[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Wednesday, December 31, 2014

Buku: Menguasai fotografi & DSLR untuk bisnes oleh Synergy Media

Buku: Menguasai fotografi & DSLR untuk bisnes oleh Synergy Media

Bidang fotografi tiba-tiba sahaja menjadi fenomena di Malaysia. Dapat dilihat
ramai anak-anak muda yang menggantung kamera di leher bagi menandakan
mereka terjebak dalam bidang fotografi. Buku yang diterjemahkan oleh Ibrahim
Khalid ini adalah satu bacaan tambahan bagi pengguna DSLR di luar sana
dalam menguasai bidang tersebut. Buku ini memberi pendedehan dari peringkat
asas untuk berjinak-jinak di dalam bidang fotografi. Contoh-contoh gambar yang
disertakan bersama dengan panduan-panduan yang mana membolehkan
pembaca mengambil gambar yang sama dengan sendiri. Susunan bab yang
teratur membolehkan pembaca mahir menggunakan DSLR yang ada dalam masa
yang singkat.

oleh
Tuan Khairul Azhar Bin Tuan Kuning

 Ulasan Buku, Ulasan Buku 2014, ulasan Buku PAD Rompin, Ulasan Buku PAD Rompin 2014

Tuesday, December 30, 2014

Buku: 500 Tricks Color terbitan Loft publication

Buku: 500 Tricks Color terbitan Loft publication

Ringkasan/ Ulasan:
Setiap topik memberi tumpuan kepada faktor utama yang memainkan peranan dalam hiasan seperti warna, penyimpanan, aksesori, lampu, lantai & bahan atau pada jenis rumah atau ruang (Bilik untuk bersantai, bilik untuk kanak-kanak dan pangsapuri bandar. Disertakan juga dengan gambar dan keterangannya.

Judul: 500 Tricks Color
Pengarang:
Penerbit: Loft publication
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM67.55
Muka surat: 255
No Perolehan: DCAM 04625
ISBN: 978-84-9936-239-7
Kategori: Kesenian buku:

ulasan oleh
Puan Zulaiha Ahmad
Ketua Perpustakaan Daerah
Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands

Buku: Judul: 25 Pahlawan Islam oleh Shafie Abdul Rahman

Buku: 25 Pahlawan Islam oleh Shafie Abdul Rahman

Ringkasan/ Ulasan:
Sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad SAW, bukan sedikit lahirnya pejuang dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka, demi mempertahankan kesucian agama Islam.

Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi daripada segala kepentingan diri, demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda telah berjaya mendidik para sahabat yang menjadi generasi al-Quran, yang sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah SAW, agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu.

Maka lahirlah para pejuang terulung seperti Sayidina Hamzah, Mus’ab bin Umair, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Khalid Al-Walid, Saad bin Abi Waqqas, Jaafar bin Abi Talib dan ramai lagi.

Perlulah diingat bahawa kisah-kisah kepahlawanan ini tidak seharusnya dijadikan sebagai satu catatan sejarah yang kemudian hilang atau dilupai dengan peredaran masa. Kisah-kisah pahlawan terkemuka dalam sejarah dunia Islam ini sewajarnya kita hidupkan terus dalam diri kita terutamanya dalam perjuangan kita menjalani hidup sebagai seorang Muslim sejati, mengamalkan Islam sebagai satu ad-din dan nizamul hayat.

Elakkanlah diri daripada mencontohi mereka yang di luar lingkungan dunia Islam kerana pahlawan-pahlawan Islam ini telah berjaya mencorakkan dunia Islam dengan darah mereka yang harum mewangi, bak burung-burung yang bebas berterbangan di syurga.

Semoga pemaparan suka duka perjuangan para pahlawan Islam yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan pedoman. Seterusnya sama-samalah kita menghayati dan cuba menjadikan mereka sebagai ikon generasi muda umat Islam kinidalam mempertahankan kesucian agama Islam InsyaAllah.

No Perolehan: DCAM 06378
ISBN: 978-967-5426-79-7
Kategori: Agama
Judul: 25 Pahlawan Islam
Pengarang: Shafie Abdul Rahman
Penerbit: Mustread Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM16.00
Muka surat: 205

ulasan oleh:
Puan Zulaiha Ahmad
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands

Ulasan Buku, Ulasan Buku 2014, ulasan buku PAD Cameron, ulasan buku PAD Cameron 2014

Buku: iPhone 4s For Seniors for Dummies oleh Nancy Muir

Buku: iPhone 4s For Seniors for Dummies oleh Nancy Muir

Satu lagi judul yang bagus untuk siri " ... for Dummies" yang dikeluarkan
oleh penerbit buku ini. Arus teknlogi sentiasa berkembang dengan pesat.
Sehinggakan tidak mampu untuk sesetengah daripada kita untuk berada
di dalam tahap yang sama. Antara teknlogi tersebut adalah telefon pintar.
Dengan persaingan antara pengeluar-pengeluar gergasi telefon, yang berlum
dalam menghasilkan telefon pintar yang paling canggih dari masa ke semasa.
Dengan itu degan wujudnya buku ini, yang lebih kepada manual, mampu
membantu pemilik iPhone 4s untuk menyelami sebaik mungkin gadjet yang
mereka miliki. Buku ini dibahagikan kepada beberapa bab dari mula-mula
pembelian i-Phone sehinggalah bagaimana hendak mengatasi kerosakan pada
gadjet tersebut. Penggunaan imej yang bersesuaian juga dapat membantu
pemilik iPhone untuk menggunakanya dengan lebih mudah dan effisien.

DROM 04088
9781848103184

iPhone 4s For Seniors for Dummies

Nancy Muir

John Wiley & Sons, Inc

2012

RM45.50

oleh
Tuan Khairul Azhar Bin Tuan Kuning

Monday, December 29, 2014

Buku: The body language of liars : from little white lies to pathological deception oleh Lillian Glass


Buku: The body language of liars : from little white lies to pathological deception oleh Lillian Glass

Selalu tertipu atau sering dipermain-mainkan oleh orang lain?

Buku ini mampu mendidik kita untuk keluar dari kepompong tersebut. Dengan kemahiran yang
dipelajari nanti dapatlah elakan diri dari ditipu oleh pelabagai jenis penipuan yang ada di muka bumi ini.

Ditulis oleh seorang pakar dalam analisis tingkah laku dan gerak badan. Di dalam bukunya disertakan gambar-gambar watak-watak terkenal di dunia yang dapat dikesan sedang melakukan pembohongan.

Disertakan juga analisis-analisis dari kes penceraian artis-artis Hollywood.

DROM 06171
9789670610153
9789670610153

The body language of liars : from little white lies to pathological deception

Glass, Lillian

Advantage Quest

2014

RM29.90

MS 219

oleh
Tuan Khairul Azhar Bin Tuan Kuning

Sunday, December 28, 2014

Buku: Buntat Mengembara Ke Makkah oleh Yahaya Awang

Buku: Buntat Mengembara Ke Makkah oleh Yahaya Awang

Ulasan:

Buntat yang kurang kasih saying ibubapa sejak kecil. Dia selalu dirotan dan dimarah menyebabkan hatinya menjadi keras, degil dan berani. Apabila umurnya sepuluh tahun dia renggang dengan keluarganya dan mula hidup berdikari.

Pada musim haji Buntat menyeludup masuk ke dalam kapal haji untuk belayar ke Jeddah tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Dia melihat semua orang berpakaian serba putih.Buntat mulai insaf, ‘Apa guna hidup kalau lupa Allah, ibubapa dan dir isendiri’.Dia selalu berdoa kepada  Allah.

Ada seoranglelaki tua kaya telah mengambil Buntat sebagai cucu angkat. Buntat mula mendapat layanan dan kasih saying.Di Makkah Buntat rapat dengan cikgu dan seorang ustaz yang tinggal satu bangunan dengannya.

Buntat mengikut cikgu dan ustaz itu mengembara ke Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir.Hampir empat bulan dia merantau.

No Perolehan: 08/04457
Call No: 297.18
ISBN: 9789676121193
Bahasa:Melayu
Kategori:D Agama Islam

Judul:BuntatMengembaraKe Makkah
Pengarang:YahayaAwang
Penerbit:Utusan Publications & DistributorsSdnBhd
TahunTerbit: 2008
Harga:RM23.50
Mukasurat: 428

Disediakan oleh:
Mohd Amin bin Saad
Zon 6 Pekan

Buku: Tuhan Sedang Menguji Kita oleh Mohammad Kazim Elias

Buku:  Tuhan Sedang Menguji Kita oleh Mohammad Kazim Elias

Ringkasan / Umum :

Buku berjudul ‘Tuhan Sedang Menguji Kita’ digarap sepenuhnya oleh Al-Fadhil Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz terbitan grupbuku krangkraf sangat sesuai dibaca oleh masyarakat yang semakin alpa ketika ini.

Buku ini banyak pengisian menarik yang mengajak masyarakat berkongsi dan merenung kembali perkara berikut :
- Manisnya ujian Allah,
 - Kala Allah mengujimu,
 - Kita lupa ketika senang,
- Iktibar daripada musibah,
- Cinta itu menyedarkanku,
- Salahkah berkahwin muda?,
- Antara cinta dan kenangan,
- Anakku… berkatilah rezeki, dan
– Sabarlah melaksanakan dakwah.

Selamat membaca semoga menjadi masyarakat yang disenangi dan dihormati.

Penerbit: grupbuku karangkraf
Tahun: 2014
RM19.90
MS: 317

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

Buku: Bahagia & Membahagiakan - Kaedah Transformasi Minda oleh Prof. Dr . Muhaya Hj Mohamad

No Perolehan: 2013- 04996  
ISBN  9789671036570   
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan
Kehidupan adalah apa yang kita beri kepada setiap perkara yang berlaku. Bagaimana ? ketahui “ blue Print” Anda yang menentukan corak kehidupan kelak. Manakala imej diri adalah untuk mengenal siapa diri kita. Proses kehidupan di dunia ini adalah  mencari bekalan untuk kehidupan  yang abadi kelak. Carila kebahagiaan bukan sekadar bahagia di dunia, malah di akhirat. Setiap perkara yang berlaku dalam setiap detik masa kehidupan adalah teladan ,pengajaran dan ujian agar dapat menguatkan jiwa dan badan . Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat di dunia dan akhirat”

Judul : Bahagia & Membahagiakan - Kaedah Transformasi Minda
Pengarang: Prof. Dr . Muhaya Hj Mohamad
Penerbit: Assohwah Publication Sdn Bhd.
Tahun terbitan: 2012            
Harga: RM 20.00
Mukasurat: 136ms
  
ulasan oleh
Norfahizah Aziz
PAC Lanchang

Buku: Ahmad Said : Dari rakyat untuk rakyat oleh Dato' Aziz Deraman

Buku: Ahmad Said : Dari rakyat untuk rakyat oleh Dato' Aziz Deraman

Dato' Ahmad Said merupakan tokoh politik yang tidak asing lagi di negara kita. Kelantangan beliau menyuarakan pendapat dan pandangannya, menjadikan beliau seorang yang berkaliber.

Buku ini yang berbentuk biografi memaparkan kehidupan serta latar belakang Dato' Seri Ahmad Said. Biografi ini digarap dengan bermula kisah diawal persekolahan sehinggalah kisah-kisah
menjadi Menteri Besar Terengganu.

Biografi ini disertakan juga dengan gambar-gambar yang jarang-jarang dapat kita lihat di akhbar mahupun di ruangan internet terhadap gambaran keperibadian beliau.

Bagi yang ingin mengenali lebih dekat dengan beliau, buku ini adalah tatapan yang terbaik
dalam menambah maklumat yang sahih terhadap beliau.

Ahmad Said : Dari rakyat untuk rakyat

Aziz Deraman, Dato'.

Universiti Malaysia Terengganu

DROM 04776

9789675366727

ulasan oleh
Tuan Khairul Azhar Bin Tuan Kuning
PAD Rompin

Thursday, December 25, 2014

Malaysia Year of Festivals (MyFest 2015) di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang, Malaysia

JELAJAH MYFEST 2015,
PAHANG TONJOLKAN KEMBARA ALAM SEMULAJADI

Siri Jelajah Malaysia Year of Festivals (MyFest 2015) akhinya berakhir di Kuantan, Pahang pada 23/12/2014. Satu sesi taklimat MyFest 2015 diadakan di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang pada hari tersebut. Sesi taklimat ini adalah yang terakhir bagi 14 siri jelajah MyFest 2015 yang diadakan di seluruh negara, bermula bulan Oktober 2014.
 
 YB Dato' Hj Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang

Malaysia Year of Festivals (MyFest 2015) ini dihadiri oleh penggiat-penggiat industri pelancongan dan kebudayaan dari sekitar negeri Pahang.

Taklimat MyFest 2015 telah diberikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu YBrs. Dr. Junaida Lee Abdullah dan Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof. Turut hadir Exco Pelancongan & Kebudayaan Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin.
                      
Sesi taklimat MyFest 2015 ini adalah usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk meningkatkan sebaran maklumat tentang acara pelancongan terbesar negara itu untuk tahun hadapan.

Taklimat MyFest 2015 menjadi platform untuk menyebarkan visi, sasaran dan garis panduan penjenamaan Malaysia Year of Festivals 2015 kepada penggiat-penggiat industri dan pihak berkepentingan untuk pelaksanaan yang berkesan; di samping memberi peluang untuk bertemu dan berkongsi idea serta mendapatkan maklum balas.
 
YB Dato' Hj Mohd Sharkar bin Hj Shamsudin Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang bersama YBrs. Dr. Junaida Lee Abdullah, TKSU (Pengurusan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menyempurnakan gimik pelancaran Majlis Taklimat MyFest2015 peringkat negeri Pahang.

Pelaksanaan acara MyFest 2015 telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia di dalam ucapan Bajet 2015. Kempen ini akan terus meningkatkan industri pelancongan dan mengekalkan Malaysia sebagai destinasi utama pelancong bagi mencapai sasaran penerimaan ketibaan pelancong seramai 29.4 juta dan memperoleh pendapatan pelancongan sebanyak RM89 bilion.

Kempen MyFest 2015 akan melengkapkan Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia (MTTP:2020:36:168) dengan sasaran negara untuk menerima seramai 36 juta ketibaan pelancong dan sebanyak RM168 bilion pendapatan pelancongan pada tahun 2020.

Bertemakan “Endless Celebrations”, untuk sepanjang tahun dengan kalendar yang akan dipenuhi lebih 200 acara dan perayaan setiap etnik di setiap negeri termasuklah festival budaya, acara antarabangsa, acara eko-pelancongan, kesenian, persembahan muzik, promosi makanan dan pelbagai acara bertema.

Antara acara mega yang akan diadakan di Pahang sepanjang MyFest 2015 ialah :

1. Tioman International Classic Surfing (Januari 2015)
2. Kuantan Century Ride (Jun 2015)
3. Fraser’s Hill International Bird Race (Jun 2015)
4. Acara selam skuba Start in Tioman (Ogos 2015)
5. Royal Pahang Billfish International Challenge (September 2015)
6. Taman Negara International Bird Race Challenge (Oktober 2015)
7. Teluk Chempedak Downhill Challenge (November 2015)
8. Cherating International Surfing Competition (Disember 2015)

Majlis Pelancaran Perdana MyFest 2015 akan diadakan pada 10 Januari 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Acara yang gilang gemilang ini akan disertai oleh 1,000 orang peserta dari pelbagai lapisan penggiat seni budaya negara.
 
Malaysia Year of Festivals 2015 adalah misi nasional maka diharapkan agar agensi kerajaan, sektor swasta, agensi bukan kerajaan dan penggiat industri turut bersama dalam menjayakan kempen Malaysia Year of Festivals 2015 ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi:
Unit Komunikasi Korporat:
Email: info@motac.gov.my.
Tel: 03.8000.8000

Wednesday, December 24, 2014

Pahang: Year of Festivals 2015 Malaysia Truly Asia. Endless Celebrations

MyFest 2015 Pahang

Januari 2015
Tioman International Classic Surfing

Jun 2015
Kuantan Century Ride

Jun 2015
Fraser’s Hill International Bird Race

Ogos 2015
Acara selam skuba Start in Tioman

September 2015
Royal Pahang Billfish International Challenge

Oktober 2015
Taman Negara International Bird Race Challenge

November 2015
Teluk Chempedak Downhill Challenge

Disember 2015
Cherating International Surfing Competition


Malaysia terkenal dalam sambutan pelbagai perayaan yang berwarna-warni. Penduduk Malaysia terdiri daripada kepelbagaian kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazanm Dusun, Iban dan pelbagai komuniti etnik yang lain. Kepelbagaian budaya disambut diraikan dalam pelbagai yang berlangsung sepanjang tahun.

Untuk menonjolkan kepelbagaian sambutan yang menarik di Malaysia, tahun 2015 telah diisytiharkan sebagai Tahun Perayaan. Ini adalah kesinambungan daripada Tahun Melawat Malaysia 2014 dan bertujuan untuk memberikan pengunjung pengalaman percutian yang unik dan menjemput mereka untuk menyertai dalam pelbagai perayaan yang disambut oleh masyarakat berbilang kaum Malaysia.

Logo bagi Tahun 2015 Perayaan ini merupakan evolusi daripada Logo Tahun Melawat Malaysia 2014. Logo ini menggabungkan 3 komponen:
Unsur-unsur penjenamaan negara Malaysia
Unsur-unsur logo Tahun Melawat Malaysia 2014
Unsur-unsur pelbagai perayaan dan budaya Malaysia

Logo baru ini mencerminkan kecerian pelbagai etnik dan menyediakan pelbagai pengalaman yang menanti kunjungan mereka ke Malaysia.

Slogan 'Malaysia Truly Asia' akan menarik pelawat yang mahu merasai kepelbagaian budaya asia di Malaysia

Sambutan Tanpa Henti menyediakan siri sambutan yang akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang menarik

Bintang 14 yang mempunyai dua huruf bersilang, M dan Y adalah menunjukkan Malaysia di arena antarabangsa yang melambangkan negeri-negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Ianya berasal dari penjenamaan nasional yang merangkumi semua bahawa Malaysia
tawarkan kepada peniaga-peniaga, pelabur, pelancong dan rakyatnya

Geometri yang memancarkan tenaga melambangkan kedudukan Malaysia yang semakin kukuh.

Alat muzik yang digambarkan dalam logo ini adalah 'Rebana Ubi' iaitu gendang besar yang digunakan oleh masyarakat Melayu, terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia. Gendang ini juga digunakan oleh pelbagai kaum lain di Malaysia, seperti orang Cina dan India. Ia melambangkan perayaan-perayaan yang disambut oleh masyarakat pelbagai budaya Malaysia.

Logo Year of Festivals 2015 Malaysia Truly Asia. Endless Celebrations

Malaysia terkenal dalam sambutan pelbagai perayaan yang berwarna-warni. Penduduk Malaysia terdiri daripada kepelbagaian kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazanm Dusun, Iban dan pelbagai komuniti etnik yang lain. Kepelbagaian budaya disambut diraikan dalam pelbagai yang berlangsung sepanjang tahun.

Untuk menonjolkan kepelbagaian sambutan yang menarik di Malaysia, tahun 2015 telah diisytiharkan sebagai Tahun Perayaan. Ini adalah kesinambungan daripada Tahun Melawat Malaysia 2014 dan bertujuan untuk memberikan pengunjung pengalaman percutian yang unik dan menjemput mereka untuk menyertai dalam pelbagai perayaan yang disambut oleh masyarakat berbilang kaum Malaysia.

Logo bagi Tahun 2015 Perayaan ini merupakan evolusi daripada Logo Tahun Melawat Malaysia 2014. Logo ini menggabungkan 3 komponen:
Unsur-unsur penjenamaan negara Malaysia
Unsur-unsur logo Tahun Melawat Malaysia 2014
Unsur-unsur pelbagai perayaan dan budaya Malaysia

Logo baru ini mencerminkan kecerian pelbagai etnik dan menyediakan pelbagai pengalaman yang menanti kunjungan mereka ke Malaysia.

Slogan 'Malaysia Truly Asia' akan menarik pelawat yang mahu merasai kepelbagaian budaya asia di Malaysia

Sambutan Tanpa Henti menyediakan siri sambutan yang akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang menarik

Bintang 14 yang mempunyai dua huruf bersilang, M dan Y adalah menunjukkan Malaysia di arena antarabangsa yang melambangkan negeri-negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Ianya berasal dari penjenamaan nasional yang merangkumi semua bahawa Malaysia
tawarkan kepada peniaga-peniaga, pelabur, pelancong dan rakyatnya

Geometri yang memancarkan tenaga melambangkan kedudukan Malaysia yang semakin kukuh.

Alat muzik yang digambarkan dalam logo ini adalah 'Rebana Ubi' iaitu gendang besar yang digunakan oleh masyarakat Melayu, terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia. Gendang ini juga digunakan oleh pelbagai kaum lain di Malaysia, seperti orang Cina dan India. Ia melambangkan perayaan-perayaan yang disambut oleh masyarakat pelbagai budaya Malaysia.

Tuesday, December 23, 2014

PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK HADIR KERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN AM


PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK HADIR
KERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN AM

1.    Tujuan
    Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menetapkan peraturan bagi memberikan kebenaran kepada pegawai-pegawai tidak hadir bekerja di atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.


2.    Latar Belakang

2.1     Pada masa ini tidak ada peraturan yang seragam yang boleh digunakan oleh Ketua-ketua Jabatan apabila menguruskan kes-kes pegawai di bawah kawalan mereka yang tidak hadir ke pejabat disebabkan oleh bencana alam atau kecemasan seperti yang disebutkan di atas. Akibatnya ialah Ketua-ketua Jabatan telah mengadakan peraturan-peraturan mereka sendiri seperti memotong cuti rehat, memberikan cuti tanpa rekod, mengenakan cuti tanpa gaji atau "time off". Jabatan Perkhidmatan Awam mendapati bahawa peraturan seperti ini adalah tidak kemas dan oleh itu satu peraturan baru yang seragam telah diadakan untuk dilaksanakan bagi semua Perkhidmatan Kerajaan.

3.3     Dalam menimbangkan perakuan pegawai ini, Ketua Jabatan bolehlah memperolehi maklumat dan pengesahan kejadian kecemasan am atau perintah tertentu sebenarnya telah berlaku daripada punca-punca berikut:

3.3.1     Pegawai Daerah atau Penghulu,
3.3.2     Pejabat Polis,
3.3.3     Jabatan Penerangan,
3.3.4     Jabatan Kebajikan,
3.3.5     Siaran massa media.

3.4     Sekiranya Ketua Jabatan tidak berpuas hati dengan perakuan yang dikemukakan, maka Ketua Jabatan boleh memotong cuti rehat tahunan pegawai ataupun menganggap tempoh itu sebagai cuti tanpa gaji sekiranya cuti rehat tahunan pegawai sudah habis digunakan.

3.5     Kes-kes bencana dan kemalangan yang berlaku ke atas peribadi ataupun yang melibatkan harta benda seseorang pegawai tidak termasuk di dalam istilah kecemasan am seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling ini. Ini bermakna jikalau sesuatu bencana atau kemalangan berlaku ke atas pegawai atau ke atas harta bendanya maka kejadian itu disifatkan sebagai kecemasan peribadi dan jikalau pegawai itu tidak hadir bekerja hendaklah ia mendapat kebenaran cuti daripada Ketua Jabatannya.

4.     Pelbagai

4.1     Pegawai-pegawai yang bertugas di luar pejabat yang tidak dapat pulang ke ibu pejabatnya disebabkan kecemasan am itu akan terus dibenarkan berada di tempat tersebut seolah-olah masih menjalankan tugas rasmi dan layak menuntut elaun-elaun di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1980 itu dan lain-lain Pekeliling yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

4.2     Kebenaran tidak hadir kerja dengan sebab kecemasan am ini tidak menjejaskan kelayakan cuti seseorang pegawai dan pegawai tidak perlu mengemukakan permohonan cuti bagi tempoh tidak hadir kerja itu.

--------------------------------------------------
LAMPIRAN A
-------------------------------------------------


PERAKUAN TIDAK HADIR KE PEJABAT ATAS
SEBAB-SEBAB KECEMASAN MENGIKUT PEKELILING
PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 1986


Kepada: .................................................................................................................................................................................

                            (Ketua Jabatan)

    Adalah saya memaklumkan bahawa saya telah tidak dapat hadir ke pejabat/ untuk menjalankan tugas dari jam ……………… hingga ke jam ……………… pada tarikh ………………. /dari tarikh ……………… hingga ke tarikh ……………… disebabkan oleh perkara yang berikut:

    

    

    telah berlaku di tempat tinggal/kawasan saya berada/di antara tempat kediaman saya dengan tempat pekerjaan hingga menyebabkan saya tidak dapat hadir bekerja seperti biasa.

Tarikh ………………….......................…………
   

Tandatangan………….............................................…...................
   

Nama ……………………………………………...........................

            (dengan huruf besar)

   

Jawatan …………............................................………...................


Keputusan Ketua Jabatan
   

*(a)
   

Saya berpuas hati dengan alasan-alasan yang di atas dan keseluruhan tempoh beliau tidak hadir ke pejabat itu yakni selama ……………………………(jam/hari) adalah dibenarkan;
   

*(b)
   

Saya berpuas hati hanya ………………jam/hari sahaja pegawai dibenarkan tidak hadir di pejabat. (Bakinya sebanyak …………..... .hari hendaklah ditolak daripada Cuti Rehat pegawai, Kalau Cuti Rehat sudah habis atau tidak mencukupi, dibenarkan Cuti Tanpa Gaji);
   

*(c)
   

Saya tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberi. Oleh itu keseluruhan tempoh tidak hadir di pejabat itu hendaklah ditolak dengan Cuti Rehat atau diberi Cuti Tanpa Gaji sekiranya Cuti Rehat sudah habis atau tidak mencukupi.



Tarikh ………………………….......................…
   

Tandatangan………...........................................………
   

Nama …………..........................................……………

* Potong mana-mana yang tidak sesuai.

---------------------------------------------------------
Rujukan:
eghrmis.gov.my

Friday, December 12, 2014

Buku: Kuasai Dunia Dengan Berfikir oleh Ainon Mohd

Judul Buku : Kuasai Dunia Dengan Berfikir

No Perolehan: 12/00299
No Panggilan: D 153.42 AIN
Bahasa: Melayu
Kategori:

Ulasan Ringkas:
Buku ini dapat membantu kita untuk berfikir bagi mencari idea yang bernas.Dalam buku ini juga menerangkan cara-cara untuk menyakinkan orang tentang idea-idea yang kita bentangkan.
Ia juga memaparkan beberapa teknik berfikir untuk mencari /membina idea-idea yang hebat.

Tajuk Buku: Kuasai Dunia Dengan Berfikir
Penulis: Ainon Mohd
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
ISBN: 978 967 369 147 0
Tahun Terbitan: 2012
Halaman: 174
Harga: RM 17.00

Disediakan oleh
Zulkifli Bin Mohd Ali
Penyelia Zon 7,Pekan

Thursday, December 11, 2014

Buku: Kenali Tokoh Berjasa oleh Talib Samad

Judul Buku : Kenali Tokoh Berjasa

No Perolehan: 11/00045
No Panggilan: D 959.500922
Bahasa: Melayu
Kategori:

Ulasan Ringkas:
Buku ini mengisahkan jasa-jasa tokoh-tokoh negarawan dari perbagai bidang sebelum sehingga masa kini.
Diantara tokoh-tokoh yang dipaparkan didalam buku ialah seperti berikut:-

1.Long Jaafar Tokoh Melayu Terbilang
2.Ngah Ibrahim Pahlawan
3.Abdullah Hussain    Sasterawan Negara
4.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary Dermawan
5.Leftenan Adnan    Wira Pasir Panjang
6.Dato Onn Jaafar    Pengasas Kemerdekaan
7.Tan Sri P.Ramlee    Seniman Negara
8.Tun Dr Mahathir Mohamad    Perdana Menter ke Lima

Tajuk Buku: Kenali Tokoh Berjasa
Penulis: Talib Samad
Penerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd
ISBN: 978 967 5106 61 3
Tahun Terbitan: 2011
Halaman: 386
Harga: RM 25.90

Disediakan oleh
Zulkifli Bin Mohd Ali
Penyelia Zon 7,Pekan

Wednesday, December 10, 2014

Buku: Indahnya Syurga Dahsyatnya Neraka oleh Abdul Fatah Zakaria

Judul Buku  Indahnya Syurga Dahsyatnya Neraka oleh Abdul Fatah Zakaria

No Perolehan: 12/00489
No Panggilan: D 297.23
Bahasa: Melayu
Kategori:

Ulasan Ringkas:
Buku ini menceritakan keadaan di Syurga dan Neraka berdasarkan perspektif dalil Al-Quran dan Hadis yang sahih.

Tajuk Buku: Indahnya Syurga Dahsyatnya Neraka
Penulis: Abdul Fatah Zakaria
Penerbit: Best Seller Publication
ISBN: 978 967 0210 20 9
Tahun Terbitan: 2012
Halaman: 152
Harga: RM 15.00

Disediakan oleh
Zulkifli Bin Mohd Ali
Penyelia Zon 7,Pekan