[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat)

Sunday, August 31, 2014

Buku: Untuk Kita Pendosa oleh Hilal Asyraf

Buku: Untuk Kita Pendosa oleh Hilal Asyraf

Untuk Kita Pendosa
Hilal Asyraf
PTS Milennia
2013
230ms
RM14.00

Dosa adalah ujian, mahu pulang atau terus dilalaikan
buat yang mahu pulang ke pangkuan tuhan buku ini adalah permulaan.

Monday, August 25, 2014

SAHABAT PERPUSTAKAAN: Bina Semula Erti Sukarela Di Perpustakaan Awam

 Sukarela menurut Kamus Dewan bermaksud: dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan dengan rela hati. Manakala perkataan kesukarelaan pula membawa makna sikap sukarela. Selanjutnya, mereka yang melakukan sesuatu dengan sukarela dipanggil sukarelawan bagi lelaki dan sukarelawati bagi perempuan.
 
Dalam bahasa Inggeris, perkataan “voluntarism” menurut The Reader’s Digest-Oxford Wordfinder, bererti “the principle of relying on voluntary action rather than compulsion; the doctrine that the will is a fundamental or dominant factor in the individual or the universe; the doctrine that the Church or schools should be independent of the state and supported by voluntary contributions”.

Manakala “voluntary” pula bermaksud “done, acting or able to act of one’s free will; unpaid work; built, brought about, produced, maintained, etc., by voluntary action or contribution”. Perkataan “volunteer” pula merujuk “a person who voluntarily undertakes a task or enters a military or other service, undertakes or offer one’s services, be a volunteer”.

Dalam masyarakat Melayu  tradisi pula telah wujud konsep yang disebut “gotong royong”. Gotong royong dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat penyayang dan prihatin. Mereka saling membantu dalam kerja-kerja membuat kenduri-kendara, turun ke sawah untuk menyemai dan menuai, menguruskan sakit kematian, memindahkan rumah dan sebagainya. 

Konsep gotong-royong dan bantu membantu ini diperkukuhkan oleh budaya masyarakat seperti yang dicerminkan oleh peribahasa “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing” dan “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”.

Konsep gotong-royong tradisi turut menonjolkan peranan setiap anggota dalam masyarakat yang pelbagai had keupayaan Yang pekak pembakar meriam, Yang buta menghembus lesung, Yang lumpuh pengalau ayam, Yang pendek tinjau-meninjau dan Yang kurap memikul buluh.

Kerja sukarela turut diberikan pelbagai gelaran. Antaranya ialah: “kerja sukarela”, “kerja amal”, “bakti atau khidmat masyarakat” dan “bakti atau khidmat sosial”. Selaras juga dengan ungkapan  “masyarakat penyayang”, “masyarakat prihatin”, “rakan masyarakat”, “kepedulian sosial”, “tanggungjawab sosial” , “muafakat sosial” dan “masyarakat madani”.

Kini tibalah masanya Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang turut memperkukuhkan nilai-nilai murni ini melalui peranan SAHABAT PERPUSTAKAAN AWAM (SPA)

SAHABAT PERPUSTAKAAN mahu dibina berdasarkan  nilai dan amalan yang murni yang telah sekian lama terpahat dalam jiwa masyarakat kita. Kerana itulah setiap yang terlibat dalam tugas ini sama ada diperingkat negeri, daerah, cawangan atau desa tanpa mengira sumbangann mereka besar ataupun kecil, SAHABAT PERPUSTAKAAN dianggap sebagai pengelibatan dan usaha yang terpuji.

SAHABAT PERPUSTAKAAN  adalah satu daripada nilai yang disanjung tinggi yang membolehkan masyarakat terus hidup secara harmoni dan berkongsi erti tolong-menolong.

SAHABAT PERPUSTAKAAN  yang akan terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat adalah insan-insan berbudi yang mahu menaburkan dan meninggalkan kesan mendalam kepada pembinaan budaya membaca. Mereka adalah pengongsi manfaat dan nikmat, perintis perkhidmatan, penggerak kesedaran, penyambung suara rakyat dan sebagainya.

Bangsa Malaysia kaya dengan tradisi kesukarelaan. SAHABAT PERPUSTAKAAN  mahu tradisi ini terus berkembang. Apabila orang berkata “Benarkah kesukarelaan semakin luput?” SAHABAT PERPUSTAKAAN  mahu menegaskan bahawa semangat kesukarelaan belum pupus. Di perpustakaan negeri, perpustakaan, daerah, perpustakaan cawangan dan perpustakaan desa akan muncul sukarelawan dan sukarelawati yang sanggup tampil untuk berkongsi khidmat dan keringat setiap kali mereka diperlukan.

SAHABAT PERPUSTAKAAN  akan membina ikatan perpaduan, mengingatkan tahap pengelibatan, mendorong tradisi berkongsi dan mengembangkan amalan bantu-membantu yang mungkin kian luntur. Masyarakat yang kian terjurus kepada kebendaan dan kepentingan peribadi. Keadaan ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Ia perlu dihadapi, ditangani dan diperbaiki. Kerana itu, SAHABAT PERPUSTAKAAN akan memberikan nafas baru pada landasan lama yang perlu dibina semula.

Melalui penubuhan SAHABAT PERPUSTAKAAN  ini, perpustakaan awam mahu menjana perubahan yang lebih bermakna. SAHABAT PERPUSTAKAAN  akan memberi fokus kepada setiap individu yang mempunyai kebolehan dan kemahiran untuk membantu mengubah kehidupan masyarakat melalui penajaman budaya membaca SAHABAT PERPUSTAKAAN  tidak memerlukan kemahiran dan khusus untuk memberikan sumbangan. Tidak perlu mempunyai harta yang banyak. SAHABAT PERPUSTAKAAN  memerlukan niat yang ikhlas dan komitmen yang kuat untuk membatu masyarakat berubah.

SAHABAT PERPUSTAKAAN mahu membina semula keadaan yang boleh mendatangkan kesan-kesan positif kepada masyarakat.

Contohnya dalam bidang pendidikan seperti Program Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan. Melalui program ini SAHABAT PERPUSTAKAAN boleh mengadakan kelas-kelas bimbingan, mengajar secara percuma dan membekalkan kelengkapan atau peralatan untuk menyiapkan kerja sekolah di perpustakaan. Dalam pembangunan sumber manusia pula SAHABAT PERPUSTAKAAN boleh menganjurkan latihan-latihan dan kursus-kursus kemahiran. Dibidang budaya pula, SAHABAT PERPUSTAKAAN boleh membuat persembahan kesenian secara percuma

SAHABAT PERPUSTAKAAN  juga mahu membina semula keadaan yang menghalang dan mengurangkan kesan-kesan negatif kepada masyarakat.

SAHABAT PERPUSTAKAAN boleh mengadakan kempen mengurangkan gejala sosoal dikalangan belia dengan menyediakan program-program pencegahan untuk golongan belia mengenali unsur-unsur gejala sosial yang perlu dijauhi.

SAHABAT PERPUSTAKAAN  boleh membina semula keperluan kaunseling kepada mereka yang berhadapan dengan pelbagai masalah. Banyak buku-buku kaunseling yang boleh dirujuk tetapi individu yang boleh dirujuk tidak disediakan.

SAHABAT PERPUSTAKAAN  boleh juga menjadi alat bagi menyediakan pemimpin pelapis. Program sebegini boleh dijalankan dengan kerjasama persatuan-persatuan belia. SAHABAT PERPUSTAKAAN  boleh mengadakan latihan-latihan dan kursus kepemimpinan.

SAHABAT PERPUSTAKAAN boleh bekerjasama dengan Ahli Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan bagi membina semula nilai-nila murni.

Marilah sama-sama kita menyumbangkan apa yang termampu kepada masyarakat melalui SAHABAT PERPUSTAKAAN.


rujukan
Saifuddin Abdullah GERAKAN KESUKARELAAN Menjana Perubahan Bermakna

10 Sebab Penyertaan Masyarakat dalam Sahabat Perpustakaan

10 sebab mengapa manusia melibatkan diri dalam kerja sukarela

Rasa kepuasan diri:
Kepuasan peribadi dan membentuk imej kendiri yang positif

Altruism
Penting ke arah kehidupan yang baik

Sosialisasi
Meluaskan bulatan persahabatan dan membentuk hubungan peribadi

Belajar mengenai sesuatu bidang
Mempelajari lebih dalam satu-satu bidang

Menerima latihan dan pengalaman
Untuk pencapaian matlamat peribadi

Membuka peluang masuk ke dalam organisasi
Pintu masuk untuk terlibat dalam sesebuah organisasi

Prestij dan imej dalam masyarakat
Menjadi sebahagian daripada sistem sosial merupakan satu prestij dan penghormatan yang tinggi.

sumber
PROF. DR. TURIMAN SUANDI
JABATAN PEMAJUAN PROFESIONAL & PENDIDIKAN LANJUTAN
DCE 3203 KESUKARELAWANAN

PELANCARAN SAHABAT PERPUSTAKAAN AWAM (SPA) DAN MEMORI KEMERDEKAAN

Tarikh: 26.8.2014 (Selasa)
Tempat: Hotel Vistana
Masa: 9.30 pagi
Dirasmikan Oleh: YAB Menteri Besar Pahang
Turut hadir:  Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Negeri. YB. Dato' Norol Azali Bin Sulaiman, DIMP.



Sahabat Perpustakaan Awam (SPA) merupakan usaha Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MAPAM) bagi mendapatkan penyumbang, sukarelawan dan juga sokongan ilmu bagi membantu menjayakan pembinaan budaya membaca.

Sahabat Perpustakaan Awam (SPA)adalah lanjutan dari Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang telah diadakan pada jam 10 pagi 22 April 2014 yang telah dijalankan serentak di semua negeri

Sahabat Perpustakaan Awam (SPA) akan menjadikan perpustakaan lebih relevan dalam mesyuarat. Bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap perpustakaan melalui sumbangan dan bantuan dari pelbagai pihak.

Sahabat Perpustakaan Awam (SPA)diharap juga dapat menjadi Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Sahabat Perpustakaan Awam (SPA) akan memberi peluang kepada masyarakat untuk turut sama menyumbang tenaga, idea, kepakaran dan kreativiti untuk faedah perpustakaan, pengguna dan masyarakat.

Bagi pengisian Memori Kemerdekaan, diadakan Bicara Kemerdekaan bersama YB. Dato’ Mustafa Long bin Long (ADUN Padang Tengku) sebagai Pengerusi AJK Penasihat Perpustakaan Awam Daerah Lipis.

Buku: Sejernih Sinar Matamu oleh Prof Dr Muhaya

Buku: Sejernih Sinar Matamu oleh Prof Dr Muhaya

No Perolehan: 13-05900
Call No.  R 617.7092 ROZ
ISBN: 978-967-0466-05-7
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Teknologi

Ulasan:
Buku ini merupakan “biografi inspirasi” kehidupan Prof dr Muhaya sejak zaman kecilnya, zaman remaja hingga kea lam rumahtangga dan akhirnya ke usia dewasanya.

Melalui buku ini pembaca akan mendapat tip bagaimana mencari kecemerlangan dalam hidup, melalui konsep “Reset Minda” yang diperkenalkan oleh Prof Dr Muhaya. Buku ini memaparkan setiap perjalanan hidup Prof diaplikasikan dengan konsep “ Reset Minda”.

Buku inis sesuai dibaca oleh semua peringkat umur pembaca, dari kanak-kanak, pelajar dan guru-guru dan semua golongan termasuk golongan professional. 

Judul: Sejernih Sinar Matamu : Prof Dr Muhaya
Pengarang: Rozninah Abd. Azib
Penerbit: AsSohwah Publication Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 64.00
Muka surat:333
Rating : 4/5

MAJLIS PELANCARAN SAHABAT PERPUSTAKAAN AWAM (SPA) DAN MEMORI KEMERDEKAAN

Tarikh: 26.8.2014 (Selasa)
Tempat: Hotel Vistana
Masa: 9.00 pagi
Dirasmikan Oleh: YAB Menteri Besar Pahang


Sahabat Perpustakaan Awam (SPA) merupakan usaha Majlis Pengarah-pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MAPAM) bagi mendapatkan penyumbang, sukarelawan dan juga sokongan ilmu bagi membantu menjayakan pembinaan budaya membaca.

Sahabat Perpustakaan Awam (SPA)adalah lanjutan dari Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang telah diadakan pada jam 10 pagi 22 April 2014 yang telah dijalankan serentak di semua negeri

Sahabat Perpustakaan Awam (SPA) akan menjadikan perpustakaan lebih relevan dalam mesyuarat. Bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap perpustakaan melalui sumbangan dan bantuan dari pelbagai pihak.

Sahabat Perpustakaan Awam (SPA)diharap juga dapat menjadi Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Sahabat Perpustakaan Awam (SPA) akan memberi peluang kepada masyarakat untuk turut sama menyumbang tenaga, idea, kepakaran dan kreativiti untuk faedah perpustakaan, pengguna dan masyarakat.

Bagi pengisian Memori Kemerdekaan, diadakan Bicara Kemerdekaan bersama YB. Dato’ Mustafa Long bin Long.

Monday, August 18, 2014

Buku : Pantun Warisan diterbitkan oleh Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia

No Perolehan: 13-05986
Call No.  R 899.2313 PAN
ISBN: 978-983-2600-31-2
Bahasa: Melayu
Kategori: Sastera

Ulasan:
Buku ini mengandungi sebanyak 25,000 ribu rangkap pantun untuk tatapan umum.

Pantun merupakan sejenis puisi tradisional Melayu ciptaan terbaik, milik masyarakat Melayu yang diwarisi sejak zaman lampau. Menurut buku ini, pantun telah menjadi sub-budaya wadah penerokaan diri bangsa Melayu demi memperkasa dan menambah integrity serta pembangunan nilai bangsa kita.

Bagi peminat pantun dan karya-karya budaya buku ini patut dimiliki kerana buku ini mengandungi pantun dewasa, pantun ilmu, pantun budaya dan pantun kanank-kanak.

Judul: Pantun Warisan : Khazanah Budaya Bangsa
Pengarang:
Penerbit: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 200.00
Muka surat: 1256
Rating : 5/5

Monday, August 11, 2014

EKSPO BUKU ISLAM 12 PAHANG DI KUANTAN PARADE KUANTAN PAHANG PADA 29 OGOS - 7 SEPTEMBER 2014

Program: EKSPO BUKU ISLAM 12 PAHANG 2014
Tarikh: 29 Ogos 2014 - 7 September 2014
Tempat: Kuantan Parade (Atrium 1 dan 2)
Masa: 10 pagi - 9 malam


Ekspo Buku Islam 12 Pahang akan berlangsung dari 29/8/14 hingga 6/9/14 di Kuantan Parade, Kuantan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Negeri Pahang, Majlis Belia Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang.


AKTIVITI EKSPO BUKU ISLAM 12 PAHANG
Diskaun Menarik
Diskaun Buku Terbaru
Bertemu Ikon Islami Malaysia
Kaligrafi
Ar-Rahnu
Pelbagai pertandingan

TOKOH DI EKSPO BUKU ISLAM 12 PAHANG:
30 Ogos 2014 (Sabtu)
- Ustaz Zulkifli Al-Bakri
- Ustza Badli Shah

31 Ogos 2014 (Ahad)
- Ustza Zul Ramli
- Firdaus
- Chef Hanieliza

5 September 2014 (Jumaat)
- Ustaz Rohidzir Rais

6 September 2014 (Sabtu)
- Pak Latif
- Heliza Helmi
- Chef Fazalina

7 September 2014 (Ahad)
- Bonda Nur

 BERKUNJUNGLAH KE EKSPO BUKU ISLAM 12 PAHANG:

MARI BERTEMU DENGAN PENULIS


Kuali PTS bersama Chef Fazalina
06 Sep 2014 - 06 Sep 2014 • 12.30 tengah hari - 2.30 petang
Kuantan Parade, Pahang

Karya Chef Fazalina
Resipi Ayam Istimewa - Resipi Kontemporari
Resipi Kontemporari : Ibu Berpantang
Resipi Kontemporari : Aneka Biskut
Resipi Kontemporari : Kerabu dan Salad
Resipi Kontemporari : Makan Malam Romantis
Resipi Kontemporari : Pasta Masa Kini
Resipi Kontemporari Aneka Nasi
Resipi Kontemporari Hidangan Sayur
Resipi Kontemporari:Mi, Mihun dan Kuetiau

-----------------------------------
Kuali PTS bersama Chef Hanieliza
07 Sep 2014 - 07 Sep 2014 • 11.00 - 1.00 petang
Kuantan Parade, Pahang

Biodata Chef Hanieliza
Chef hanieliza asal dari Kuala Lumpur dan menetap di Kerteh, Terengganu selama 26 tahun. Chef Hanieliza mula aktif dalam bidang masakan sejak berumur 26 tahun. Pengalamannya dalam bidang yang diminatinya ini amat luas. Antaranya Chef Hanieliza aktif menjadi guru masakan di tempat Kerteh, Terengganu selain aktif menulis resipi masakan dalam blognya (http://hanieliza.blogspot.com), dan fotopages (http://hanieliza.fotopages.com) selain aktif dalam forum masakan di internet.

Chef Hanieliza telah menghasilkan dua buah buku iaitu Aneka Talam & Lapis pada tahun 2006 terbitan Alaf 21 dan terlibat dengan Majalah JELITA sebagai chef jemputan untuk Hidangan Pengantin pada Ogos 2007 dan Juadah Terengganu pada September 2008. Chef Hanieliza juga pernah menjadi chef jemputan untuk Majalah SAJI yang menghidangkan 23 Masakan dan Kuih-muih Terengganu pada Mei 2008. Selain itu, beliau pernah menjadi chef jemputan di TV2 dalam rancangan RENGKAS PAGI, terbitan Nafalia Corporation. Chef Hanieliza juga pernah memenangi pertandingan memasak di Dungun dan Kerteh.

Sejak Jun 2009, hingga Ogos 2009, Chef Hanieliza sudah menghasilkan 10 buah buku Senangnya Memasak dengan PTS Millennia Sdn. Bhd. Dalam tempoh tiga bulan sahaja, buku-buku resipi Chef Hanieliza sudah habis terjual 10 ribu naskhah dan 5 daripadanya sudah diulang cetak. Sejak menjadi penulis buku resipi Senangnya Memasak, Chef Hanieliza aktif dijemput bagi melakukan demo masakan di rancangan Wanita Hari Ini, TV3 dan Rancangan Nasi Lemak Kopi O, di TV9. Selain itu, Chef Hanieliza juga dijemput membuat demo masakan di MPH Mid Valley dan Popular Ikano sempena Pesta buku Popular. Chef Hanieliza sering menerima komen positif, ucapan tahniah dan ucapan terima kasih daripada peminat-peminat setianya termasuk pembaca yang pernah mencuba resipi-resipi dalam buku resipi Senangnya Memasak.

Karya Chef Hanieliza
    1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza
    101 Resipi Menggunakan Pemanggang Ajaib
    44 Resepi Kek dan Biskut
    50 Hidangan Penambat Selera
    Kombo DVD Senangnya Memasak Ayam
    Kombo DVD Senangnya Memasak Daging
    Kombo DVD Senangnya Memasak Ikan
    Kombo DVD Senangnya Memasak Kerabu dan Salad
    Kombo DVD Senangnya Memasak Makanan Laut
    Kombo DVD Senangnya Memasak Mi, Mihun dan Kuetiau
    Kombo DVD Senangnya Memasak Nasi
    Kombo DVD Senangnya Memasak Sambal dan Sos
    Kombo DVD Senangnya Memasak Sayur
    Kombo DVD Senangnya Memasak Tauhu dan Telur
    Resipi Kompilasi Warisan
    Resipi Warisan Ikan Air Tawar
    Resipi Warisan Kerabu
    Resipi Warisan Kuih Muih
    Resipi Warisan Lauk-Pauk
    Resipi Warisan Masakan Berkuah
    Resipi Warisan Sayur
    Resipi Warisan: Kekacang
    Resipi Warisan: Ubi dan Keledek
    Senangnya Memasak Ayam & Daging
    Senangnya Memasak Ayam (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Daging (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Ikan (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Ikan dan Makanan Laut
    Senangnya Memasak Kambing (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Kerabu & Salad (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Kuih Kukus & Minum Petang
    Senangnya Memasak Kuih Kukus (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Makanan Barat (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Makanan Barat, Puding & Desert
    Senangnya Memasak Makanan Laut (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Nasi (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Nasi, Mi, Mihun & Kuetiau
    Senangnya Memasak Puding & Dessert (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Sambal & Sos (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Sayur (Edisi Kedua)
    Senangnya Memasak Sayur, Kerabu, dan Salad
    Senangnya Memasak -Tauhu dan Telur
    Senangnya Memasak… Ayam
    Senangnya Memasak… Daging
    Senangnya Memasak… Ikan
    Senangnya Memasak… Kambing
    Senangnya Memasak… Kerabu & Salad
    Senangnya Memasak… Kuih-muih Minum Petang
    Senangnya Memasak… Makanan Barat
    Senangnya Memasak… Makanan Laut
    Senangnya Memasak… Mi, Mihun & Kuetiau
    Senangnya Memasak… Nasi
    Senangnya Memasak… Sambal & Sos
    Senangnya Memasak… Sayur
    Senangnya Memasak…Kuih Kukus
    Senangnya Memasak…Puding dan Desert
-----------------------------------
Heliza Helmi

Karya Heliza Helmi
Cinta

Biodata Heliza Helmi
Nur Heliza binti Helmi atau dikenali sebagai Heliza Helmi adalah bekas pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. eliza Helmi yang mulanya terkenal dalam bidang nyanyian, kemudian menceburkan diri dalam pelbagai bidang termasuk lakonan dan juga motivasi. eliza Helmi sekarang terkenal sebagai tokoh muda yang menjuarai isu Syria dan Palestin.
--------------------------------------
Sebarkan Ilmu bersama Abdul Latip Talib
06 Sep 2014 - 06 Sep 2014 • 11.00 - 12.15 tengah hari
Kuantan Parade, Pahang

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954. Abdul Latip Talib mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karya Abdul Latip Talib banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Abdul Latip Talib  telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Karya Abdul Latip Talib
    Abu Ayub Al Ansari
    Abu Bakar - Sahabat Sejati
    Abu Ubaidah - edisi jimat
    Abu Ubaidah - Penakluk Parsi
    Ali bin Abi Talib
    Badiuzzaman Said Nursi
    Badiuzzaman Said Nursi - Edisi Jimat
    Bilal bin Rabah
    Dol Said - Pahlawan Naning
    Hang Nadim
    Hasan Al-Banna
    Hasan Al-Banna - Edisi Jimat
    Hikayat Amir Hamzah (1)-Menentang Jin di Bukit Qaf
    Hikayat Amir Hamzah (2) - Asqar Dewa Bermata Tiga
    Hikayat Amir Hamzah (3) - Memerangi Dewa Semandun
    Hulagu Khan - edisi jimat
    Hulagu Khan-khabar hitam dari timur
    Ikramah - edisi jimat
    Ikramah-Penentang Jadi Pembela
    Imam Hanafi
    Imam Hanafi - Edisi Jimat
    Imam Hanbali
    Imam Hanbali - Edisi Jimat
    Imam Maliki
    Imam Maliki - Edisi Jimat
    Imam Syafie - Edisi Jimat
    Imam Syafie-Pejuang Kebenaran
    Imam-Imam yang Benar
    Isabella
    Khalid Al Walid - edisi jimat
    Khalid-Memburu Syahid
    Khalifah-khalifah yang Benar
    Leftenan Adnan Wira Bangsa
    Lembing Awang Pulang ke Dayang
    Mat kilau
    Moyang Salleh
    Muhammad Al-Fateh - edisi jimat
    Mustafa Kamal Ataturk
    Mustafa Kamal Ataturk - Edisi Jimat
    Perang Badar
    Perang Jementah
    Perang Khaibar
    Perang Khandaq
    Perang Salib
    Perang Salib Kedua
    Perang Salib Ketiga
    Perang Uhud
    Perang-Perang yang Benar
    Perjanjian Hudaibiyah
    Runtuhnya Islam Andalusia
    Saad Abu Waqas
    Salahudin Ayubi - edisi jimat
    Salahudin-Penakluk Jerusalem
    Sultan Muhammad Al-Fateh - Edisi Kedua
    Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel
    Tariq - edisi jimat
    Tariq-Menang ataupun Syahid
    Tok Janggut
    Umar Abdul Aziz - Bayangan khalifah al-Rasyidin
    Uthman Affan
    Wira Kemerdekaan

 BERKUNJUNGLAH KE EKSPO BUKU ISLAM 12 PAHANG:
MARI BERTEMU DENGAN PENULIS 

Untuk Sewaan Booth
019-325 8289
Sinergi Ilmu Resouces Sdn Bhd

Buku : Cikgu Anak Saya Okey oleh Wan Zayuhisham Wan Yusoff

Buku : Cikgu Anak Saya Okey oleh Wan Zayuhisham Wan Yusoff

No Perolehan: 13-05831
Call No.  371.1 WAN
ISBN: 978-983-097-412-5
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan:
Buku ini merupakan catatan pengalaman penulis, pengisahan rakan-rakan guru dan pemerhatian penulis mengenai isu-isu pendidikan dan persekolahan.

Buku ini mengambarkan situasi dan menyentuh pelbagai isu yang mampu memberi suntikan semangat buat warga pendidik dan pengetahuan khusus untuk para ibu bapa tentang dunia persekolahan anak-anak mereka.
Buku ini berisi pengalaman dan kata-kata hikmah serta menawarkan cara-cara praktikal yang boleh memberikan kesan positif, bukan hanya kepada anak didik tetapi juga kepada guru, orang tua dan pembaca pada umumnya. 

Judul: Cikgu, Anak Saya Okey?
Pengarang: Wan Zayuhisham Wan Yusoff
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 13.60
Muka surat: 195
Rating : 4/5

Monday, August 4, 2014

Buku : 25 Cendekiawan Islam oleh Shafie Abdul Rahman

Buku : 25 Cendekiawan Islam oleh Shafie Abdul Rahman

No Perolehan: DPEK 05557
Call No.: 922.92 SHA
ISBN: 978-967-5426-75-9
Bahasa: Melayu
Kategori: Sejarah dan Geografi

Ulasan :
   
Buku ini merumuskan ramuan dan resipi daripada Al-Quran, telah diadunkan dan akhirnya melahirkan cendekiawan-cendekiawan Islam yang terkemuka ini, sehingga kejayaan dan kecemerlangan mereka begitu terserlah menyebabkan ia sukar dinafikan oleh cerdik pandai Barat, lalu diakui dan diiktiraf akan sumbangan mereka.

Kelahiran cendekiawan-cendekiawan Islam ini adalah hasil daripada ‘generasi al-Quran’ yang bukan setakat menghafal ayat-ayat al-Quran sehingga khatam tetapi juga mengkaji tentang kandungan al-Quran, lalu berusaha menjelmakan ‘mukjizatnya’ dalam kehidupan harian masing-masing.

Semoga kisah insan-insan yang istimewa ini dapat menyedarkan kita semua umat Islam khususnya generasi muda, tentang perlunya bagi umat Islam menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan sepatutnya menjuarai serta mendahului dalam semua usaha bagi menjana kecemerlangan minda dan penguasaan terhadap pelbagai jenis kemahiran.

Selamat Membaca.
               
 Judul: 25 CendekiawanIslam
Pengarang: Shafie Abdul Rahman
Penerbit    : Mustread
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 16.00
Muka surat: 195
Rating: 4/5

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
KPD Pekan