Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, May 29, 2014

Buku: Masih Adakah Ketuanan Melayu? oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Buku ini adalah sambungan buku Nasib Melayu di Bumi Melayu tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang merupakan sebahagian lagi dari koleksi himpunan tulisan beliau.

Buku ini lebih berkisar tentang  proses kesepaduan politik untuk mencapai perpaduan nasional di kalangan rakyat pelbagai kaum di Negara ini yang berkaitan dengan ketuanan melayu, hak hak istimewa orang melayu, hubungan melayu dan bukan melayu, pendidikan kebangsaan, politik perkauman dan sebagainya.

Ketuanan melayu hanyalah satu istilah untuk menunjukkan bahawa orang melayu adalah pribumi yang telah membentuk kerajaan di Tanah Melayu.

Buku ini menunjukkan bahawa mempertahankan ketuanan bangsa di bumi mereka sendiri adalah fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah SWT selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

Ini adalah juga untuk mengingatkan orang Melayu supaya tidak mudah lupa diri di tanah air sendiri dan mara untuk terus berjuang.

No Perolehan: 11/00314
No ISBN: 978-967-61-2466-1
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa
Judul: Masih Adakah Ketuanan Melayu?
Pengarang: Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Penerbit: Utusan Publications & Distributors SdnBhd
Tahunterbitan: 2011
Harga: Semenanjung Malaysia: RM 28.00 / Sabah & Sarawak: RM31.00
Mukasurat : 255 ms

Disediakanoleh:-
Nurul Afzan Binti Mohamed
Penyelia Zon 8, Bera.

Thursday, May 22, 2014

Buku: Nasib Melayu di Bumi Melayu oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Buku: Nasib Melayu di Bumi Melayu oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Buku ini merupakan sebahagian daripada himpunan penulisan oleh saudara Muslim yang dikenali ramai iaitu Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mempunyai keberanian dalam menghasilkan tulisan beliau kerana buku ini banyak menyentuh pelbagai aspek terutama dalam bidang politik antara Melayu dan bukan Melayu.

Namun begitu,  buku ini menekankan nasib orang  melayu  di  bumi sendiri. Orang melayu perlu bangun semula untuk bersama-sama mencipta kegemilangan untuk menjaga  agama,  bangsa dan negara  demi melahirkan sebuah negara bangsa  yang sejahtera pada masa akan datang sejajar dengan Perlembagaan, Gagasan 1 Malaysia danjuga untuk mencapai Wawasan 2020.

Buku Nasib Melayu di bumi melayu bukan sahaja ingin menyedarkan bangsa melayu supaya sentiasa berjuang mempertahankan hak-hak orang melayu tetapi juga perlu sentiasa berpegang teguh kepada asas kepercayaan agama dan melihat permasalahan yang berlaku pada masa kini dijadikan iktibar agar dapat ditangani dengan penuh keinsafan,  kesungguhan dan bersatu padu demi Nasib Melayu  di Bumi Melayu sendiri.

NoPerolehan: 11/00027PJ
No ISBN: 978-967-61-2421-0
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa
Judul: Nasib Melayu di Bumi Melayu
Pengarang: Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Tahunterbitan: 2010
Harga: Semenanjung Malaysia: RM22.50 / Sabah &Sarawak: RM25.50
Mukasurat    : 191ms


Disediakanoleh:-
NurulAfzanBinti Mohamed

Friday, May 16, 2014

Buku 11: Reka Bentuk Perpustakaan Mini Di Rumah oleh LUNA MANTYASIH

Buku : Reka Bentuk Perpustakaan Mini Di Rumah oleh LUNA MANTYASIH

NO PEROLEHAN: DBER 05861
ISBN: 978 967 371 096 6
BAHASA: MELAYU

RINGKASAN:

PERBINCANGAN DAN IDEA DIKETENGAHKAN DALAM MEREKA BENTUK PERPUSTAKAAN MINI DI RUMAH

PENGARANG: LUNA MANTYASIH
PENERBIT: SYNERGY MEDIA
TAHUN TERBITAN: 2013
HARGA:  19.92
MUKASURAT: 85
RANTING: 5

Friday, May 9, 2014

15 Bird Count 2014 -

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Bird Count 2014 Taman Negara adalah pertandingan yang pertama kali diadakan. Bird Count yang pertama kali ini telah memberikan kesan yang bermakna kepada mereka yang terlibat. Adalah dirapkan program ini dapat diulang pada tahun hadapan.
1.Jenis Burung Takau adalah Burung Takau Hitam-kuning, Burung Takau Rakit, Burung Takau Rimba dan Burung Takau Rimba Hujan.
2.Jenis Burung Takur adalah Burung Takur Akar, Burung Takur Api, Burung Takur Bukit, Burung Takur Dahan, Burung Takur Gunung, Burung Takur Jambang Api, Burung Takur Jambang Emas, Burung Takur Kukup, Burung Takur Mahkota Kuning, Burung Takur Mahkota Merah, Burung Takur Misai Emas, Burung Takur Muka Biru, Burung Takur Raya, Burung Takur Tukang Besi dan Burung Takur Tembaga.
3.Jenis Burung Tukang adalah Burung Tukang Besar, Burung Tukang Bonarparte, Burung Tukang Kelabu, Burung Tukang Kubur, Burung Tukang Malaysia, Burung Tukang Padang, Burung Tukang Savana dan Burung Tukang Taptibau.
4.Jenis Burung Tekukur adalah Burung Tekukur Api, Burung Tekukur Akar, Burung Tekukur Api Gunung, Burung Tekukur Gunung dan Burung Tekukur Merah.
5.Jenis burung tiong adalah Burung Tiong Air, Burung Tiong Batu, Burung Tiong Gajah, Burung Tiong Gembala Kerbau, Burung Tiong Hutan, Burung Tiong Jambul Cina, Burung Tiong Jambul Jawa dan Burung Tiong Mas.
6. Ini adalah pasukan LifeBird yang banyak membantu peserta mengenali jenis-jesni burung di Bird Count 2014 Taman Negara Pahang. Terima kasih daun keladi, kalau boleh ajarlah lagi.

Buku 10: TEKNIK URUS WANG oleh ZULNAIDI YAACOB

Buku : TEKNIK URUS WANG oleh ZULNAIDI YAACOB

NO PEROLEHAN: DBER 13-5242
ISBN: 978 967 5426 34 6
BAHASA: MELAYU

RINGKASAN:
BUKU INI MENDEDAHKAN TENTANG TEKNIK YANG BOLEH DIPRAKTIKAN DALAM MENGURUS KEWANGAN ANDA DENGAN PELBAGAI CARA, IA MENDEDAHKAN KEPADA PEMBACA PERANCANGAN WANG SERTA  PENGURUSAN WANG DENGAN BIJAK .

PENGARANG: ZULNAIDI YAACOB
PENERBIT MUSTREAD SDN BHD
TAHUN TERBITAN: 2012
HARGA:  14.40
MUKASURAT: 140
RANTING: 3

Friday, May 2, 2014

14 Bird Count 2014 - pertandingan mewarna

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Penyampaian hadiah pertandingan mewarna kepada pemenang.

1.
2.
3.
4.

Buku 9 : Pikat Remaja Dengan Kata-Kata oleh Dr.Tengku Asmadi & Hilmi Isa

Judul Buku : Pikat Remaja Dengan Kata-Kata
No Perolehan    : 12/00296
No Panggilan    : D 306.874
Bahasa        : Melayu
Kategori        :

Ulasan Ringkas:
Pada masa ini semakin banyak isu yang melibatkan permasalahan remaja dan semakin keliru untuk mengatasinya termasuklah isu yang paling remeh sehingga isu berat seperti akhlak ,social,ternyata ia merupakan satu cabaran hebat kepada masyarakat untuk mengatasinya.
   
Melalui buku ini,pembaca memperolehi beberapa tips bagi mengatasi masalah remaja masa kini seperti:.

a.    Teknik menyampaikan motivasi gaya Rasulullah
b.    Menyampaikan nasihat cara Luqman al-Hakim
c.    Perbezaan dantar sifat tegas dan garang
d.    Falsafah kepimpinan yang diterapkan melalui solat
e.    Teknik komunikasi yang berkesan berdasarkan personality remaja.
f.    Kaedah berkesan memuji remaja
g.    Tip-tip mendidik anak remaja era moden
h.    Rahsia memikat remaja supaya menjadi rapat dengan kita.

Tajuk Buku        : Pikat Remaja Dengan Kata-Kata
Penulis        : Dr.Tengku Asmadi & Hilmi Isa
Penerbit    : PTS Millennia Sdn.Bhd.
ISBN            : 978 9670 142616
Tahun Terbitan    : 2012
Halaman        : 155
Harga        : RM 14.00

Buku 8 : Busana Muslimah oleh Muzaina Temenggong Haji Mosni

Judul Buku : Busana Muslimah
No Perolehan 12/00294
No Panggilan: D 746.52
Bahasa: Melayu

Ulasan Ringkas:

Terdapat 3 kategori pakaian yang terkandung dalam buku ini,iaitu jubah,bysana blaus dan slack dan busana kurung moden.Buku ini memaparkan kaedah alternatif rekaan busana muslimah yang menekankan konsep islami tetapi juga mengemukakan pelbagai idea da tips asal berfesyen.

Tajuk Buku        :
Busana Muslimah

Penulis        :
Muzaina Temenggong Haji Mosni

Penerbit    : PTS Millennia Sdn.Bhd.

ISBN           
: 978 967 0142 67 8

Tahun Terbitan   
: 2011

Halaman       
: 95

Harga       
: RM 15.00