Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, November 16, 2014

1.6 juta buku untuk 1121 perpustakaan desa sejak 2006





Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah membekalkan sebanyak 1.6 juta naskhah bahan bacaan terbitan dalam negara di 1,121 perpustakaan desa di seluruh negara sejak 2006.

Ketua Pengarah PNM, Nafisah Ahmad berkata, penyediaan bahan bacaan melibatkan 80 peratus dalam bahasa Melayu dan 20 peratus dalam bahasa Inggeris itu membabitkan peruntukan antara RM4 juta hingga RM6.5 juta setahun.

Beliau berkata, bahan bacaan yang disediakan juga terdiri daripada pelbagai kategori dan bidang ilmu bagi semua peringkat umur.

Pada tahun ini sahaja sejumlah RM6.5 juta disediakan untuk membeli bahan bacaan untuk perpustakaan desa bagi memastikan bahan bacaan yang dibeli itu dapat memberi manfaat kepada golongan sasar melibatkan masyarakat desa,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan program ‘Bahasa Merentas Desa’ di Perpustakaan Desa PNM, Taman Seri Duyong di sini hari ini.

Beliau berkata, buat permulaan sebanyak 5,000 naskhah bahan bacaan akan dibekalkan di setiap perpustakaan desa yang baru ditubuhkan dan ia akan ditambah antara 400 hingga 500 naskhah dari masa ke semasa. - BERNAMA 9 Nov 2014

No comments: