepada penampilan ruang yang harmoni dan tidak jemu dipandang.

Sesuai dengan tajuk Langsir & Penataan, kandungan buku ini memaparkan pelbagai ilham langsir yang digayakan di pelbagai ruang kediaman.  Rekaan yang dipaparkan meliputi gaya ringkas lisu perancis sehingga kepada yang rumit seperti siku keluang dan eyelet.

Turut dipaparkan langsir lisu cubit, cerut, lisu kotak, pita gelung, goblet, pelmet, siku keluang (scallop), beropol (valance), belon, festun, bidai, berjalur tepi dan berikat reben.

Disediakan Oleh        :   
Fazilarwati binti Abdul Hadi
PAC Jengka

Thursday, April 3, 2014

16 Bird Count 2014 -Damela and Marek Sedivy

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Damela and Marek Sedivy adalah pasangan dari "Czech Republic". Mereka mengambil keputusan memilih Malaysia kerana Malaysia adalah negara yang amat jarang mereka dengar. Tidak banyak maklumat yang mereka tahu tentang Malaysia. Malah sebenarnya mereka tidak mengetahui tentang Negara Malaysia.

1. Mereka berharap akan
2. Rakyat RepublikCzech tidak memerlukan visa untuk melawat Malaysia. Mereka dibenarkan untuk tinggal sehingga 90 hari tetapi mesti memiliki pasport yang mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan pada tarikh kemasukan .

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

Tarikh 23 April telah dipilih sebagai hari Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. Tarikh ini telah dipilih oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.. Ianya adalah bertujuan untuk memertabatkan buku sebagai sumber pengatahuan. Dalam era teknologi yang semakin maju, buku perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya supaya terus bersesuaian dengan era ini.

Untuk menyokong sambutan ini, program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) akan diadakan di seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia.

Program ini adalah pengisian program gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun. Usaha berterusan ini adalah bagi membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.

Kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakan JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama. Tarikh 22 April 2014 jam 10.00 hingga 10.10 pagi telah dipilih sebagai tarikh dan waktunya.

Konsep JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan Earth Hour.

Melalui program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) semua peserta tanpa mengira apa jua latarbelakang, pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Pelaksanaan program  JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dengan keperluan masyarakat.

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) merupakan  inisiatif membaca di perpustakaan awam negeri bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Usaha ini akan dijalankan dengan sokongan sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA/IPTS, Jabatan kerajaan, NGO dan individu yang berminat.
 
MARILAH KITA MEMBACA SERENTAK PADA:
Tarikh: 22 April 2014
Hari: Selasa
Masa mula: 10.00 pagi
Masa tamat: 10.10 pagi
Tempoh masa: 10 minit.
Bahan bacaan: apa-apa bahan yang bermanafaat.
Tempat: Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut.

Tunjukkan minat kepada budaya membaca dengan menyertai JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES).

Kepada pembaca blog yang berminat menyokong JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) marilah kita membaca serentak bersama-sama seluruh negeri Pahang dan seluruh Malaysia pada 22 April 2014 - hari Selasa - bermula  jam 10.00 pagi - sampai 10.10 pagi - iaitu selama masa 10 minit sahaja.

Marilah bersama 1.2 juta seluruh Malaysia untuk menunjuk 'KITA SUKA ILMU, KITA SUKA MEMBACA' bagi mencipta rekod Membaca Se Malaysia.

Emailkan kepada kami gambar aktiviti membaca anda pada 22 April 2014 - hari Selasa - bermula  jam 10.00 pagi - sampai 10.10 pagi untuk dikongsi dalam blog ini.