Friday, April 11, 2014

11 Bird Count 2014 - ucapan

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Turut hadir adalah En. Nathan Pengurus Taman Negara Mutiara Resort dan Zamri Mat Ami Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Taman Negara pahang.
2.  Encik Abdul Jalil Abdul Rahman Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang. Usaha untuk menjadikan aktiviti 'memburung ' sebagai daya tarikan pelancong telah dibincang sebara 'bawah pokok'. Usaha ini akhirnya benar-benar berjaya sampai ke tahap ini. Tahniah kepada semua yang terlibat.
3.Jenis-jenis burung pekaka adalah: Burung Pekaka, Burung Pekaka Api, Burung Pekaka Bakau, Burung Pekaka Belacan, Burung Pekaka Belukar, Burung Pekaka Bintik-bintik, Burung Pekaka Buaya, Burung Pekaka Bukit, Burung Pekaka Cit-cit, Burung Pekaka Dendang, Burung Pekaka Dusun, Burung Pekaka Kaing-kaing, Burung Pekaka Kepala Hitam, Burung Pekaka Kupiah Hitam, Burung Pekaka Mas, Burung Pekaka Paruh Pendek, Burung Pekaka Rimba, Burung Pekaka Rimba Besar, Burung Pekaka Sepah, Burung Pekaka Sungai dan Burung Pekaka Ungu.
4.Encik Abu Zahrin b Ismail Penguasa Taman Negara Pahang. Beliau mahu masyarakat tempatan di kuala Tahan dilibat dalam semua program dan perancangan yang berkaitan dengan Taman negara dan Kuala Tahan.
5. Pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang, En. Idros Yahya. Bird Count Taman Negara 2014 ini adalah usaha awal Kementerian pelancongan untuk membawa aktiviti 'memburung' ke Taman Negara. Beliau berharap di Pahang akan ada dua tempat untuk aktiviti 'memburung' iaitu Bukit Freazer dan Taman negara.

No comments: