Wednesday, December 24, 2014

Pahang: Year of Festivals 2015 Malaysia Truly Asia. Endless Celebrations

MyFest 2015 Pahang

Januari 2015
Tioman International Classic Surfing

Jun 2015
Kuantan Century Ride

Jun 2015
Fraser’s Hill International Bird Race

Ogos 2015
Acara selam skuba Start in Tioman

September 2015
Royal Pahang Billfish International Challenge

Oktober 2015
Taman Negara International Bird Race Challenge

November 2015
Teluk Chempedak Downhill Challenge

Disember 2015
Cherating International Surfing Competition


Malaysia terkenal dalam sambutan pelbagai perayaan yang berwarna-warni. Penduduk Malaysia terdiri daripada kepelbagaian kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazanm Dusun, Iban dan pelbagai komuniti etnik yang lain. Kepelbagaian budaya disambut diraikan dalam pelbagai yang berlangsung sepanjang tahun.

Untuk menonjolkan kepelbagaian sambutan yang menarik di Malaysia, tahun 2015 telah diisytiharkan sebagai Tahun Perayaan. Ini adalah kesinambungan daripada Tahun Melawat Malaysia 2014 dan bertujuan untuk memberikan pengunjung pengalaman percutian yang unik dan menjemput mereka untuk menyertai dalam pelbagai perayaan yang disambut oleh masyarakat berbilang kaum Malaysia.

Logo bagi Tahun 2015 Perayaan ini merupakan evolusi daripada Logo Tahun Melawat Malaysia 2014. Logo ini menggabungkan 3 komponen:
Unsur-unsur penjenamaan negara Malaysia
Unsur-unsur logo Tahun Melawat Malaysia 2014
Unsur-unsur pelbagai perayaan dan budaya Malaysia

Logo baru ini mencerminkan kecerian pelbagai etnik dan menyediakan pelbagai pengalaman yang menanti kunjungan mereka ke Malaysia.

Slogan 'Malaysia Truly Asia' akan menarik pelawat yang mahu merasai kepelbagaian budaya asia di Malaysia

Sambutan Tanpa Henti menyediakan siri sambutan yang akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang menarik

Bintang 14 yang mempunyai dua huruf bersilang, M dan Y adalah menunjukkan Malaysia di arena antarabangsa yang melambangkan negeri-negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Ianya berasal dari penjenamaan nasional yang merangkumi semua bahawa Malaysia
tawarkan kepada peniaga-peniaga, pelabur, pelancong dan rakyatnya

Geometri yang memancarkan tenaga melambangkan kedudukan Malaysia yang semakin kukuh.

Alat muzik yang digambarkan dalam logo ini adalah 'Rebana Ubi' iaitu gendang besar yang digunakan oleh masyarakat Melayu, terutama di pantai timur Semenanjung Malaysia. Gendang ini juga digunakan oleh pelbagai kaum lain di Malaysia, seperti orang Cina dan India. Ia melambangkan perayaan-perayaan yang disambut oleh masyarakat pelbagai budaya Malaysia.

No comments: