Monday, July 28, 2014

Buku : Siapa Kita 10 Tahun lagi oleh Hamirudin Hamidi

Buku : Siapa Kita 10 Tahun lagi oleh Hamirudin Hamidi

No Perolehan: DPEK 05556
Call No.: 158.1 HAM
ISBN: 978-967-5426-69-8
Bahasa: Melayu
Kategori: Falsafah

Ulasan :
   
Buku ini merumuskan tentang perancangan kita mengenai masa hadapan dan kita perlulah berwawasan untuk membentuk diri kita dalam jangka masa 10 tahun lagi.

Pilihan semestinya ada di tangan kita. Janganlah hanya memandang hari esok! Barangkali hari esok sama seperti hari ini dan hari lusa sama juga dengan hari esok. Jadi, marilah kita berfikir sejenak apa yang kita mahukan di dalam kehidupan ini. Perlu diingat bahawa kehidupan yang kita jalani ini hanya sekali sahaja. Ia tidak akan berulang kembali.

Buku ini mengandungi pelbagai cadangan yang bakal membangkitkan rasa dan kehendak anda untuk berjuang ke arah kecemerlangan masa depan anda. Bermula dengan pertanyaan penting iaitu ‘Siapalah diri kita pada masa depan?’, Buku ini cuba merungkai jalan-jalan yang sepatutnya dilalui secara nyata dan benar demi untuk mencapai kecemerlangan pada masa depan sebelum ditutup oleh satu lagi pertanyaan penting iaitu,

Apakah yang bakal kita wariskan kelak kepada anak cucu kita?’.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah di dalam hidup ini, janganlah asyik memandang keseronokan atau hanya memikirkan mengenai hari esok sahaja. Fikirkan masa depan yang lebih jauh lagi seperti sepuluh tahun atau dua puluh tahun lagi. Oleh itu, marilah berusaha untuk mengelakkan kesukaran hidup pada masa depan dengan cara berusaha dengan lebih gigihlagi pada masa sekarang. Ini boleh dilakukan dengan memikirkan mengenai, ‘Siapa Kita Sepuluh Tahun Lagi?’. Selamat Membaca.
               
 Judul        : Siapa Kita 10 Tahun Lagi
Pengarang    : Hamirudin Hamidi
Penerbit    : Mustread
Tahun Terbit    : 2011
Harga        : RM 15.92
Muka surat    : 201
Rating        : 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

Tuesday, July 22, 2014

Buku : Terapi Patah Hati oleh Salahudin Abdul Razak

Buku : Terapi Patah Hati oleh Salahudin Abdul Razak

No Perolehan    : DPEK 05553
Call No.    : 297.57 SAL
ISBN        : 978-967-5426-63-6
Bahasa        : Melayu
Kategori    : Agama

Ulasan :
   
Buku ini didapati mengajar dan mendidik hati kita agar cekal, tabah dan sabar dalam menongkah arus kehidupan terutamanya apabila ditimpa ujian atau musibah. Rasulullah SAW bersabda ,” ada dua biji mata yang tidak disentuh api neraka, mata yang menangis pada waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah pada waktu malam.”
   
“Antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seseorang yang berzikir secara bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah SWT, maka bercucuranlah air matanya”.
Menurut penulis buku ini lagi. Antara air mata yang tidak dituntut :

•    Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
•    Janganlah menangis ketika menonton filem Hindustan. Bukankah itu cuma lakonan
•    Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan
•    Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu merupakan pemberian Tuhan
.    Semoga dengan membaca buku ini , hati kita lebih tenang dalam menjalani kehidupan.

Maka simpanlah semua air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah SWT. Selamat Membaca.               

 Judul        : Terapi Patah Hati
Pengarang    : Salahudin Abdul Razak
Penerbit    : Mustread
Tahun Terbit    : 2011
Harga        : RM 13.52
Muka surat    : 164
Rating        : 4/5

Wednesday, July 16, 2014

Buku : Aksioma oleh Jaafar Abd Rahim

Buku : Aksioma oleh Jaafar Abd Rahim

No Perolehan:  13-05984
Call No. : 160 JAA
ISBN: 978-983-46-0821-7
Bahasa: Bahasa Melayu
Kategori: Philosophy

Ulasan : 
Buku ini mengungkapkan persoalan keidupan merangkumi persoalan social, politik, kebudayaan, agama , sejarah , kesusasteraan, pemikiran, falsafah dan ilmu. Tulisan ini diungkapkan dengan bahasa yang mudah dan disampaikan dengan bukti dan hujah yang dapat dipertanggungjawabkan.

Malah pada peringkat tertentu, penulis berusaha mengungkapkan persoalan pemikiran, falsafah dan ilmu, yang pada sesetengah orang begitu sulit, dengan cara yang mudah difahami. Hal Demikian kerana ketiga-tiga bidang itu perlu diletakkan pada tahap yang tinggi. Buku ini berusaha mengajak pembaca agar dapat berfikir secara kritis dan kreatif.

Dengan cara ini dapatlah kita membina masyarakat yang berpeikiran tinggi, berilmu dan berperadaban.

Judul:  Aksioma
Pengarang: Jaafar Abd. Rahim
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 25.60
Muka surat: 487 M/S
Rating : 4/5

Monday, July 14, 2014

Buku: Sazali Samad Juara Bina Badan Dunia oleh Selamat Bin Sainayune

Buku: Sazali Samad Juara Bina Badan Dunia oleh Selamat Bin Sainayune

Sazali Samad " Juara Bina Badan Dunia"
Selamat Bin Sainayune
Muzium Polis DiRaja Malaysia
2013

Buku Ini Menceritakan Sejarah Sukan Bina Badan Negara
ia mengetengahkan seorang bina badan iaitu sazali samad
yang menceburi bidang ini sehingga berjaya mengharumkan
nama negara.

Buku: Berdua Lebih Baik oleh Rohani Abdul Rahman

Buku: Berdua Lebih Baik oleh Rohani Abdul Rahman

No Perolehan: 13-05838
Call No.  306.8 ROH
ISBN: 978-983-097-359-3
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan:
Buku ini ditulis dengan tujuan untuk menggerak dan memotivasikan para pencari jodoh untuk terus berusaha. Berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana dalam Islam tiada istilah ‘putus asa’ dalam mencari keredhaan Allah.

Menurut penulis baik wanita  mahupun lelaki, apabila sudah sampai ‘seru’ maka diri akan mula menghitung dan mencari pasangan hidup kerana hidup berdua tentunya lebih beerti.

Namun ada kalanya pasangan hidup sukar ditemui biarpun diri bukan terlalu memilih. Buku ini merungkai rahsia menarik jodoh bagi diri yang belum ketemu pasangannya.

Judul: Berdua Lebih Baik
Pengarang: Rohani Abdul Rahman
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 16.00
Muka surat: 180
Rating : 3/5

Buku : Sentuhan Ibu Bapa Anakku Bijak Belajar Dr. Mohd Shukri Bin Abdullah

Buku : Sentuhan Ibu Bapa Anakku Bijak Belajar Dr. Mohd Shukri Bin Abdullah

No Perolehan: DPEK 02688
Call No.: 649.1 MOH
ISBN: 978-983-3991-47-1
Bahasa: Melayu
Kategori    : Sains Teknologi

Ulasan :
Dalam menjalani kehidupan seharian, realitinya kita telah diasuh sejak kecil lagi. Sikap positif atau sebaliknya secara tidak langsung lahir bertunjangkan akarnya iaitu keluarga.

Ketahuilah panduan dan strategi membimbing anak supaya mereka :
1)Mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang
2)Mempunyai motivasi dan sikap pembelajaran yang hebat
3)Mempunyai hubungan yang erat dengan ibu bapa
            
Sentiasalah proaktif dan bukannya reaktif dan negative apabila berdepan dengan masalah
anak. Ingat! Kita hanya berpeluang mendidik anak sekali sahaja…….sementara mereka masih bersama kita.

Kita patut meletakkan ego kita di sebelah, simpan jawatan anda di pejabat, lupakan buat sementara waktu kelayakan akademik anda dan berusaha mendapatkan bantuan, nasihat dan buah fikiran daripada pembantu anda itu dalam pendidikan anak.

Belajarlah daripada sesiapa sahaja yang boleh membantu.

Buku ini sesuai dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja bagi tujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam mendidik anak di samping berhasrat untuk melahirkan anak-anak yang positif. Insya- Allah

Judul: Sentuhan Ibu Bapa (Anakku Bijak Belajar)
Pengarang: Dr. Mohd Shukri Bin Abdullah
Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 2006
Harga: RM 23.00
Muka surat: 444
Rating: 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan

Buku: Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita oleh Zabrina A. Bakar

Buku: Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita oleh Zabrina A. Bakar

Ulasan:
Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita mengandungi 18 kisah penuh motivasi dan inspirasi yang disampaikan dalam gaya penulisan yang ringkas berceloteh, berjenaka seperti perbualan seharian. Ia pasti menyentuh hati,mengusik minda dan menenangkan jiwa anda.
Jika anda ingin bertukar laluan dari jalan kecil kelebuhraya, inilah buku untuk anda.
Jika anda ingin memecut tangga kejayaan, jawapannya ada dalam buku ini.
Jika anda dahagakan inspirasi, singkap sahaja helaian buku ini dan anda akan menjumpainya.
Jika anda ingin kemurahan rezeki menghujani anda, buku ini akan menunjukkan caranya.
Jika anda ingin mencari jalan untuk memperbaiki diri anda, telitilah kandungan buku ini.
Ianya buku motovasi yang patut dimiliki oleh semua.

Tajuk: Hidup Bukan Rahsia: Anda, Saya dan Kita
Penulis: Zabrina A. Bakar
Penerbit: Wise Words Publishing
Harga: RM -
Mukasurat: 222ms

Pembinaan bangunan baru Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Inilah papan tanda yang menunjukkan pembinaan bangunan baru bagi Perbadanan perpustakaan Awam Pahang sedang berjalan.